Emily memakai pakaian sukan yang diberikan oleh Ash sebagai pinjaman menggantikan baju sukannya yang sudah dihilangkan oleh geng Lia. Haruman baju ni pun sama macam Ash. Segar dan nyaman saja.
Idea yang Ash cadangkan masih lagi tidak diberikan sembarang jawapan. Emily tidak tahu bagaiman hendak menjawab. Dia memerlukan masa untuk membuat keputusan sebab dia tidak mahu Eriq marah sebab tidak mendengar nasihatnya supaya menjauhi Ash buat sementara waktu. Jika dia terima cadangan Ash bermakna dia perlu melawan kata Eriq.
"Susahlah nak buat keputusan macam ni." Emily mengaru-garu kepalanya. Bingung otaknya nak membuat keputusan.
Malas mahu pening-pening memikirkan lagi dia keluar dari bilik persalinan dan menuju ke gelanggang bola keranjang.
"Celestia Emily!" Jerit Sir. Gray dengan nada marah. "Ke mana awak pergi dan..." Dia melihat sekeliling dan apabila seseorang yang di cari itu tiada, dia memandang semula ke arah Emily. "Mana pula budak Ash tu?" Soalnya sedikit
Medengarkan nada tinggi dan wajah Sir Gray yang tegang terus berdiri tegak Emily seperti orang hendak berkawat. Dia menelan liur."Sa-S-Saya..."
"Saya apa?!"
"Saya cari baju sukan saya yang hilang tadi." Tuturnya dengan laju.
Berkerut dahi Sir Gray. Dia mengerling sekilas ke arah jam tangannya."Cari baju sukan sampai setengah jam. Rekod baru. Kenapa dengan baju sukan awak cik Celestia Emily?" Soalnya Sir Gray lagi.
"Baju saya hilang. Sir tengok baju yang saya pakai, kan baju ni lain. Besar sikit."
Sir Gray melihat dari atas hingga ke bawah. Dia mengangguk faham. "Habis tu yang awak pakai ni baju siapa?" Soalnya sambil menunding jari ke arah baju yang dipakai Emily.
Dia berfikir sejenak. Jika dia memberitahu ini ialah baju Ash pasti Sir Gray tahu dia berjumpa dengan Ash sebentar tadi. Tidak mahu memburukkan nama Ash, Emily mencipta alasan lain. "Oh baju ni saya pinjam dengan budak kelas lain tadi." Bohongnya kepada Sir Gray.
Nasib kaulah Sir Gray, asalkan kalau daddy tanya aku akan akan jawab terus terang tentang perkara sebenar. Tidak kisahlah jika daddy hendak memberi ceramah atau pun hukuman kelak.
Wajah Sir Gray berubah, riak garang pada wajahnya sudah hilang diganti dengan ekspresi biasa. "Saya lepaskan awak kali ni tapi jangan suka sangat sebab saya akan laporkan pada pengetua tentang perkara ni. Faham?"
Emily mengangguk-angguk faham.
"Dah pergi masuk dalam kumpulan. Awak pilihlah kumpulan mana-mana pun." Arah Sir Gray "Ke mana pula budak bertuah yang seorang lagi ni?" Rungut Sir Gray sambil berpeluk tubuh dan menghentak-hentak jari kakinya gaya menunggu.
Emily tersenyum kecil sebelum berlari-lari anak menuju ke tempat pelajar perempuan berkumpul dan bermain bola tampar. Geng Lia tiada pula dalam kumpulan mereka. Mesti dia ponteng sebab kejadian tadi. Hendak bermain sama tapi Emily takut untuk bersuara.
Sudahnya dia mengambil keputusan untuk duduk di tepi gelanggang. Bunyi yang menjadi halwa telinganya hanyalah bunyi tapak kasut berdecit dan bunyi bola yang berdentum apabila jatuh di atas gelanggang.
"Bosannya, patutlah Ash tak nak masuk kelas ni." Keluh Emily.
Emily merasakan bulu romanya menegak. Dia memandang sekeliling gelanggang mencari sama ada seseorang memerhatikannya atau pun tidak. Matanya tertumpu pada satu makhluk yang sedang duduk agak tersembunyi di kerusi penonton di tepi gelanggang.
'Ash? Apa dia buat duduk dekat situ, tak takut Sir Gray nampak apa? Dah lah cikgu tu sedang mencari-cari dia.'
Emily memandang pelik Ash dari bawah. Pandangan mereka bertaut. Lelaki itu hanya terus memerhatikan Emily tanpa sedikit riak diwajah. Membahang wajahnya apabila dipandang lama, dia mengalihkan pandangan dan kembali menunduk melihat lantai.