BAB 19

8.6K 536 8
                                    

Rumah teres setingkat itu dipandang. Aifa sudah berdiri di hadapan pagar bersama kembar dan adiknya serta kedua ibu bapanya.

"Assalamualaikum." ucapnya.

"Aik takkan takde orang kut."

"Aifa, cuba ber salam lagi. Mungkin tuan rumah tak dengar." Sy.Diana cadang.

Setelah salam kali kedua, kelihatan Zarul keluar. Dia tercengang. Kenapa pula Aifa dengan family dia datang sini?

Aira dan Aifa berpandangan. Mereka cuba menahan tawa bila melihat wajah cuak Zarul. Takut ler tu.

"Er..." speechless.

Keluar seorang lelaki tua dan menghampiri mereka.

"Kenapa Zarul tak ajak tetamu masuk. Marilah masuk ke dalam. Maaflah, rumah ni kecik je." ucap lelaki tua tadi.

Sempat Dr.Nasrul bersalam dengan lelaki tadi dan juga Zarul. Sy.Diana segera bersalaman dengan wanita yang tengah duduk di ruang tamu. Nampak seperti sakit.

"Siapa ni? Apa maksud kedatangan Tuan sekeluarga?"

"Pakcik, makcik, kami berdua ni kawan sekolah Zarul." terang Aira.

Dr.Nasrul berdeham. "Kami datang ni dengan niat untuk membantu. Kalau anak kembar kami tak beritahu hal ni, saya tak tahulah apa jadi dekat Zarul. Saya sebagai pengerusi PIBG dan orang kuat sekolah akan rasa bersalah pada abang sekeluarga."

Lelaki tua itu menunduk.

"Tuan.."

"Abang Zaid, panggil saje saya Nas. Tak payah bertuan. Saya tak biasa. Ini Diana, isteri saya."

En.Zaid sudah menunduk. Rasa malu bila tau orang ternama datang ke rumahnya.

Isterinya dipandang.

"Baiklah kalau begitu. Ini pula isteri abang, Ruhaiza. Panggil je Iza."

Zarul yang baru datang dari dapur dengan air untuk tetamu terus duduk sebelah ibunya.

Dia masih mendiamkan diri.

"Zarul, kau kenapa? Asal cuak semacam je." kata Aifa.

Zarul angkat kepala. "Aku fikir kau datang bawa family sebab hal aku buli Asyraf. Tuan, Puan saya minta maaf. Saya tak berniat pun nak buli Asyraf masetu." kata Zarul.

Dr.Nasrul dan Sy.Diana sudah tersenyum. Mereka mengangguk.

"Kamu membuli pelajar lain Zarul? Ibu dengan ayah tak pernah ajar kamu nak." jelas sekali suara Pn.Ruhaiza sangat kecewa dengan perbuatan Zarul.

"Takpelah kak. Biasalah budak-budak kan.Lagipun, Asy ni okey je. Kami pun dah maafkan dia." kata Sy. Diana dengan senyuman.

"Betul tu bang. Saya faham kenapa abang buat macam tu. Jadi saya harap abang sekeluarga dapat terima bantuan yang daddy dan mummy nak beri." Asyraf mencelah.

Aira dan Aifa mengangguk.

"Betul tu Rul. Aku tak naklah kawan aku ketinggalan pelajaran sebab buat kerja part time. Spm pun lagi 2 bulan je." Pujuk Aira.

Setelah agak lama berbincang, akhirnya Zarul dan keluarganya setuju untuk terima bantuan. Bukan main happy si kembar.

Hisham yang baru pulang turut terkejut dan bersyukur. Ada juga orang ingin membantu kawan baiknya aka jirannya juga.

Sejak dari itu, Zarul dan Hisham mula rapat dengan si kembar juga adiknya. Begitu juga dengan Faiz dan Danial. Zarul dan Hisham juga dah tau mereka berempat sudah bertunang. Bukan main terkejut lagi.

Setiap petang pasti mereka akan belajar sama-sama di pondok sekolah. Zarul dan Hisham bersyukur sangat dapat kawan macam mereka yang sudi kawan dengan orang yang tak sama taraf.

