"Oww, Ash janganlah main ganas sangat." Rengek Emily tidak puas hati. Dia menolak bahu lelaki itu kuat.
Walaupun suhu bilik yang sejuk sudah terpasang penghawa dingin, tetapi Emily merasakan dirinya panas sangat. Dahinya merinik peluh hangat. Pantas dia mengesat dengan tangan kerana tidak mahu lelaki itu melihatnya. Dia menggigit bibir, geram.
Nafasnya yang tercungap-cungap di tahan berulang kali tidak mahu menampakkan dirinya penat.
"Kan aku dah cakap dari awal. Don't challenge me." Balas Ash sudah tersengih dan mengenyitkan mata nakal.
Pandangan tajam diberikan kepada lelaki itu. Aku tak suka bila dia tersengih macam tu. Seperti dia cuba untuk menarik perhatian aku.
"Tak boleh laju lagi ke?" Rungut Emily tidak puas hati.
Rasanya macam mahu saja dia menggoncang-goncang bahu Ash saat ini. Sebaik saja semua ini berakhir, dia mahu melompat ke dalam tab mandi di dalam biliknya dan mandi sepuas-puasnya untuk menghilangkan bahang yang dirasai.
"Want to give up already?" Ash tersenyum menyoal gadis itu yang sudah seperti cacing kepanasan.
Dia ingat aku mudah nak menyerah kalah. Kau salah oranglah Ash. "Jerk! No way man." Bersunguh Emily menjawab.
"Surrender?"
"No!"
"Just say so. Nanti kau tak malu." Nasihatnya supaya gadis itu menyerah kalah. Tengok dari gaya memang akulah yang lebih berpengalaman dari dia. Takkan Emily tak sedar semua tu.
Emily mendongak dan menyepetkan mata memandang Ash dengan tajam. "Shut up."
Selepas beberapa insiden bergaduh mulut yang berlaku antara mereka berdua, akhirnya keluhan kuat keluar dari mulut gadis itu.
"The winner is Ash!" Umum pengadil di dalam permainan video yang mereka sedang main.
"Yes!" Ash bersorak dan meletaklan alat kawalan itu ke lantai. "In your face, loser!" Dia bangun daripada meniarap di atas katil dan terus duduk melunjur. Ash memandang Emily yang duduk menyandar di tepi katil.
Emily menghentak tangannya ke lantai. "Not fair, you choose the faster one." Wajah Emily sudah cemberut.
Dadanya sudah berombak marah. Rasa sakit hati, tertekan dan marah bercampur baur menjadi satu.
Tak adillah macam ni, Ash pilih kereta yang paling laju sebab itu aku kalah. Aku yang cabar dia tapi aku yang kalah. Apa sey macam ni.
"Then why you choose the loser one?" Soalnya mengejek. Ash tersenyum sinis memandang gadis itu yang masih duduk diam dibawah.
Emily melepaskan alat kawalan dari genggaman tangannya. Jawapan lelaki itu hanya menyakitkan hati saja. Nak aje aku bangun tumbuk-tumbuk muka dia. Ingat dia tu hebat sangat.
Ash mengeliat kecil. Dari sisi mata dia dapat melihat wajah kegeraman Emily. Hmm let see. "Cat got your tongue huh." Semakin suka Ash ingin menyakat.
Emily pantas berdiri tegak. "Lain kali aku kalahkan kau. Tengoklah. Penipu!" Ujarnya seperti budak kecil yang kalah dalam permainan. Emily terus berlari keluar dan menutup pintu bilik Ash dengan kuat.
Tadi dia yang nak sangat main permainan tu, dah tu bila dah banyak kali kalah, tak puas hati pula. Sampai gelar aku penipu lagi? Siapa suruh dia pilih kereta yang tak laju. Padanlah muka.
Ash termenung memandang televisyen yang masih terbuka. Wajah gadis itu yang kemerah-merahan menahan marah kelakar bila dilihat lama. Macam pakai blusher. Ash sudah menahan tawa sejak tadi cuma dia tidak boleh menahan senyuman yang bermain dibibirnya.