Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan tiga tahun berlari ke arah ibu bapanya di ruang tamu.
"Tengku Fiqri Rafie. Kenapa lari-lari ni?" tanya Aira.
Pantas sahaja tangan mendukung si anak lalu diletakkan di tengah sofa. Fiqri diapit Aira dan Faiz di kiri dan kanannya.
"Ma....Ma... Pa.." ujar Fiqri.
"Ini mesti tak sabar nak cakap ni. Comelnya anak papa." kata Faiz sambil mencubit pipi tembam itu.
Fiqri terus berubah masam. Muncungnya keluar.
Faiz ketawa manakala Aira hanya senyum melihat telatah ayah dan anak itu.
"Merajuk ke? Eish perangai sama macam mama eh. Kuat merajuk, garang." kata Faiz.
Tak semena-mena, pahanya dicubit kuat. Faiz mengaduh sakit. Fiqri pula ketawa.
"Kot ya nak kutuk cakap belakang eh. Eii.." ucap Aira.
"Haha sorry sayang. Abang cuma cakap benda betul." ujar Faiz.
"Hah abang. Jangan lupa lusa balik rumah daddy. Ada majlis doa selamat." kata Aira, sekaligus mengingatkan.
Faiz kerut dahi. Doa selamat?
"Sayang, siapa sakit?"
Aira menepuk dahi. Sah suami aku lupa. Hesh amnesia ke apa.
"Aira yang sakit."
"Sayang sakit apa? Kenapa abang tak tahu?"
"Sakit hati dengan abang. Ingat majlis doa selamat untuk orang sakit je ke? Lupalah tu daddy dengan mummy kan nak pergi haji." balas Aira. Giginya diketap geram.
Faiz menggaru kepala. Tersengih- sengih bila sedar hal itu.
"Hehe sorry abang lupa. Banyak sangat kerja kat ofis tu."
Aira ke dapur. Sempat lagi tangan mencapai bekas makanan berisi keropok ikan.
"Abang, malam nanti pergi Jusco eh. Barang dapur dah nak habis tu. Kalau abang busy, Aira boleh pergi sorang." kata Aira.
Faiz menjegilkan mata. Kemudian dia menggeleng.
"No. No. No. Takde makne abang nak bagi sayang pergi sorang. Dahla malam, bahaya tau. Abang ikut. Sayang kenal abang kan. Sesibuk manapun abang, tetap ada masa untuk family. Malam ni pukul 8.30 okey?"
Aira senyum. Lengan Faiz dipeluk erat. Dia tahu walau macam mana sekalipun, Faiz tetap ada dengan mereka. Tak pernah dia merungut atau membantah bila Aira ajak ke mana-mana. Even waktu tu Faiz tengah serabut sebab banyak sangat kerja.
"Ye, Aira tau bang. Thanks abang. Fiqri, meh sini dekat mama."
Fiqri yang tengah sibuk berjalan di depan tv terus menuju ke arah Aira. Fiqri diletakkan di atas riba dan dipeluk. Faiz turut memeluk keduanya.
'Semoga hubungan ini kekal selamanya. Amin.'
***
Riuh rumah Dr Nasrul dan Sy Diana dengan kepulangan anak-anak mereka.
"Assalamualaikum." ucap seseorang dari luar.
Aira pantas menoleh. Mulutnya ternganga dan terus berlari memeluk tetamu itu.
"Aifaaaa.. Aku rindu kau. My twin."
Terus mereka berpelukan di pintu. Danial dan Faiz hanya bersalaman dan berpelukan sekejap.
YOU ARE READING
Si Kembar vs Pengawas Hot ©
Teen FictionHai. Salam kenal semua ^_^ Description di dalam ye. Maaf atas kesilapan & kesalahan. This is my first story ❤️ Cover by @SuhaireenAireen