Bab 2

2.4K 62 0
                                    

Selepas lama berada di dalam bilik air membersihkan diri dan juga lebih banyak termenung, Emily keluar dengan hanya memakai tuala yang dililitkan di dibadannya. Dia mengambil baju gaun ungu paras lutut yang telah sedia ada di birai katil. Mungkin gadis tadi yang meletakkan baju ini dekat sini. Tekanya dalam hati.

Selesai memakai pakaian, dia terdengar ketukan dimuka pintu biliknya.Wajah Elle tersembul dari belakang pintu kayu itu dengan membawa sedulang makanan . Gadis itu membawa masuk makanan tersebut ke dalam bilik dan meletakkan makanan tadi di atas meja yang telah tersedia di sudut tengah bilik tersebut.

"Jom." Panggil Elle. Dia mengambil tempat duduk di sofa berwarna violet itu dan meletakkan makanannya dan makanan Emily diatas meja. Kemudian dia meletakkan dulang kaca yang kosong itu dibawah meja.

"Emily, come seat here." Ajak Elle lagi apabila terpandang Emily yang masih statik berdiri di tengah bilik sambil memandang dirinya.

Emily akur dan mengambil tempat bertentangan dengan Elle yang sudah duduk di sofa yang berada dihadapannya.

"Sebenarnya awak siapa?" Soalnya pelik.

Dari awal lagi dia sedar, soalan itu sudah timbul di benaknya tetapi dia tidak berkesempatan untuk bertanya kepada gadis cantik dihadapannya. Makanan yang sudah terhidang di atas meja hanya di pandang sebentar sahaja, apa yang penting sekarang ni, dia perlu tanya pada gadis itu siapa dirinya dan kenapa dia boleh berada di sini bersama-sama dengan orang yang dia tidak kenali.

"I kawan baik youlah."

Emily mempamirkan wajah pelik. Aku tak kenal dan tak pernah jumpa dia tapi dia kata dia kawan baik aku.

"It okay, I tahu you tak boleh nak ingat apa-apa sekarang tapi tak apa, I akan jelaskan pada you nanti. First of all nama I Dania Elle Raisya, you boleh panggil I Elle, selamat berkenalan lagi. Dan nama you pula ialah Celestia Emily. Kita kawan baik sejak dari kecil tau." Jawab Elle dengan ceria.

Rasanya macam baru pertama kali mahu berkenalan dengan seseorang padahal mereka sudah berkawan sejak kecil.

"Celestia. Emily." Emily mengulangi namanya semula. Nama yang seakan-akan asing ditelinganya.

Aku tak ingat segalanya tentang diri aku dan orang sekeliling aku tapi kenapa aku tahu untuk bercakap dan faham apa yang dia kata? Ianya seperti ingatan aku tentang keluarga, rakan-rakan dan juga tentang diri aku sendiri sudah hilang, cebisan ingatan yang masih kekal hanyalah tentang cara percakapan dan perbuatan.

"Yup, that is your name. Cantikkan nama tu, sama macam orangnya juga." Elle tiba-tiba muncul disebelah Emily dan memeluk dirinya.

Dia sangat rindu akan sahabat baiknya itu. Rasa rindu yang tidak dapat dibendung membuatkan dia lupa akan perbezaan antara dirinya dan Emily yang sekarang.

'Eh! Macam mana Elle boleh berada disebelah aku padahal dia sedang elok duduk bertentangan dengan aku tadi?'

"Elle ma-macam mana awak bol...leh ada di sebelah sa...ya? Bukan ke tadi awak dekat situ" Emily menunjukkan jari ke sofa dihadapannya. Bingung kepalanya memikirkan Elle yang secara tiba-tiba muncul disebelahnya dalam sekelip mata.

"Hah! Oh...Sebenarnya I rindu sangat dengan my baby boo I. Dah lama you tidur, I rasa sunyi bila you tak ada tau.Then sekarang after you dah sedar semula barulah I dapat peluk you kuat-kuat macam teddy bear besar!" Bohong Elle.

Dia cuba untuk menukar topik. Silap dia juga kerana menggunakan kelebihannya semasa berada bersama dengan Emily, bukan ke dia sudah tahu diri Emily yang sekarang bukan seperti dahulu.

Emily sukar untuk bernafas disebabkan oleh wajahnya yang tertekup dengan perut Elle ."Elle sa-ya tak boleh berna-fas."

"Opps, sorry my dear." Elle tersedar akan kesilapannya. Dia lupa yang manusia memerlukan udara untuk bernafas. Elle bangun dan duduk semula di tempat yang didudukinya tadi.

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now