Pengetua Henri meneguk secawan kopi yang telah dibancuh olehnya sebentar tadi. Dia meletakkan semula cawan itu di atas meja dan kembali membaca surat khabar untuk mengetahui isu perkembangan semasa. Bukan senang untuk mendapat waktu terluang sebegini, oleh itu Pengetua Henri ingin menghabiskan masanya berada di rumah.
Sedang enak dia berehat, sisi mata Pengetua Henri menangkap kelibat anak lelakinya yang berjalan dari ruang tamu menuju ke dapur. Dia tersenyum.
"Ash, datang sini sekejap. Daddy nak cakap sesuatu."
Tanpa sebarang bantahan Ash menuju ke tempat Pengetua Henri berehat. "Hmm?"
Makin bertambah senyap pula Ash sejak kebelakangan ini. Nampak sangat fikiran dia tengah bercelaru. Mana tidaknya kalau tiba-tiba anaknya itu kelihatan sering termenung saja. Tidak kiralah di mana-mana.
"Ash ada nak tanya sesuatu ke?" Soal Pengetua Henri selepas meletakkan surat khabar yang dipegang di atas meja.
Ash menahan geram. Dah panggil tapi boleh pula kita yang disoal balik. Apa ni? "Nope." Jawabnya sepatah sebelum ingin berlalu ke dapur semula.
"Tunggu kejap."
Ash berhenti apabila daddynya memanggil semula. "Ash risau pasal Emily kan?" Soal daddy seperti dapat membaca isi hati Ash.
Dia menggenggam tangannya."Tak ada kena mengena dengan Ash pun buat apa Ash nak risau." Dalihnya bersungguh-sungguh.
Ash mengeluh bosan. Apa masalah daddy pula ni tiba-tiba nak bangkitkan nama Emily. Tak ada angin ribut segala taufan bagai tiba-tiba keluar pula nama tu.
"Ash tak perlu berpura-pura macam Ash tak risau semua tu. If you have any question about Emily, all you have to do is just ask me. Ni tak, tak habis-habis termenung."
Dia memejamkan mata untuk seketika sebelum membuka semula. Dia tidak boleh menipu daddy, pasti daddy dapat tahu juga jika ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.
Dengan berat hatinya Ash tetap juga bertanya. "Apa yang berlaku pada dia?"
Pengetua Henri tersenyum gembira."Finally!" Ujarnya dengan senyuman lebar.
'Psst. Sukalah tu bila aku mengalah juga.'
"Mereka kena serang semalam dekat mall." Jawab daddynya dengan bersahaja seperti perkara itu tidak membimbangkan sahaja.
Kaku terus badan Ash. Dia memandang lantai rumput tempat di mana dia berdiri sekarang.
Hati aku rasa tak senang semalam. Aku dah cuba nak halang dia keluar tapi aku tak boleh hendak buat semua tu. Setiap kali aku nak berhadapan dengan dia, hati aku rasa bersalah. Aku tak boleh nak halang dia sebab itu hak dia dan aku tak ada kena mengena untuk campur dalam urusan dia tapi...
Ash tersenyum. Cepat-cepat dia menutupi reaksi hampanya itu dengan senyuman palsu. "Huh, dah ada bodyguard pun tetap kena serang juga ke?" Soalnya nada dengan mengejek.
"Dia pergi dengan Elle berdua je. Raf, Ryan dan Eriq tak ikut sama." Terang Pengetua Henri.
"Teruk?"
Betul apa yang disangka oleh Pengetua Henri. Walau sekeras mana pun hati Ash dan seteruk mana pun keburukan yang ditonjolkan olehnya pada semua orang, tetapi dalam hatinya masih tersimpan kebaikan yang tidak semua orang boleh nampak. Gembira dia dapat mendengar soalan anaknya itu walaupun pertanyaanya hanya sepatah tetapi itu sudah menunjukkan yang Ash tetap mengambil tahu tentang keadaan Emily.
"Nothing serious but... yang serang Emily tu bukan manusia tapi vampire." Pengetua Henri mengalihkan pandangan. "Dia salah satu. Keluarga. Esdeath."