Note: For the last chapters I updated it two chapters in a day. If anyone just wondering why Eriq & Elle suddenly in 'good term' You can refer to Bab 22. Thank you
HAPPY NEW YEAR TO ALL MY READERS
*****************************************Emil termenung melihat gelagat manusia-manusia yang sedang leka menari-nari di dalam khalayak ramai. Bermacam ragam manusia yang dapat dilihat dari arah di mana dirinya duduk. Suasana bising tidak langsung mengganggu konsentrasinya untuk berfikir. Malahan bunyian lagu yang kuat seperti sudah sebati dalam hidupnya.
Dia suka keadaan seperti ini, ramai mangsa yang boleh dia dapati dengan cara yang mudah sebegini. Jika tidak dicari pun pasti ramai yang akan datang kepadanya.
Mengenangkan apa yang terjadi petang tadi membuatkan senyuman sinis timbul dibibirnya. Emil menyedut air bikarbonat di dalam gelas minuman yang dipesan tadi. Minuman keras? Bukan untuk hari ini. Apa saja minuman keras yang diminum tidak memberi kesan apa-apa, semuanya sama saja jadi apa guna dia meminum minuman tersebut.
Perasaan seronok kian membuak dalam dirinya. Bukan disebabkan oleh tarian menggoda yang ditunjukkan daripada wanita-wanita seksi yang terdapat di atas pentas menari tetapi disebabkan oleh Emily.
Tidak disangka gadis yang dijumpainya petang tadi sudah berubah 360 darjah daripada dahulu. Gadis yang dulunya cukup hebat dan terkenal dengan sifat manja dan mempunyai tarikan yang unik yang lain daripada kebanyakkan vampire telah berubah menjadi seorang yang innocent dan manusia yang lemah.
Emily. Cukup mudah untuk bermain-main dengan dia disebabkan dirinya yang sudah lemah sekarang ini. Sangat lemah sehinggakan sukar untuk melindungi diri sendiri.
Kesian...
Ramai yang sudah menganggap gadis itu sudah mati sejak setahun yang lalu tetapi mereka tidak tahu disebalik kes kematian Emily, gadis itu sebenarnya masih hidup.
Dia masih hidup dan oleh kerana itulah aku tak akan duduk diam. Aku dah putuskan bahawa dia adalah boneka. Boneka yang dimainkan untuk menghiburkan diri aku.
Sehingga aku puas barulah aku akan berikan dia pada Clarisa. Sekarang ini permainan sudah berjalan dengan lancar dan aku akan gunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya.
"You fikirkan apa sayang?" Tegur seorang wanita berpakaian dress hitam ketat yang melekat pada tubuhnya seperti kulit kedua dan baju yang dipakai hanya menutupi dari paras dada hingga ke peha.
Wanita itu jalan ke arah Emil dengan penuh keyakinan. Dia duduk di atas riba Emil dan memeluk leher pemuda itu erat. Sudah dari pentas menari itu dia sudah melihat Emil yang duduk keseorangan. Setelah menunggu beberapa minit dan memastikan bahawa tiada wanita lain yang berada berdekatan, dia membuat keputusan untuk menghampiri Emil. Lelaki itu kelihatan seperti leka di dalam dunianya sendiri.
Dalam ramai-ramai pengunjung tetapi Emil saja yang dapat menarik minatnya. Lelaki itu mempunyai daya tarikan yang kuat sehingga dia tidak dapat menolak perasaan untuk mendampinginya.
"Nothing. I just terfikirkan tentang seseorang." Emil berterus terang walaupun dia tahu, wanita di atas ribanya itu tidak kisah jika dia bercakap tentang orang lain. Dari pergerakan dan cara dia berkomunikasi sudah jelas bahawa wanita itu hanya mahukan dirinya.
Wanita itu tersenyum apabila sudah mendapat green light daripada Emil. Pemuda itu sepertinya tidak kisah akan kehadirannya. "Apa kata I buatkan you terfikirkan tentang I seorang je." Dia memberi idea dengan lenggokkan ayat yang menggoda.
Emil memandang bosan wanita tersebut. Sungguh dia tidak berminat untuk bersama dengan seseorang sekarang ini. Dia pun tidak tahu mengapa dia merasa sebegitu walaupun kehidupannya memang sentiasa dilimpahi dengan wanita yang menginginkannya. Inilah pertama kali dia tiada selera untuk menjamah darah seseorang.