Bab 12

1.3K 49 2
                                    

Kedinginan pagi membuatkan mata Emily terbuka segar. Dia memandang sekeliling dan bangun mengeliat. Melihat saja biliknya sekarang ini bukan bilik di rumah Daddynya membuatkan dia berfikir sejenak. Jadi apa yang berlaku semalam semuanya memang terjadi dan bukan hanya mimpi.

Emily menghembus nafasnya dengan perlahan sebelum menukar posisi asalnya dari baring menelentang kepada duduk melunjur. Baru pagi ini dia dapat merasakan sakit-sakit di bahagian tertentu anggota badannya.

Seingat Emily sebelum dia terlena semalam, dia masih berada disamping Raf dan sewaktu matanya terlelap pun, dia masih berada dalam dakapan lelaki itu.

Emily tidak tahu perasaan apa yang perlu dia rasakan sekarang ini. Sama ada untuk berasa gembira kerana semua rahsia yang tidak diketahui dapat dihuraikan hari ini ataupun dia perlu merasa gementar akan apa yang akan diketahuinya nanti. Walau apa pun mereka tidak boleh merahsiakan lagi semua yang berlaku itu dari aku. Mana boleh aku berlakon macam apa yang berlaku semalam itu tidak pernah terjadi.

Emily bangkit dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sudahlah semalam dia tidak mandi selepas pulang ke rumah, nasib baik badannya tidak berbau. Kalau tidak malulah aku dengan Raf dan juga pakcik itu sebab badan aku bau masam.

Usai mandi dan menyalin pakaian. Mata Emily tertumpu kepada sekeping nota kecil yang terletak di atas meja kecil disebelah katil. Setahunya tadi dia tidak perasan pun ada nota kecil di situ, ini pasti ada orang yang meletakkannya sewaktu aku di bilik air.

Emily mengambil nota kecil tersebut.

'Take your time. Get ready and be there in living room at 10.

Love, Darryn Isyraf '

Emily tersenyum memandang nota kecil itu. Dia menilik jam digital di atas meja yang menunjukkan angka 9. Aku masih ada masa dalam sejam sebelum berada di ruang tamu. Jadi bolehlah aku ambil angin sekejap dan buat apa yang patut.

Memandangkan badan pun dah wangi cuma perut saja yang belum diisi. Dengan senyuman ceria di wajah, Emily keluar dari bilik dan ingin menuju ke dapur di mana tempat itu sajalah yang tersimpan makanan.

Lalu saja dihadapan bilik Elle terus saja membuatkan langkah kaki Emily mati di situ. Dia tercegat dihadapan bilik Elle cuma wajahnya saja menghadap tangga untuk turun ke tingkat bawah. Tidak berani dia untuk menoleh ke arah pintu bilik Elle yang tertutup rapi itu.

"Hmm..."

Bunyi itu lagi. Macam suara lelaki tapi inikan bilik Elle dan Elle tu pulakan perempuan, jangan-jangan...

Emily membuka pintu bilik Elle dengan perlahan-lahan dan melihat ke dalam. Terkaku badan Emily memandang rakan baiknya itu sedang berada dalam dakapan Eriq sambil mengigit leher lelaki itu sehingga darah mengalir di sekitar lehernya.

Membulat mata Emily. 'Apa yang Elle buat ni?'

Elle di depannya itu bukan seperti Elle kawan baiknya. Dia kelihatan berbeza sangat. Memang sepatutnya dia tidak boleh mencampurI privasi orang lain tetapi dia tidak tahu kenapa hatinya tergerak sangat untuk membuka pintu bilik itu.

"Elle, enough." Gesa Eriq perlahan supaya Elle segera berhenti.

Kata-kata Eriq kepada Elle seperti angin lalu saja di telinga Emily. Fokusnya lebih kepada dua mahkluk di hadapannya itu.

'Elle pun ada taring macam lelaki tu.' Darah gemuruh mulai mengalir dalam dirinya.

Kaki Emily mengundur sedikit demi sedikit. Perasaan takut menyerang dirinya menyebabkan tangannya menggigil dan dia menjadi panik. Nafas Emily turun naik seperti baru lepas lari satu padang. Disebabkan panik kakinya tersandung dan dia terus jatuh terduduk. Kakinya semalam yang sudah kurang sakit tiba-tiba berdenyut semula.

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now