Bab 9

1.5K 50 6
                                    

Emil yang sedang meneguk segelas wain terasa lehernya dipeluk oleh seseorang dari belakang. Dia tersenyum kemenangan dan meletakkan gelas yang kosong itu di atas meja semula.

Lagu yang kuat berdentum di dalam pusat hiburan terkemuka itu tidak sedikit pun menjejaskan pendengaran tajam dirinya. Dia tidak perlu menoleh untuk tahu siapa gerangan perempuan yang memeluk lehernya itu kerana daripada bunyi tapak kasut perempuan itu pun dia sudah dapat tahu bahawa umpannya sudah mengena.

"Hello darling." Wanita itu berbisik mengoda di telinganya sambil mencium lembut leher Emil.

Emil segera menarik pinggang ramping bak model gadis itu dan memeluknya erat.

"Hey baby."

Manusia senang betul untuk dipergunakan lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mempunyai rupa dan harta. Pasti ramai yang datang beratur walaupun tidak dicari. Macam perempuan didalam pelukannya ini, semuanya mudah bagi Emil untuk mempergunakannya. Bukan Emil tidak tahu bahawa gadis itu sebenarnya sudah lama menunggu peluang untuk bersama dengannya.

'Bilalah aku nak jumpa seseorang yang susah untuk didapati?'

Wanita itu melenggok-lenggokkan badannya sebelum duduk dipeha Emil. Tangannya itu masih erat memeluk erat leher Emil seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

Emil mengambil juraian rambut diwajah perempuan itu dan menyelitkan ditelinga wanita tersebut. Wajah wanita yang berkacukan itu sangat cantik tetapi di mata Emil, wanita itu tidak bernilai langsung. Hanya boleh dijadikan tempat persinggahannya untuk bersuka ria saja.

"Amanda, right?"

"Wow you know my name darling!" Katanya sambil tergelak kecil.

"Of courselah I tau baby. You kan popular, I selalu dengar orang mention nama you. Mereka semua kata you cantik, pandai and what the best is... you're the most sexy girl I ever seen."

"Sweet talker lah you ni." Ujar Amanda sambil tersenyum manis. Matanya memandang bibir Emil dengan nafsu yang tinggi untuk mencium sepuas-puasnya bibir pemuda itu "But... I love it." Bisiknya sebelum bibirnya Amanda bertemu dengan bibir Emil.

Amanda tidak dapat menahan keinginannya untuk memiliki lelaki yang dia dambarkan sejak seminggu yang lalu. Baginya semua lelaki pasti akan dia dapatkan jika dia inginkan dan kali ini dia telah berjaya. Pasti rakan-rakannya yang lain sedang cemburu kerana dia dapat bersama dengan Emil dahulu daripada mereka.

Bibir mereka berdua bergerak serentak seakan-akan Amanda merasakan dunia ini hanya miliknya berdua saja. Amanda menggenggam rambut Emil dan menarik kepala Emil ke wajahnya agar ciuman itu tidak akan berhenti begitu saja.

Emil tersenyum didalam hati. Perkara akan lebih mudah apabila Amanda sebenarnya telah menaruh hati pada dirinya. Bukan dia tidak tahu sejak kebelakangan ini, setiap kali dia memasuki pusat hiburan ini pasti mata Amanda tidak lekang daripada memandangnya. Walaupun dia bersama perempuan lain, wajah Amanda tetap memandangnya walaupun sekilas.

Dia tersenyum apabila Amanda mengigit bibirnya tetapi dia tidak mahu membuka mulut kerana ingin Amanda merasa terdera dengan keenganannya memberi kepuasan kepada Amanda. Tangannya mengusap lembut belakang Amanda membuatkan keinginan wanita itu semakin melonjak-lonjak.

"Hmm." Rintihnya tidak suka akan Emil yang sengaja mahu menyakat.

"Please darling, I want more." Rayunya terpaksa dengan suara lembut dan manja.

Pergerakan Emil terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Tunggu sekejap, I angkat dulu call ni."

Kekasihku VampireTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang