Lia berlari-lari anak mendaki anak tangga hingga ke tingkat atas salah satu blok bangunan sekolah. Nafasnya tercungap-cungap sesudahnya tiba di atas. Nampak saja susuk tubuh orang yang di cari, Lia segera menerpa ke arah lelaki itu dan memeluk tubuh tegap itu dari belakang.
'Aku tak kisah kalau penat macam mana sekalipun, aku hanya nak jumpa dia dan beritahu apa yang berlaku.'
Emil hanya berdiri kaku membiarkan Lia untuk mula bersuara. Dia memandang sekitar kawasan sekolah tanpa mempedulikan kehadiran gadis itu.
"Sayang I boleh jelaskan kenapa I gagal. I tak tahu macam mana Ash anak pengetua tu boleh back up dia. Setahu I dia tak tegur perempuan tapi kenapa dengan perempuan tu dia nak tegur pulak. I-I minta maaf."
Terang Lia seakan merayu. Dia tidak mahu kehilangan Emil jadi sedaya upaya dia cuba untuk merapatkan jurang antara mereka.
Lia menunduk. Dirinya seperti ingin menangis apabila Emil tidak membalas kata-katanya. Bahkan untuk menoleh memandang dirinya pun lelaki itu tidak mahu.
"Emil..."
Emil tersenyum sinis. "Itu masalah you, baby."
"Kalau you dah tak ada hal lagi I rasa better you balik. Dah tak ada apa lagi yang you boleh buat." Halaunya tanpa perasaan bersalah.
Sekarang aku tak perlukan perempuan ni lagi sebab apa yang aku nak lihat sudah dipertontonkan sebentar tadi. Rasa seperti mahu tergelak dengan puasnya. Bicara Emil di hati.
Tercengang Lia. "Emil apa yang you cakap ni? You halau I lepas I dah tolong you?" Air mata sudah merembes keluar dari tubir mata gadis itu.
Tidak disangka sama sekali Emil hanya mempergunakan aku selama ini. Memang aku sedar dan tahu semua tu tapi aku menidakkannya dan menganggap Emil hanya meminta pertolongan dari aku sebab dia sayang aku. Tapi selepas apa yang diucap oleh lelaki itu tadi rasanya hati aku seperti sudah hancur berkecai.
Lia tidak mahu pergi begitu saja, hatinya menyuruh dia pergi agar lelaki itu tidak lebih marah lagi kepadanya tetapi kakinya seperti tidak mahu berganjak dari situ.
Dengan pantas Emil menoleh. "Kau jangan degil kalau aku cakap boleh tak? Kalau aku dah cakap sekali tu dengarlah!" Kuat suara Emil menengking.
Sungguh Emil tidak suka wanita yang mengada-ngada seperti ini. Kadang-kadang dia rimas dengan tindakan mereka yang keterlaluan sebab itulah Emil tidak mengambil serius akan kewujudan mereka. Dia hanya menganggap mereka hanya boneka yang boleh dimainkan dengan sesuka hati.
"Tapi... tapi perjanjian kita macam mana?"
"Perjanjian tu? Perjanjian tu berharga kalau you berjaya tapi malangnya you gagal." Ujarnya sambil memandang gadis itu dengan tajam. Senyuman sinis dibibirnya masih belum hilang lagi.
"Ka-Kau tipu!" Terus hilang suara lunak manjanya apabila Emil sudah berkata sebegitu. Panggilan yang selalu digunakan pun sudah berubah.
Dia tidak sangka Emil sekeji itu. Sanggup dia mempermainkan aku, aku ingat dia betul-betul sayangkan aku rupanya semua itu hanya lakonan semata-mata. Jadi ucapan manis yang diberikan selama ini hanya tipu belaka sekadar ingin menutup mata aku.
"Aku tak pernah tipu. Aku nak maafkan kau tapi kau ni degil sangat. So macam ni la ya,..." Jari Emil memegang lembut belakang kepala perempuan itu. Kepalanya di benamkan ke leher wanita itu dan menciumnya kejap.
"Aku bagi kau peluang terakhir untuk pergi dari sini dan jangan tunjukkan muka kau depan aku lagi. Aku tak akan apa-apakan kau kalau kau dengar kata." Bisiknya perlahan tapi kata-kata masih tetap tajam.
![](https://img.wattpad.com/cover/13569864-288-k509126.jpg)