BAB 21

8.2K 514 1
                                    

Dua hari sebelum SPM

Dr Nasrul dan isteri bercadang ingin buat majlis untuk anak kembarnya. Majlis doa selamat untuk Aira dan Aifa juga untuk tunangnya serta kawan-kawan nya.

Peperiksaan besar akan berlangsung lusa. Mereka berharap yang anak kembar mereka dapat jawab dengan baik.

Keluarga Faiz, Danial, Zarul serta Hisham turut ada dalam majlis ini.

Si kembar yang telah siap turun ke bawah.

"Alamak Fa. Macam dah ramai je. Malu ah." bisik Aira ketika turun tangga.

"Itulah pasal. Confirm mummy bebel kejap lagi." Aifa mengeluh.

Malam ni, mereka memakai baju kurung berwarna sedondon. Merah jambu serta shawl hitam. Nampak manis je.

Saat mereka menjejak kaki ke dapur, kedengaran gelak tawa mummy bersama beberapa wanita.

"Assalamualaikum. Sorry lambat." ucap Aifa.

Kemudian mereka terhenti. Aduh ada bakal mak mertualah. Hehe.

"Dah kenapa tercegat kat situ. Meh sini tolong mummy. Tak malu ke bakal mak mertua tengok. Majlis dia tapi dia yang turun lambat. Apalah korang ni." ha kan cakap. Confirm mummy bebel.

Apa nak buat, dengar jelah. Salah sendiri.

Aifa dan Aira terus bersalam dengan Tengku Kirana, Datin Mona serta ibu Zarul dan Hisham.

"Ala mummy. Sorry k. Bak kata mummy, ini majlis kami jadi mestilah kena cantik-cantik. Hehe." Aira menjawab.

Sy.Diana menjeling. Hm ada je yang nak jawab tu.

"Cantik bakal menantu kita Mona. Untung badan." ucap Tengku Kirana.

Datin Mona mengangguk. Cantik sangat. Manis je.

Aira dan Aifa dah tertunduk malu. Haish nak puji pun tunggulah kitorang blah dulu. Monolog Aifa.

Majlis dimulakan sebaik sahaja orang masjid tiba. Bacaan yasin dan doa selamat dimulakan selepas Isyak.

Selesai sahaja majlis, semua dijemput makan di khemah yang telah disewa di luar. Aira dan Aifa diarahkan untuk menemani si tunang makan.

Mereka menjenguk keluar rumah.

"Mana eh? Aku tak nampak bayang Faiz atau Danny pun. Hm." kata Aifa.

"Kan. Aku pun tak nampak. Takkan main sorok-sorok kot. Nanti kena sorok dengan han..." Tak sempat Aira nak habiskan ayat, kepalanya diketuk lembut.

"Aduuuhhh."

"Itulah. Mulut tu jaga sikit. Suka eh kalau kitorang takde?" Faiz da mula nak merajuk.

Aira menggosok kepalanya. Dipandang Aifa seakan meminta bantuan. Tapi hampeh.

Aifa hanya mengangkat bahu. "Aku tak tau. Kau yang cari pasal. Pujuk sendiri. Haha."

Dengar je ayat Aifa begitu, tangan Aira ringan je mencubit lengan kembarnya.

"Aku nak gi cari Danny jap. Kau Aira, pujuk tunang kesayangan kau ni ya. Bye."

Lepas bayang Aifa menghilang, Aira mendekati Faiz yang tengah duduk di pondok tepi kolam.

"Alahai, tunang saya ni merajuk ke. Saya cakap je tadi tu. Tak berniat apa pun."

Faiz diam. Saja nak Aira pujuk lagi. Bukan selalu tau Aira nak keluarkan ayat manis dan lembut ni.

"Faiz, kalau boleh saya tak nak hilang awak tau. If u want to know, saya dah mula suka awak sejak dulu lagi. Maybe form1. Awak je yang tak tahu. Mana nak pandang saya mase tu. Saya sakit hati tau bila ada perempuan yang dekat dengan awak."

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Where stories live. Discover now