Emily gembira kerana akhirnya Elle sudah dapat berbaik-baik semula dengan Eriq. Dan Elle pula sudah berubah kepada personaliti dia yang dahulu. Ceria tidak kira di mana, dalam keadaan apa sekalipun. Senyuman gembira itu tidak pernah lekang dari bibir Elle.
Eriq pula seboleh-boleh hendak bertukar sesi tetapi memandangkan dia selalunya ada kerja di siang hari, terpaksalah dia perlu menerima kenyataan itu dan melupakan angan-angannya untuk bertukar sesi. Memandangkan mereka berlainan sesi, itu tidak bermakna Eriq tidak dapat berjumpa dengan Elle.
Malah Eriq semakin kerap datang ke sesi pagi tanpa pengetahuan daripada pengawal keselamatan di depan pagar sekolah. Dia masuk ke sekolah pun secara senyap-senyap untuk berjumpa dengan Elle.
Aku turut gembira melihat mereka berdua bahagia. Tapikan kenapa tiba-tiba aku rasa keadaan jadi tegang pula dekat sini?
Yang berada disebelah aku siapa lagi kalau bukan Ash. Pemuda itu dengan gaya biasanya, tidak mengambil tahu hal sekeliling. Hanya membuat halnya sendiri. Sejak Ash mengumumkan mereka adalah kekasih, sejak dari saat itulah mereka jarang berjauhan ketika disekolah. Kalau berjauh pun disebabkan Ash yang tiba-tiba menghilangkan diri entah ke mana.
Manakala yang duduk dihadapan aku ialah pasangan dua sejoli nilah, Elle dan... Eriq? Inilah yang aku kata bila Eriq menceroboh masuk dalam sekolah disebabkan ingin berjumpa dengan Elle. Tidak kiralah waktu apa yang mereka luangkan, pasti dalam satu hari itu Eriq akan turut sama join sama.
Elle dengan senyumannya dan Eriq pula memasamkan muka memandang Ash. Masih tidak puas hati lagi tentang apa yang dikatakan oleh Ash beberapa hari yang lalu.
Dan aku pula sudah tersenyum serba salah. Hendak bercakap pun rasa macam tak selesa. Dengan Elle masih okey lagilah hendak berbincang tapi pada mereka berdua ni pula, macam mana nak handle?
"Aku peliklah, yang duduk depan aku ni gay ke? Lagi tadi tak habis-habis asyik pandang aku semacam je." Adu Ash perlahan pada Emily disebelahnya. Padahal dia tahu Eriq dapat dengar apa yang dia katakan.
Emily menepuk peha Ash dari bawah meja supaya jangan cuba untuk memulakan pergaduhan. Dia menoleh ke arah Eriq dan menjongketkan kening menyoal kenapa, tetapi Eriq tidak mengendahkannya.
"Kau fikir aku tak dengar." Eriq sudah mula bersuara.
Elle menarik lengan Eriq kuat. "Eriq, behave. Yang you pun satu, kalau tak puas hati dengan Ash, jangan datang sini. Kat sini ada kami bertiga jadi you kena faham tu."
"Why you always on his side." Eriq mengeluh tertekan.
Elle mencubit kuat lengan kesayangannya. "Jangan nak mulakan Eriq." Tegas Elle memberi amaran. Tidak mahu jika insiden yang lalu berlaku lagi. Hubungannya dengan Eriq sudah baik-baik saja jadi dia tidak mahu kerana perkara sekecil ini merosakkan apa yang mereka ada sekarang.
Eriq menyeringai kesakitan. Dia menggosok-gosok kesan cubitan Elle yang boleh membawa lebam itu. Nasib baik aku boleh pulih semula dengan cepat, kalau tidak terjejaslah tubuh model yang disayangi ramai ini. Amboi...
Ash berdehem. "Aku tak nak buang masa. Sebenarnya kita nak bincang apa?" Ash berterus terang.
Malas Ash hendak mendengar benda yang sia-sia, lebih baik dia menukar topik supaya dia dapat keluar cepat-cepat dari perpustakaan ni. You must pay for this Emily. Sebabkan kau yang memaksa ajak aku untuk berbincang sekali, aku terpaksa hadap semua ni.
Wajah Elle terpancar kegembiraan apabila topik yang ditunggu untuk dibincangkan dapat dimulakan. "Okay, first of all I nak tanya you semua free tak esok?" Elle bertanya sambil melihat silih berganti wajah mereka bertiga untuk mendengar jawapan yang bakal keluar.