Tamat je waktu persekolahan, Faiz segera meminta mamanya ke hospital. Danial turut ada sama.
Wajahnya resah. Hatinya risau.
"Kenapa nak ke hospital Faiz? Siapa yang sakit?" tanya Tengku Kirana. Mata masih memandang jaan raya.
Faiz mengeluh. Diam.
"Aira admitted auntie. Demam panas. Itu yang Faiz risau ni." Danial tolong jawab. Kasihan pula melihat sahabatnya begitu.
Tengku Kirana terkejut. Setelah kereta diparking, dia merenung tajam Faiz.
"Did you hurt her? I mean her feeling? Mama tau Aira camne. Dia takkan mudah sakit kalau takde benda yang ganggu fikiran dia. Tell me Faiz."
Danial keluar. Tak mahu masuk campur urusan anak beranak tu.
Faiz makin menunduk. Mukanya jelas rasa bersalah.
"Sorry ma. Faiz tak sengaja marah dia. Faiz geram dengan dia."
Tengku Kirana mengeluh. Tanpa kata dia keluar diikuti Faiz. Mereka bertiga berjalan sampaila mereka tiba di hadapan pintu wad Aira. Belum sempat tombol pintu dipulas, pintu terbuka dari dalam.
"Ini mesti Aifa. Auntie mama Faiz. Kami datang nak lawat Aira. She's okay?"
Aifa senyum.Angguk. "Masukla. Dia baru je bangun. But can i talk to Faiz for a while, alone." Tegas.
Faiz telan liur. Danial mampu memberi pandangan sayu je. Sory Faiz aku tak dapat tolong kau.
"Buatpe kau datang? Kau nak marah dia lagi? Sebab kau dia demam tau."
"A...aa..aku tak sengajalah." Perlahan suara. Sungguh Faiz takut dengan mata coklat yang memandang tajam kearahnya.
Gulp!
Aifa bercekak pinggang. "First and last aku warning kau. One more time u hurt her, jangan mimpi nak jumpa dia lagi."
Faiz cepat2 angguk. "Aku janji Aifa. Promise."
Aifa terus berjalan. Sebenarnya dia nak ke kafe beli air juga makanan untuk Aira. Takpelah, mesti Aira tengah layan mama Faiz. Hm.
***
Saat Tengku Kirana meminta diri untuk keluar, Aira gelisah. Yang tinggal dalam wad cuma dia dan Faiz.
Haih mama ni. Sengajalah tu biar aku dengan Aira berdua. Nak cakap apa ni? Hm.
Aira berusaha untuk mencapai air masak yang diletak ditepi katil. "Kenapa macam jauh je ni." gumamnya perlahan.
Tanpa kata, Faiz bangun dan menuangkan air kedalan gelas lalu memberikannya pada Aira. Nak tak nak, terpaksa juga dicapai.
"Terima kasih." Aira menunduk. Hatinya tak kuat untuk memandang wajah Faiz. Takut hatinya teringat kata-kata kejam lelaki itu.
"Em, kau demam sebab aku ke? Aku minta maaf. Sorry sebab marah kau. Aku tak sengaja. Series."
Aira diam. Faiz pula buntu.
Faiz jadi geram bila Aira tunduk dan langsung tak layan dia. Dia duduk diatas katil bahagian tepi.
Tersentak Aira. Spontan kepala diangkat. Matanya bertemu pandang dengan mata sayu Faiz.
Dup. Dap. Dup. Dap.
Jantung masing-masing da lain macam. Jangan buat hal kat sini jantung. Cepat sahaja Aira alihkan mata kearah lain. Faiz tertawa.
"Malu ke? Comellah muka kau."
Apa lagi, terus merah pipi Aira bila diusik.
"Eh blushing ke kak? Kau ni Aira, tak jadi aku nak sedih. Kenapa comel sangat ni?"
Tangan Faiz mencubit pipi Aira. Mengaduh gadis itu.
"Janganlah Faiz. Aku tau aku comel. Tak payah cakap. Kau je yang tak perasan." cebik Aira.
Main cubit-cubit pula dia ni. Pukul kang.
"Eleh sejak form1 lagi aku dah perasanlah. Kau memang comel. Aku mengaku." Faiz menghadiahkan sebuah senyuman yang sangat manis di mata Aira.
Terpaku. Terkelu.
Matanya lama merenung wajah dan senyuman itu. Confirm tak boleh tidur aku malam ni.
Faiz juga turut memandang lama wajah Aira. Putih, bersih. Cantik. Mata yang cantik.
"Ehem. Assalamualaikum. Sorry ganggu masa sweet korang tapi sekarang masa untuk Aira makan." selamba dek je Aifa melangkah masuk dengan sebungkus polisterin.
Aira dan Faiz apa lagi. Terus alihkan pandangan dan buat-buat tak tahu.
Aifa menggeleng. Dah kantoi pun tak payah nak sorok.
"Dah makan cepat. Penat aku gi beli. Jangan cakap dah kenyang sebab tengok muka Faiz."
"Aifaaa..." Geram je rasa bila kembarnya ni memerli. Terus di cubit lengan Aifa.
"Auch sakitlah. Betul apa aku cakap. Dan kau Faiz. Pergi balik. Dah petang ni."
Aira besarkan mata kearah Aifa. Ish berani dia halau tetamu aku. Budak ni.
Faiz ketawa. Happy tengok hubungan rapat mereka berdua. Patutlah Aifa sampai beri amaran pada dia. Rupanya nampak sangat yang mereka ni saling menyayangi.
"Yelah Aifa. Aku balik ni. Kau tak nak aku kirim salam sayang kat Danny ke? Dia tu rindu tak tengok muka kau sehari." usik Faiz.
Kalini wajah Aifa pula yang memerah. Dalam hati dah ada taman bunga ke cik kak. Haha.
"Hahahah padan muka kau Fa. Kacau aku lagi. Faiz, cakap kat Danny. Aifa kirim salam sayang dan rindu dekat dia."
Faiz segera berlalu. Aifa tak sempat nak halang. Wajah Aira dipandang tajam.
"Kaaauu...memang nak kena eh Aira. Tak padan dengan sakit." Aifa terus mencubit kuat pipi kembarnya. Geram sangat.
Terjerit-jerit Aira sambil memukul lengan Aifa. Gila sakit pipi aku.
YOU ARE READING
Si Kembar vs Pengawas Hot ©
Roman pour AdolescentsHai. Salam kenal semua ^_^ Description di dalam ye. Maaf atas kesilapan & kesalahan. This is my first story ❤️ Cover by @SuhaireenAireen