Bab 25

1.2K 47 6
                                    

Setahun yang lalu

Raf menggenggamnya kejap tangan Emily, sungguh dia merasa senang dengan keadaan mereka berdua sekarang. Baginya mungkin inilah kali terakhir Emily akan berada disisinya sepanjang masa. Masa yang dianggap sangat berharga ini tidak sanggup untuk di bazirkan begitu saja.

"Raf you nak bawa I ke mana ni? Wah I can't wait." Ceria sungguh Emily memikirkan kebarangkalian Raf akan membawanya ke satu tempat yang istimewa. Dia menepuk tangan sambil tersenyum ceria dan memandang ke cermin tingkap kanan.

Raf hanya mampu tersenyum kecil dan meneruskan pemanduan. Apa yang hendak dikatakan ditahan supaya suasana ceria ini tidak akan pudar serta merta walaupun hatinya berat untuk terus berdiam diri.

Perjalanan yang agak jauh itu dipandu oleh Raf dalam keadaan senyap tetapi tidaklah dalam suasana yang kekok. Tidak sudah Emily memeluk lengan kanannya sewaktu dia sedang memandu. Sejak kebelakangan ini gadis itu memang kerap menginginkan perhatian daripadanya.

Aku kurang beri perhatian pada dia ke? Rasanya tidak kerana hampir setiap masa Emily berada disamping aku.

Sampai saja di satu tempat yang agak jauh dan kelilingnya hanya pokok-pokok saja Raf segera meletakkan kenderaan di bahu jalan. Hati Raf risau tetapi dia tidak mahu menunjukkan pada Emily bahawa dia risau tentang gadis itu.

Lama mereka berkeadaan senyap, Emily mula menoleh ingin bertanya tetapi lelaki itu tanpa sepatah kata terus mematikan enjin kereta. Dia keluar daripada kereta dan membukakan pintu penumpang buat Emily.

Emily tersenyum kecil memandang Raf walaupun dia masih dalam tanda tanya dengan perangai lelaki itu sebelum matanya melilau melihat kegelapan malam disekelilingnya. Dalam hatinya berkata Raf ingin membawa aku ke mana di tempat yang cuma ada hutan ini?

"Raf...?"

Raf mengenggam erat tangan Emily. "It suprise." Bisiknya perlahan sambil berjalan masuk ke dalam hutan.

Emily tergelak kecil. Tidak habis-habis hendak beri dia suprise je. Tapi dia tidak kisah pun akan semua tu. Selagi dia bersama Raf, dia tidak takut akan bahaya yang menanti bahkan dia merasa selamat bersama dengan pemuda itu.

Lelaki itulah adalah orang pertama yang dapat membuka pintu hatinya untuk menerima seseorang. Dia merasa beruntung kerana bertemu dengan Darryn Isyraf. Kini lelaki itu ialah kekasihnya yang sangat dia cintai.

Tapi Emily tidak tahu sampai bila hubungan mereka akan kekal sebegini. Dan dia takut sangat akan tibanya hari itu di mana mereka terpaksa berpisah.

Raf tiba-tiba melepaskan tangannya dan mula berjalan laju ke hadapan. Emily yang tersedar terkejut dan pantas mengejar tubuh lelaki itu. Walaupun keadaan gelap tanpa sebarang cahaya tetapi dia dapat melihat tubuh Raf dengan jelas.

Susuk tubuh lelaki itu hilang terselindung disebalik pokok-pokok tetapi itu tidak bermakna Raf boleh berlari jauh darinya. Dia dapat menghidu Raf dari jauh lebih-lebih lagi haruman lelaki itu sudah tertanam dalam fikirannya.

Lelaki itu menoleh ke belakang melihat Emily yang pantas berjalan laju ke arahnya. Warna mata Raf berubah merah bercahaya begitu juga dengan Emily. Raf sudah tergelak di dalam hati.

Dia terus berlari pantas meninggalkan Emily manakala gadis yang tertinggal itu tidak mahu kalah turut sama berlari juga mengejar Raf. Emily tidak tahu perasaan apa yang dia rasakan, semakin laju langkah kakinya mengejar pemuda itu, gelodak gembira mulai terbit dalam dirinya.

Dia tersenyum sebelum tergelak besar. Tidak dapat menahan diri daripada tawanya terburai. Rasa bersemangat sekali. Jantungnya laju memainkan irama seiring seperti mana kakinya laju berlari. Masa dirasakan berjalan agak perlahan membolehkan dia mengelak pohon-pohon yang menghalang jalannya.

Kekasihku VampireTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang