Aifa tengah ronda belakang sekolah seorang diri. Sepatutnya Danial teman tapi pagi ni lelaki itu ada mesyuarat basketball di padang. Terpaksalah dia ronda seorang diri.
Tiba-tiba dia terdengar suara orang bergaduh. Aifa terus bersembunyi di balik dinding.
Kelihatan Zarul dan Hisham ditumbuk sehinggakan mereka hanya mampu tersandar ke dinding.
Aifa cuba mengintai 3 orang lelaki yang belasah mereka.
Reza, budak kelas hujung bersama rakan-rakannya.
"Oi! Korang buat apa tu?" jerit Aifa.
Semua lelaki di situ memandang nya. Reza merengus geram sebelum berlalu diikuti sahabatnya.
Zarul dan Hisham didekati. Habis lebam muka mereka. Bibir pecah. Hidung berdarah. Uish teruknya.
"Korang okey tak? Jom ikut aku pergi bilik rawatan."
Zarul dan Hisham bangun.
"Takpe ah. Kitorang okey. Dah biasa dah." jawab Hisham.
Sebenarnya Hisham agak takut dengan si Aifa ni. Even Aifa nampak baik sikit dari Aira tapi bila dia marah, perhh kecut perut.
Aifa memandang tajam Zarul dan Hisham. Tangannya diletak di pinggang. Mukanya sikit lagi nak bertukar jadi singa.
"Ikut jelah cakap aku. Zarul, Hisham. Jom. Cepatlah!!"
Mereka berdua tertunduk. Da la baru lepas kena tumbuk, now kena marah pula. Apalah nasib badan.
Seorang nurse yang memang ditugaskan untuk merawat pelajar yang sakit segera menjalankan tugas.
Aifa berdiri menghadap Zarul. "Kenapa korang kena pukul? Apa yang korang dah buat?"
Zarul diam. Hisham dah makin tunduk.
"Jawablah!" bentak Aifa.
"Aku ada pinjam duit dari Reza. Rm150. Reza cakap dah lama sangat aku tak bayar. Patut nya aku sorang je kena tadi tapi Sham halang. Itu yang dia kena sekali." terang Zarul.
Dia mengaduh sakit bila bibirnya yang pecah diletak ubat.
"Betul ke Hisham?"
Hisham angguk. Aifa terdiam seketika.
"Kenapa kau pinjam? Kenapa tak beritahu dekat cikgu? And lagi satu, korang ni jiran ke? Selalu datang sama-sama." Tanya Aifa.
"Haah jiran sebelah rumah. Kitorang takde pilihan lain. Mak Zarul perlukan ubat untuk penyakit buah pinggang. Keluarga aku nak tolong pun tak mampu. Aku ramai adik, bapa pula dah meninggal." Hisham pula yang menjawab.
Zarul diam je. Ayah dia pula bukan sihat sangat untuk kerja lebih-lebih.
Terbit perasaan kasihan dalam diri Aifa.
"Okey, lepas ni korang masuk kelas. Pergi belajar. Bila dah berjaya, korang dapat banggakan family korang. Kerja pun senang dapat." nasihat Aifa.
Kringgg!!
Tamat je waktu sekolah, semua berpusu-pusu nak balik rumah.
Dalam perjalanan balik, Aira dan Aifa ternampak dua orang lelaki sedang dibelasah dengan teruk.
"Weh Fa. Itu Zarul dengan Hisham. Kenapa dorang kena belasah tu?"
"Aku rasa itu geng Reza."
Aifa terus menceritakan apa yang berlaku tadi juga berkaitan keluarga Zarul dan Hisham.
Masing-masing berpandangan. Dalam fikiran sudah terfikir apa yang boleh mereka buat untuk bantu rakan sekolah.
Even Zarul pernah buli adik mereka, tapi sifat kemanusiaan masih tebal dalam diri mereka. Lagipula mereka semua akan menghadapi peperiksaan besar tahun ni.
***
Esok hari Sabtu. Cuti. Dr Nasrul bersama isteri dan anaknya sibuk melayan drama di ruang tamu.
Dari petang tadi, si kembar resah dalam bilik. Takut andainya daddy dan mummy tak setuju dengan cadangan mereka.
Mereka saling berpandangan. Kemudian mereka senggol menyinggul.
"Aira, Aifa. Kenapa ni? Anything to say my dears?" tanya Sy.Diana.
Dr Nasrul turut memandang.
"Em daddy dengan mummy nak buat baik tak?" tanya Aira.
Asyraf yang masih syok menonton tv langsung tak mengendahkan kata-kata Aira.
"Kenapa tanya macam tu? Ada apa apa yang perlu diberitahu ke? Cakap jelah." Dr Nasrul sudah alihkan perhatian kepada anak-anak kembarnya.
Aira dan Aifa berpandangan.
"Em daddy and mummy. Actually kitorang ni kesian dekat sorang kawan tu. Kat sekolah tadi dia kena pukul sebab tak bayar hutang."
"Em betul tu. Waktu balik tadi pun kitorang nampak dia kena belasah kat tepi jalan." Aira mencelah.
"Dia berhutang? Sebab apa? Siapa kawan kamu tu. Mana tau mummy kenal." Sy.Diana berkata lembut.
Huh.
"Nama dia Zarul. Ya dia dulu pernah buli Asy sebab nak minta duit. Tapi kitorang kami kesianla dekat dia. Dia perlukan duit untuk beli ubat mak dia. Sakit buah pinggang." Terang Aifa.
Asyraf mula memandang kakak kembarnya. Mula berminat untuk tahu seterusnya.
"Kawan baik dia Hisham, jiran dia juga nak bantu tapi itulah. Masalah kewangan. Ayah dia da meninggal, and mak dia kena kerja untuk tanggung adik-adik dia yang masih kecik."
Dr Nasrul diam. Sy.Diana dah tersenyum. Dalam hati bangga kerana anak-anaknya jenis yang tak berdendam dan sangat mengambil berat hal orang lain.
Aira dan Aifa pula dah senyap. Mereka memandang daddy dan mummy nya yang kelihatan sedang berfikir.
"Em so how daddy? Mummy? Boleh tak kita tolong dia?" Tanya Aifa.
"Lagipun tahun ni SPM. Kesian dia kalau dia buat part time job."
Dr Nasrul senyum dan angguk."Nanti daddy minta alamat kat pejabat sekolah. Esok kita pergi rumah dia. Daddy pun nak tambah pahala. Kan my?"
Sy.Diana angguk. "Ye. Jangan risau ya. Takkan mummy and daddy nak halang niat murni Aira dengan Aifa."
Mereka dah berhi 5. Amboi seronok betul.
Parents mereka pula dan senyum gembira melihat telatah anak2.
YOU ARE READING
Si Kembar vs Pengawas Hot ©
Teen FictionHai. Salam kenal semua ^_^ Description di dalam ye. Maaf atas kesilapan & kesalahan. This is my first story ❤️ Cover by @SuhaireenAireen