BAB 3

12.1K 708 10
                                    

Suasana dalam perpustakaan sekolah sepi. Pelajar tingkatan 5 Diamonds dan 5 Permata sibuk membuat kerja sendiri apabila guru Kimia, Cikgu Syamsul tiada kerana berkursus. Guru ganti yang juga guru yang wajib keatas library ini minta mereka kesini. Cikgu Salasiah. Nampak je kecik, comel tapi garang.

Aifa yang penat siapkan karangan berjalan ke rak buku. Dia mencari buku cerita yang menarik untuk dibaca. Tapi nampaknya macam takde.

"Ehem."

Aifa malas nak layan. Siapa lagi yang berani kacau dia kalau bukan Danial, pengawas yang 'hot' sangat tu.

Danial halang laluan gadis itu yang ingin ke tempat duduknya. Aifa angkat kening. Danial pula sibuk buat iklan gigi depannya.

"Nak ajak berbual je. Hai Aifa. Walaupun kita sekelas tapi jarang kita berkomunikasi kan." Danial masih menyengih.

Aifa buat muka. Tak hingin aku nak borak dengan kau. Dasar playboy. Dia cuba nak lepasi Danial tapi lelaki tu sengaja je depangkan tangannya.

"No u cant. Kenapa diam je? Malu eh."

Tangan Aifa pantas menunjuk ke papan tanda yang tergantung. 'JANGAN BISING.' Gulp.

Niat nak mengusik tapi dia pula yang terasa.

Namun segera dia kawal riak mukanya. Tak nak tunjuk yang dia malu. Tangan masih tak di turunkan. Perlahan-lahan dia berjalan kehadapan Aifa. Makin lama makin rapat. Aifa mula takut.

"Kau...Kau...nak buat..Apa ni? Danial!" Aifa cuak.

Dipandang keliling. Alamak macam mana dia boleh tak perasan yang kaki dia da melangkah jauh dari kawan yang lain.

Danial rapatkan mulutnya di telinga Aifa kemudian berbisik. "Comelnya muka bila kau takut macam ni." Dia tertawa kecil. Tak sangka gadis garang macam Aifa ni ada juga rasa takut.

Aifa genggam tangannya. Kau mainkan aku eh. Siap kau Danial. Tangannya pantas mencapai novel tebal yang ada di rak belakang badannya. Danial yang ingin berlalu mengaduh sakit.

Mana taknya, bahu kiri dipukul dengan kuat dengan novel setebal kamus dewan tu. Sakitnya. Confirm lebam esok.

"Itu padahnya bila kau cari pasal dengan aku. Lain kali buatlah lagi. Sakit? Lagi sakit hati aku bila kau mainkan aku. Padan muka."

Danial pandang langkah Aifa yang bergerak ke meja dimana Aira dan sahabatnya, Safina berada. Pasti dia cerita kat kembar dia tu. Tangannya masih mengurut bahu. Sakit. Nak kena suruh mama tolong urut ni.

Di satu sudut pula, beberapa pelajar perempuan tengah berasap telinga dan mata. Geram bila lelaki pujaan ramai itu disakiti.

"Siap kau Aifa.Berani kau pukul boyfriend aku."

***

Waktu rehat.

Si kembar dan rakannya bergerak ke kantin untuk mengisi perut.

"Ramainya. Aku dah lapar ni." Safina merungut. Perut yang kosong digosok.

"Sabar eh perut. Kejap lagi aku isi kau."

Aira ketawa. Aifa dah mula beratur untuk membeli makanan. Murid lain yang ada memperlahankan suara. Nanti tak pasal kena tengking.

"Fina, bab makan kau memang laju eh. Cuba kalau part homework bukan main malas kau. Tu Aifa tengah beratur tu. Sabar ah."

Safina sengih. Dah memang itu kenyataannya.Hehe.

Suasana kantin jadi kecoh bila seorang budak lelaki melanggar Nina, pelajar f5 yang berlagak macam diva.

