Setibanya limo yang dinaiki oleh mereka berhenti dihadapan pintu pagar sekolah, mulut Emily ternganga besar apabila melihat Sekolah Menengah yang sangat gah itu.
Kalau sekolah besar macam ni memang susahlah nampaknya aku nak cari bilik pengetua.
"Hati-hati , jangan nganga mulut besar-besar macam tu nanti ada orang cium." Nasihat Elle separuh berbisik di telinga Emily.
Emily yang baru tersedar dengan segera menutup kembali mulutnya dengan kedua-dua belah tangan dan memerhatikan sekeliling. Eriq sudah tersenyum-senyum dan Darryn pula sedang memandang dirinya dengan senyuman kecil.
Itu dia tidak kisah sangat. Apa yang membuat dirinya terkejut apabila Elle sudah berada disebelahnya iaitu menjadi penghadang ditengah-tengah antara dirinya dan Raf. Teruja sangat tengok sekolah ni sampai tak perasan bila Elle sudah menyelit di sebelahnya.
"So Emily, I akan temankan you pergi bilik pengetua sebab I ni memang dah kamcing dengan pengetua Henry jadi semuanya akan menjadi mudah dan cepat. " Kata Elle bersama senyuman bangga.
Elle terus memakai hud dari baju sejuknya untuk menutupi kepala. Gadis itu berpakaian begitu seolah-olah tidak mahu orang lain mengenalinya.
Emily tidak tahu kenapa sahabatnya itu berbuat begitu ,bukan ke cuaca diluar sana baik-baik sahaja. Tidak sejuk dan tidak berapa panas. Tapi dia biarkan sahaja persoalan itu ,mungkin Elle lebih selesa memakai hud supaya pelajar lain tidak dapat mengecamnya.
"Um... Darryn, Eriq dan ... Ryan." Emily mengosok belakang kepalanya memandang Ryan yang telinganya masih disumbat earpiece.
'Dia boleh dengar ke kalau aku cakap?'
Gelisah pula dirinya tiba-tiba tetapi dia perlu juga mengucapkan tanda terima kasih kepada mereka kerana sudi menemaninya. "Terima kasih sebab teman I pergi ke sekolah. Tapi lain kali you all tak perlulah ya sebab menyusahkan you all pulakan nak kena bangun pagi."
"It's okay my dear. Kami semua gembira sangat dapat hantar kau ke sekolah macam dulu-dulu walaupun waktu kelas kita sudah bertukar." Jawab Eriq dengan senyuman menggoda yang boleh mencairkan hati wanita yang memandangnya.
Emily mengangguk kepalanya.Walaupun senyuman itu ditujukan kepadanya tetapi hati Emily tidak merasakan apa-apa. Hatinya seakan-akan kosong sahaja seperti ada sesuatu yang menghalang.
Elle menghulurkan tangan kepada Emily dan Emily terus menyambutnya. Mereka berdua bersiap sedia untuk keluar dari kereta tetapi pergerakan mereka terhenti apabila Darryn memanggil nama adiknya. Elle menoleh memandang ke arah abangnya dengan wajah 'Kenapa?'
"Biar Abang Raf yang temankan Emily, boleh?"
Elle memandang pelik abangnya sebelum berfikir seketika. Kepalanya digelengkan tanda 'Tidak'.
"No! Lagipun Abang Raf tak pakai benda ni." Jawab Elle tegas. Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah baju sejuk yang dia pakai.
Risau Elle jika ada apa-apa berlaku pada abang Raf jika dia keluar tanpa memakai apa-apa sebagai pelindung. Tidak risau ke dia jika ada diantara pelajar dari kelas pagi melihatnya
Emily hanya mendiamkan diri melihat adik-beradik itu berbincang. Kenapa perlu pakai sweater untuk keluar dan apa yang akan berlaku pada diri mereka jika tidak memakainya?
"Kalau abang Raf tetap berkeras juga so abang Raf terpaksa guna Elle punya sweater memandangkan Abang Raf tak bawa sweater lebih." Elle membuka sweaternya dan menghulurkannya pada abangnya.
Raf memakai sweater converse milik adiknya dan menyarung hud dikepalanya sebelum memandang Emily dan mengapai tangan gadis itu.
Emily merasakan seperti ada berjuta rama-rama yang bermain-main di perutnya apabila Darryn memegang elok tangannya dan yang menjadikan wajahnya merah akibat malu apabila semua mata yang berada didalam kereta itu memandang dirinya termasuklah Ryan.