Bab 8

1.4K 54 2
                                    

Makan malam pada hari pertama dirumah pengetua Henri disangka sangat kekok tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Emily gembira dapat berbual-bual kosong dengan daddynya. Ash pula tidak turun makan bersama-sama walaupun pengetua Henri sudah memanggilnya.

Pengetua Henri mengatakan bahawa Ash tidak ada selera makan selepas lelaki itu menjenguk Ash dibilik tetapi Emily pasti itu hanya alasan saja. Mungkin Ash tidak suka dia makan semeja dengannya.

Dia tidak tahu kenapa Ash seakan-akan tidak suka akan kehadirannya. Lelaki itu seperti mengelak apabila terserempak dengannya. Perkara itu membuatkan Emily terfikir sejak dari tadi.

Aku ada buat silap apa-apa ke dekat dia atau aku ada tersilap cakap? Rasanya kalau aku ada tersilap cakap pun mungkin tidak sebab kami jarang berbual. Mula-mula jumpa pun dia hanya cakap sepatah je.

Emily mengeluh kecil. Hmm...rindu pula aku nak berbual dengan Elle. Nak ceritakan apa yang terjadi semasa aku berada dirumah pengetua Henri. Rasanya macam sudah lama tidak berjumpa dengan gadis itu padahal baru semalam aku pergi ke sekolah bersama-sama dengan Elle.

"Celestia Emily." Dia yang sedang menongkat dagu tersentak dan terus bangun berdiri memandang kearah datangnya suara itu.

Wajahnya yang putih bertukar merah seperti warna buah tomato apabila dia mendapati semua mata pelajar yang berada di dalam kelas itu tertumpu kepada dirinya seorang. Emily membuat muka tidak bersalah. Dia tidak perlu menoleh kekiri untuk melihat reaksi lelaki yang duduk disebelahnya kerana hanya dari sisi mata sahaja dia dapat melihat pemuda itu tersenyum mengejek memandangnya.

Kalaulah aku ada alat yang boleh mengecilkan diri aku pada waktu-waktu macam ini, pasti aku akan menggunakan alat itu sekarang.

"Dah dua kali saya nampak awak termenung hari ini. Awak ada masalah ke?" Soal guru yang mengajarnya didepan.

"Umm... Nothing sir. Sorry." Emily duduk semula ditempat duduknya apabila guru yang sedang mengajarnya kembali meneruskan pembelajaran semula.

"Berangan je."

"Suka hatilah nak berangan ke tak." Jawab Emily pantas sambil membelek-belek kertas di atas mejanya.

Dia orang belajar dah sampai ke bulan tapi aku masih terkais-kais dekat bumi lagi. Haish Emily, mengelamun jelah yang kau tahu ya.

'Wait, What?'

Tangannya yang ligat membelek-belek kertas terus terhenti. Dia menoleh memandang Ash yang berada disisinya.

"Ka...Kau cakap dekat aku ke?" Ujar Emily gementar sambil menunding jari kearah dirinya.

Ash memalingkan wajah daripada menumpukan perhatian pada papan putih dihadapan dan memandang Emily tanpa secalit senyuman dibibirnya."Taklah aku cakap dengan meja."

Emily menjulingkan mata keatas."No seriously. Betul ke ni?"

Ash menjawab soalan gadis itu dengan hanya mendiamkan diri ibaratnya kata-kata gadis itu seperti angin yang lalu saja ditelinganya.

Patut ke aku marah dia sebab tanya soalan bodoh macam tu? Tahu pun yang kau tanya tu soalan bodoh, then yang kau pergi tanya dia lagi tu buat apa? Takkanlah dia cakap dengan meja pula. Kan dah terang-terang kau yang duduk dekat sebelah dia ni so kau aspect dia nak cakap dengan siapa?

"Kau memang macam ni ya?" Soal Emily tiba-tiba.

"Huh?"

"Maksud aku memang perangai kau macam ni ya? Senyap, pendiam, sejuk beku, tak cakap banyak, tak ada perasaan."

"Kutuk akulah ni?" Soal Ash dengan senyuman mengejek.

"Bukan kutuk. Aku cuma cakap apa yang aku rasa je."

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now