"Hoi!! Kau buta eh? Habis kotor baju aku. Kau tengok kasut aku. Argh." Suaranya dah bergema di kantin.

Budak lelaki tadi menunduk. Takut dia bila kena marah.

"Ma..af kak. Saya tak..tak sengaja."

Nina geram. "Aku tak kira. Kau bersihkan kasut aku sekarang. Cepat!!!"

Faiz dan Danial yang nampak melangkah kearah mereka.

"Nina, dah la. Dia cakap tak sengajakan. Dik, pergi masuk kelas. Kejap lagi loceng bunyi."

Faiz bantu budak itu bangun. Belum sempat nak berpaling, tubuhnya ditolak kuat sampai tersembam dia ke lantai.

Aira yang melihat berlari kearah mereka. Tanpa disangka.

Pang!

Nina pegang pipinya. Matanya mencerlung melihat Aira. Safina datang membantu budak lelaki itu bangun. Mengalir air matanya.

"Kau pehal Aira? Aku tau kau pengawas tapi kau takde hak nak tampar aku. Faiz pun tak buat macam tu."

Suara Aifa tiba-tiba mencelah. "Dia ada hak. Sebab budak yang kau tolak tadi tu adik kitorang." marah Aifa.

Krik krik.

Nina dan rakannya, Laila terdiam. Faiz dan Danial dah terbeliak mata. Dalam hati masing-masing menunggu letusan gunung berapi dari Aira.

"Betul. Ni adik aku. Jadi sukati aku nak lempang kau sebab kau da berkasar. Kalau aku repot kat cikgu, bukan aku yang kena. Tapi kau. Dia da minta maafkan. Apa lagi yang kau nak. Dia da kata tak sengaja. Pehal kau nak tolak dia. Mana sifat simpati dalam diri kau tu. Kalau macam ni sikap kau, huh. Adab kelaut. Kalau daddy aku tau. Agaknya apa nasib kau eh?"

Nina telan liur. Ye dia tau ayah si kembar ni sangat berpengaruh di sekolah mereka. Salah seorang penderma dan ada hak keatas sekolah ni. Ini kerana sekolah ini dibina hasil perkongsian ayah si kembar dan beberapa orang ternama yang lain.

Suasana kantin bertukar sepi. Macam kat library pula. Asyraf yang dari tadi dipeluk Aifa segera dekati kakaknya.

"Kak Ila, dah la. Adik tak apa2. Adik okeylah."

Aira terus peluk erat adiknya. Mereka hanya tiga beradik. Jadi tak hairan kalau mereka rapat satu sama lain.

"Kak Ila minta maaf tak jaga adik baik-baik. Lepas ni kalau ada orang kacau adik bagitau je akak eh." Macam nak nangis rasanya melihat si adik dimarahi tadi.

Faiz garu kepala. Danial juga tak tahu nak buat apa sekarang.

Kringgg! Kringgg!

"Yang lain semua masuk ke kelas sekarang. "Arah Faiz. Murid lain segera berlari ke kelas.

"Lagi sekali kau buat macam ni, tak kira kat adik aku atau orang lain, siap kau. Ingat Nurul Jannah.Takde manusia yang sempurna termasuk kau."

Aira berlalu dengan Asyraf. Kantin hampir kosong. Aifa berdiri di hadapan Faiz dan Danial. Jelas riak marah di wajahnya.

"Lepas ni, jangan nak main-main sangat. Tegas sikit. Ada waktu untuk kita bergurau, ada masa untuk kita series. Ingat."

Faiz dan Danial angguk. Mereka sedar selama ni mereka hanya serious bila depan cikgu dan waktu kecemasan.

"Faiz, tengok pipi i. Sakit tau kena tampar."

"Ha baguslah tu. Nasib baik tak kena tumbuk. Korang berdua pergi masuk kelas. Serabut ah."

Mesti dia makin marah kat aku. Itulah kau Faiz.Lain kali jangan nak main2 terutama depan dia. Sorry Aira. Monolognya dalam hati.

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Where stories live. Discover now