"Terima kasih Aira, Aifa, Faiz dengan Danial sudi kawan dengan kitorang ni. Even kita tak sama taraf. Ramai je yang pandang serong kat kitorang." ucap Zarul waktu mereka sama-sama study.

Pap!

"Siapa yang pandang serong tu? Berani diorang eh. Kita ni kawan tau. Bukan buat apa pun. Korang pun takde curi duit ke buat apa-apa pun kan. Eish geramlah." Aifa dah bangun dengan tangannya digenggam.

"Aifa, diorang tak tau hal tu. Dah jangan spoilkan mood tu. Kang tak belajar nanti. Sampai masa nanti diorang tutup mulut tu." pujuk Danial.

Bukan apa, kang tak pasal Aifa pergi cari siapa yang buat hal tu. Naya je.

"Dahla Zarul, Sham. Korang tak payah fikir sangat. Kita berkawan ikhlas kan. Diorang tu tak tau apa erti persahabatan." nasihat Faiz.

Aira mengangguk. Dia setuju. "Saya setuju dengan awak Faiz. Dah ar korang biar je. Berkawan kerana harta memang tak kemane weh. Berkawan dengan ikhlas ni ada gunanya. Mana tau, koranglah yang membantu kami kalau ditimpa susah. Kan Fa?"

Aifa berkerut dahi. Kenapa sejak dua menjak ni perangai Aira lain eh. Selalu cakap yang bukan-bukan. Janganlah ada perkara buruk berlaku.

***

Nina dan Laila sedang duduk di sebuah kafe sambil berbincang sesuatu.

"Babe, aku dah tak boleh sabar ni. Diorang tu makin melampaulah. Geram je bila tengok dorang tu bermanja-manja dengan pakwe kita." luah Laila.

Nina diam. Tak lama lepas tu, senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Wait bestie. Tak lama dah. Bulan depan Spm. Tamat je exam, kita mulakan. Biar diorang terseksa. Kalau mati bagus juga." Nina dah smirk.

Laila mula mengukir senyuman puas. Happy. Tak lama lagi kau akan musnah. Tak sabar nak tunggu.

***

Asyraf mencari kelibat kakak kembarnya. Mana dia eh?

Ha itu pun dia. Aira yang tengah merendam kaki dalam kolam dipandang lama. Jarang Aira termenung.

"Kak Ila. What are u doing here? Mana Kak Ira?" sapa Asyraf kemudian duduk sebelah Aira.

Aira hanya diam dan senyum. Entah kenapa dia rasa sepi. Rasa ada something nak berlaku.

"Akak kenapa ni? Jarang akak termenung. Ada problems ke? Gaduh dengan Kak Ira?" tanya Asyraf. Dia tak boleh tengok kakak kembarnya sedih-sedih begini.

Siapa nak layan dia kat rumah kalau tak kakak kembarnya ni.

"Takdelah Asy. Akak terfikir. Macam mana kalau akak takde? Agak-agak Asy rindu tak?" tanya Aira.

Asyraf da berkerut dahi. Lain macam je cara akak dia cakap.

"Akak nak gi mana? Of course Asy akan rindu kakak kesayangan Asy ni."

Aira senyum. Dia berpaling ke adiknya. Tangan Asyraf dipegang.

"Alo adik akak ni. Taklah. Mana tau kan. Bahaya tak kira masa."

"Akak terfikir macam mana kalau akak takde? Mesti Aifa dengan Asy bosan kan. Asy, akak rasa tak sedap hati sejak-sejak ni. Tapi janji Asy jangan cakap dengan sesape. Akak tak nak yang lain risau. Tu yang akak terfikir gitu. Mati itu pastikan Asy." terang Aira.

Asyraf tersentak. Aish aku pula yang risau.

"Kak, janganlah camni. Asy tak nak kehilangan akak. Pleasela. Tak payah fikir sangat k." Asyraf da letak kepala dia atas bahu Aira.

Aira terus elus lembut rambut Asyraf.

"Sorryla. Tapi janji eh. Apa-apa jadi jangan sedih tau. Jaga Aifa baik-baik. Akak sayang Asy."

Aira terasa airmatanya mengalir. Ah kenapa ni? Kenapa aku risau semacam ni.

Allah. Janganlah jadi apa-apa.

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Where stories live. Discover now