BAB 4

11K 688 4
                                    

Aira masuk ke dalam rumah dengan wajah masam. Aifa dan Asyraf mengikut. Dia masih bengang dengan kejadian di sekolah tadi.

Pintu bilik ditutup kuat. Sampai mummynya di dapur terkejut.

"Kenapa lagi dengan anak dara sorang tu. Adalah tu yang jadi kat sekolah." Syarifah Diana yakin yang mengamuk tadi ialah Aira.

Hanya anak itu yang selalu menunjukkan kemarahan melalui perbuatan. Kalau Aifa, mulut dialah yang berbisa bila geram. Tapi Syarifah Diana tahu marah anak-anaknya bukannya lama. Paling lambat esok dah okey.

"Assalamualaikum mummy. Termenung nampak. Ingat kat daddy eh." usik si kecil, Asyraf. Dia duduk sambil membantu mummynya potong sayur.

"Waalaikumsalam. Saje eh nak usik mummy. Kakak kesayangan Asy tu kenapa. Moody semacam je. Ha macam mana dengan sekolah baru? Okey?" Matanya melihat Asyraf yang kelihatan seperti serba salah.

"Sekolah okey. Kawan-kawan okey. Cuma itulah, senior kurang okey. Tu yang Kak Ila mengamuk tadi." Asyraf teragak-agak. Tapi dia takkan rahsiakan apa apa dari mummynya.

Syarifah Diana angkat kening. Kenapa pula ni. Kalau bukan sebab kes buli di sekolah lama, pasti Asyraf tiada depan matanya sekarang. Yelah dulu Asyraf bersekolah di sekolah berasrama penuh. Tapi bila tau anaknya itu dibuli pelajar lelaki di sana, terus dia dan suaminya pindahkan Asyraf ke satu sekolah dengan anak kembarnya. Dia yakin Asyraf akan okey sebab si kembar sangat sayangkan adiknya ni lagi-lagi Aira.

Setelah dengar cerita penuh dari Asyraf, dia menggeleng. Apalah nak jadi dengan remaja sekarang. Sikap toleransi dan hormatkan orang lain da makin pupus dalam diri.

Syarifah Diana mengusap kepala Asyraf. "Sabar ye Asy. Biasalah manusia. Mummy kenal sangat dengan budak yang marah Asy tu. Selalu cari pasal dengan kakak kembar kamu. Tapi kamu pun jaga diri elok-elok ye. Jangan nakal." Pesannya. Dia tahu Asyraf seorang anak yang baik dan mendengar kata.

"Yes mummy! Ha, Asy ada nampak muka Abang Faiz. Ala budak lelaki yang Kak Ila selalu marah tu. Hensem mummy. Dan dia tu pelajar hot kat sekolah. Semua orang suka dia."

Syarifah Diana senyum. Dia tahu tentang tu. Dia kenal sangat dengan budak tu. Dan dia juga tahu Faiz sengaja buat macam tu pada Aira. Begitu juga dengan Danial.

Rahsia yang tersimpan kemas oleh dia dan suaminya masih lekat dalam ingatan. Nampaknya dah tiba masa untuk beritahu mereka pasal hal ni.

***

Faiz duduk di hadapan papa dan mamanya. Farisya duduk di sebelahnya. Marah macam mane sekalipun adiknya pada dia, tapi tetap nak bermanja. Anak bongsu.

"Em papa dengan mama ada hal apa nak cakap dekat Faiz? Macam penting je."

Kelihatan Tengku Faizal dan Tengku Kirana macam tak senang duduk. Faiz pula yang gelisah. Kenapa ni?

"Papa dengan mama nak tau tak. Dekat kantin tadi abang kena marah dengan Kak Aira. Padan muka. Nasib baik Isya tak bawa phone. Kalau tak mesti dah viral sekarang." Farisya tiba-tiba berkata.

Faiz di sebelah pandang tajam adiknya. "Bukan salah abang. Dia tu yang emo tak tentu pasal."

"Aira? Siapa tu Faiz? Mama tak pernah dengar pun Faiz sebut nama tu. Biasanya yang keluar dari mulut tu nama Danial je." Tengku Kirana seperti berminat dengan pemilik nama itu. Riak wajah teruja cuba disorok. Orang yang sama ke?

Faiz mengeluh.

"Aira Nabila binti Dr Nasrul. Pengawas yang paling garang kat sekolah ma. Sehari tak gaduh dengan Faiz tak sah. Ada je yang dia tak puas hati."

Tengku Kirana senyum. Dia berpandangan dengan suaminya. Masing-masing melepaskan nafas lega. Huh.

"Eleh. Abang yang suka cari pasal dengan dia. Abang tu yang tak tegas kat sekolah. Sibuk melayan pelajar yang minat abang ni. Entah apa yang dia nampak kat muka abang tak taula. Isya tengok macam orang tak cukup umur je." Sesedap rasa je Farisya kutuk abang dia. Dalam hati dah ketawa gila-gila melihat riak terkejut Faiz.

"Isya ni.."

"Dah tak payah nak gaduh sangat. Ni papa ada hal nak cakap. Penting untuk masa depan Faiz." Tengku Faizal mencelah. Dibiarkan nanti makin panjang pula perang mulut antara Faiz dan Farisya.

Faiz berkerut dahi. Kenapa macam pelik je ayat papa ni. Kenapa rasa macam berdebar pula ni.

"Papa dengan mama harap Faiz terima dengan redha ye." Faiz angguk.

"Sebenarnya, waktu Faiz tingkatan 1 Faiz dah ditunangkan dengan anak kawan papa. Faiz ingat tak waktu mama suruh Faiz pilih cincin tu. Ha seminggu lepas tu, majlis pertunangan tu berlangsung. Tapi hanya melibatkan 3 buah keluaarga sahaja."

"Hah?! Biar betul pa? Mama?"

Melihat anggukan kedua ibu bapanya, Faiz mengeluh.

"Jadi sekarang Faiz tunangan orang? Kalau Faiz boleh tahu, siapa dia? Duduk mana? Sekolah mana? Form berapa?"

Tengku Kirana senyum. Tapi sebaliknya ada rasa geli hati. Macam mana reaksi anaknya bila dapat tau ni? Haha.

"Faiz kenal sangat dengan dia. Dia sebaya dengan Faiz." Hanya itu yang Tengku Faizal beritau. Yang lain, fikir sendirilah.

Melihat riak dan senyuman mamanya, Faiz jadi takut.Adakah..

"Aira? Budak garang tu? Yang Faiz cerita tu? Betul ke? Papa dengan mama tak salah orang?"

Dia harap papanya geleng tapi itu hanya harapan yang tak mungkin jadi kenyataan.

"Takkan bakal menantu sendiri pun kami tak kenal. Faiz ni agak-agaklah."

Tawa Farisya meletus. "Nampaknya kuat betul jodoh abang dengan Kak Aira. Apa agaknya reaksi dia bila dapat tau hal ni. Isya tak dapat bayangkan."

Faiz terkelu. Ya dia pun tak dapat nak jangka reaksi gadis itu nanti.

Huh.

Si Kembar vs Pengawas Hot ©Where stories live. Discover now