'Ash sudahlah tu, Emily akan mati kalau kau teruskan.'
'Darah, aku suka darah dia. Darah. Darah. Darah! Kenapa rasa dia lain? Kenapa darah dia terlalu sedap sehinggakan aku tak boleh berhenti?'
'Kalau kau sedar nanti kau akan menyesal atas apa yang telah kau buat.'
'Darah! Inilah dia rasa darah yang selama ini aku inginkan. Lazat... Aku nak lagi. Aku perlukan darah macam ni lagi.'
'Dia orang yang kau sayang!'
Jeritan Ash kuat bergema dalam dirinya menyedar Ash untuk kembali ke alam nyata dan mengambil alih jasadnya semula.
Mata Ash yang marak dengan warna kemerah-merah berubah ke warna asal. Anak matanya yang suram tadi bercahaya kembali. Kesakitan pada tubuhnya sudah surut dan lama kelamaan rasa sakit itu hilang dengan sendirinya.
Mata Ash membulat terkejut. Cecair manis yang dirasakan dimulutnya menyedarkan Ash akan apa yang telah dia lakukan pada Emily.
Dia segera melepaskan gigitan pada leher gadis itu dan menolak perlahan bahu Emily.
Dadanya sudah berombak kuat, dia menelan liur yang dirasakan manis saat itu.
Kesan gigitannya dan cecair pekat yang terdapat di sekitar leher Emily membuatkan dia tercengang sendiri melihat akan kesan gigitan yang agak dalam itu.
'Ash, apa yang kau dah buat ni? Kau nak gali lubang pada kubur kau sendiri apa?'
"Kenapa kau degil? Kenapa kau tak nak dengar apa yang aku cakap? " Soal Ash dengan perlahan tetapi nada suaranya keras.
Tidak dapat menerima kenyataan akan apa yang sudah dia lakukan, Ash menutup matanya dengan lengan. Biarpun Emily tiada kena mengena dalam masalahnya tetapi apabila perkara sebegini sudah berlaku, ini bermakna Emily sudah menjadi salah satu bebanan dalam hidupnya.
Emily yang sejak tadi menunduk dan memejam mata dengan lemah menampung dirinya untuk kembali duduk dengan tegak. Kepalanya sangat pening mungkin disebabkan kehilangan darah yang agak banyak. Dia menutup lehernya itu dengan telapak tangan.
Dia cuba menahan rasa sakit di lehernya itu walaupun ianya berdenyut-denyut dan kepedihan itu seakan menusuk-nusuk pada kulitnya.
Emily tidak mengendahkan lagi air mata yang sudah merembes keluar. Dia mengetap gigi dengan kuat sambil memandang Ash yang masih terbaring. "Aku degil... sebab kau."
'Aku tahu aku tak akan faham Ash.'
Tangan Emily dengan perlahan menggenggam penumbuk sebelum menumbuk dada lelaki dihadapannya itu. Dia menahan geram. Wajahnya sudah kemerah-merahan bersama air mata yang sudah menitik di baju lelaki itu.
'Hanya Ash seorang saja yang dapat faham keseksaan yang dia rasa. Tak kiralah macam mana aku bayangkan tapi semua itu tak cukup. Aku tak pernah lalui hidup seperti dia sebab itu aku tak tahu apa yang dia hadapi selama ini.'
'Tapi... Tapi... Aku nak cuba fahami dia. Aku nak faham apa yang dia rasa dari lubuk hati aku sendiri.'
Terasa seperti hatinya tersimpul dengan rasa sakit. Emily menunduk menahan sebak. Kenapa perasaan sebegini sakit?
Melihatkan Ash yang diam membisu menjadikan dirinya sedih. Emily sungguh geram kerana tiada respon yang dia dapat.
Dia cuba untuk memahami lelaki itu tetapi setiap kali dia dapat melangkah selangkah kehadapan, pasti Ash menolak dirinya jauh kembali semula ke belakang.
'Salah ke perasaan itu?'
'Aku nak pecahkan pintu yang selama ini tertutup dihati dia. Aku nak hancurkan sehingga pintu hati dia terbuka luas tapi...'
