Malam tu Aira tak join aktiviti yang dijalankan. Selesai makan malam dan dipaksa makan ubat oleh tunang tersayang, dia pun tertidur.
Aifa sentiasa menemani kembarnya. Dia baru selesai bercakap dengan daddy. Lupa nak pesan kat cikgu jangan beritahu parents dorang. Tengok kan dah risau.
Penat dia nak menjawab soalan-soalan juga memujuk daddynya mengatakan Aira okey dan mereka ingin teruskan camping disini. Kalau tak, sanggup daddy dengan mummy nak datang sini semata nak ambil diorang.
Huish, over worried betul parents dia lagi-lagi daddy.
Aifa melihat wajah Aira yang lena dengan selimut membaluti tubuh kembarnya.
"Aira, kalaulah apa-apa jadi kat kau. Hm tak tau macam mana dengan aku. Boleh gila agaknya. Si Nina gedik tu. Huh bukan nak minta maaf ke apa ke. Dah tau salah still tak nak mengaku. Saja nak tambah marah aku. Si Laila pula tak habis nak goda Danny. Ei geramnya. Aira, kita kena jaga tunang kita baik-baik. Kalau tak, Faiz dengan Danny jatuh kat tangan musuh. Aira, kau dengar ke tak?"
Aifa mengeluh. Kepalanya diketuk sendiri.
Kau gila eh Fa? Dah sahla kembar kau tengah tidur. Kau expect dia bangun and cakap dia dengar semua tu. Aira, aku tak boleh la pendam semua ni. Bangunla. Dulu ada gak Safina nak dengar luahan hati aku selain kau. Tapi dia dah pindah luar negara. Hm.
"Aku dengar Fa. Kata hati kau pun aku dengar. Jelas."
Aifa terkejut. Erk. Mata Aira masih tertutup.
"Kau dah bangun ke Ra? Kau janganlah nak buat aku seram. Dahla tinggal kita je kat sini. Ckgu pun kat luar. Bukalah mata Aira."
Aifa memang penakut sikit. Baru sebut 'hantu' dia dah lari macam tak cukup tanah. Haha.
Tangan Aifa dipegang dan mata Aira terbuka.
Aifa mengusap dadanya lembut. "Hish kau ni. Janganlah takutkan aku. Dah bangun tu, bukalah mata. Nasib aku ni kuatlah juga."
Aira bangun dan tersengih. Memang sengaja dia buat begitu. Selalu yang kacau Aifa pasal benda alah tu mestilah Aira. Lagi-lagi kalau dekat rumah. Jeritan Aifa mampu membangunkan semua yang ada.
"Dah tak payah nak marah-marah eh. Burukss muka tu. Relax and calm down. Dont worry, im okay twin."
Aifa terus menarik tubuh Aira kedalam dakapannya. Sungguh dia takut kehilangan kembarnya.
"Weh janganlah macam ni. Aku belum nak matilah. Aku okey." Aifa menolak tubuh Aira.
"Kau jangan nak sebut hal mati dengan aku eh. Kang aku tumbuk muka tu, sia-sia je. Kau jangan sesekali berniat nak tinggalkan aku Ra." ugut Aifa.
Buat dia susah hati je.
"Alah Fa. Ajal maut kat tangan Tuhan. Kalau dah sampai masa tang tu juga aku mati. Dahlah, aku cakap je. Dont worry too much."
Zapp.
Kata-kata Aira buat dada Aifa berdebar. Kenapa macam tak sedap hati je tetiba? Aira, aku tak nak hilang kau.
***
Nina digantung selama sehari. Satu hari tu dia tak boleh join sebarang aktiviti yang dijalankan.
Memang ada yang nampak dia tolak Aira.
Selesai aktiviti jungle trekking, Laila masuk ke khemahnya dan Nina.
"Weh, sakit mata aku tengok Aira menggedik dengan Faiz tu. Lagi satu, Danny tak habis nak berkepit dengan perempuan tu. Eii aku tak tahanlah Nina. Kita kena cepat hapuskan diorang."
Laila memandang Nina yang tersandar di dinding.
Nina tersenyum sinis.
"Dont worry babe. Aku ada plan baik punya. Tapi after spm. Now kita just buat dia sakit hati and try untuk jauhkan diorang."
Laila angkat kening. Dahinya berkerut memandang Nina.
"Kenapa lepas spm? Lama sangat tu babe. Lagi 2 bulan ni. Eish." rungut Laila.
Nina selamba. Dia pasti plan dia akan berjaya.
"Takpe Laila. Kita bagi diorang berdua happy dulu dengan Faiz dan Danny. Biar diorang jawab spm tu. After that baru kita hapuskan si kembar perampas tu."
Senyum sinis makin melebar. Laila yang mendengar mengangguk dan bersetuju.
"Takpe, aku boleh tunggu. And Faiz dan Danny akan jadi milik kita. Wow i cant wait."
Tawa mereka bersatu dalam khemah itu.
Cikgu dan murid lain yang tengah berehat tersentak sebelum ambil keputusan untuk abaikan saja.
***
Aifa termenung. Teringat kata-kata Danial waktu mereka jungle trekking tempoh hari.
Flashback
Mereka memulakan perjalanan untuk aktiviti hari ini. Aktivit yang paling digemari si kembar bila bersama keluarga. Tapi kalini mereka bersama kawan-kawan sekolah. Perasaan sedikit berbeza.
Danial sedari tadi mengawasi langkah Aifa takut-takut gadis itu terjatuh atau terseliuh.
Faiz dan Aira pula berjalan berdua di hadapan.
Tiba-tiba Aifa berhenti dan memegang perutnya. Segera dia hampiri gadis itu.
"Kenapa ni? Sakit ke? Kaki awak terseliuh ke? Ha?!" bukan main dia tanya.
Aifa mengetuk kepala Danial.
"Aww."
"Itulah, lain kali tanya satu satu. Saya laparlah. Tadi saya sarapan biskut je. Tak kenyang." adu Aifa.
Danial menepuk dahi. Mati-mati aku ingat dia kenapa tadi.
Begnya diselongkar dan dia mengeluarkan sebungkus roti coklat lalu diberi pada Aifa.
"Thanks Danny. U are my super herolah."
Danial pandang lama gadis itu sampaikan Aifa rasa tak selesa.
"Kenapa ni? Danial."
Danial hanya senyum. "I dont want u get sick. Anything u want just tell me dear. Saya suka awak and...."
Aifa menunggu kata-kata seterusnya.
"I love u Aifa Nadira."
End flashback
Aifa tersenyum memandang langit malam.
I love u too Danial Ilham. I love u so much.
YOU ARE READING
Si Kembar vs Pengawas Hot ©
Teen FictionHai. Salam kenal semua ^_^ Description di dalam ye. Maaf atas kesilapan & kesalahan. This is my first story ❤️ Cover by @SuhaireenAireen