Selesai makan tengah hari, mereka berkumpul di ruang tamu. Kali ni Faiz, Danial dan si kembar join sekali.
Dr Nasrul memandang isterinya. Kemudian memandang pula bakal besannya. Semua mengangguk.
"Ada apa sebenarnya ni daddy?" tanya Aifa. Pelik dia bila tengok mereka berbicara dengan isyarat mata.
"Hm. Kitorang da bincang tadi." terang Tengku Faizal, ayah Faiz.
"Bincang apa papa? Pasal kitorang ke? Kenapa?"
"Kitorang da setuju. Majlis pernikahan korang akan diadakan lepas tamat je spm. Lebih cepat lebih bagus."
Mata terbuntang. Terkedu. Tergamam. Terlopong.
"Oh god!"
"Like seriously?!"
"Awalnya ma."
"Ya Allah."
Semua ketawa melihat reaksi mereka berempat.
"Tak payah la terkejut sangat anak-anak daddy ni. Ok apa. Persiapan kami yang akan uruskan. Korang cuma pergi fitting baju and siapkan diri je. Kan mummy?"
Syarifah Diana angguk. Ya semua mereka dah bincang tadi.
"Alahai korang ni. Setuju ke tidak? Ke korang nak before exam? Mana tau lebih semangat nanti. Hehe." Datin Mona mengusik.
Merah pipi mereka lagi-lagi si kembar tu.
"Mama, apa cakap macam tu. Eish. Malulah." Danial mencebik.
"So setuju ke tidak?"
Perlahan-lahan mereka mengangguk. Nampak je macam tak suka tapi dalam hati dah melonjak tu. Haha.
"Alhamdulillah. Kira jadilah ni? Ingat ye, lagi 4 bulan je."
Tengku Kirana mengingatkan.
***
"Diharapkan pelajar tingkatan 5 tinggal di dewan selepas perhimpunan. Terima kasih."
Masing-masing mengeluh. Apa lagilah ni. Faiz juga merungut.
"Apa lagi program yang kita kena join ni."
"Jangan nak merungut lebih Faiz. Cikgu buat semua ni untuk kita juga." tegur Aifa.
Aira hanya mengiakan.
Sejak dah tau diorang ni dah bertunang, masing-masing cuba untuk sesuaikan diri antara satu sama lain.
Mata Aifa melilau ke sekeliling. Bayang seseorang dicari. Mana dia eh? Tadi ada.
Faiz mencuit bahu Aira sambil mata memandang Aifa. Aira yang faham terus kata.
"Cari Danial la tu. Macam kau tak tau."
Tudung Aira ditarik sedikit. "Hey kau kenapa ni?" Matanya pandang Faiz.
Faiz dah cekak pinggang. "Kau? Semalam kita dah janjikan. Are u forgot Aira Nabila?"
Aira melopong kemudian menggaru kepala.
Faiz dah senyum nakal. "Dah ingat ke Aira sayang? Semalam kita janji apa eh?"
Aira sengih. Sedar diri bersalah.
"Em no more kau-aku. Just awak- saya. Sorry k. Saya terlupa."
Faiz senyum manis. Kepala Aira yang dilitupi tudung digosok lembut.
"Kenapa awak comel sangat eh?"
Err dia ni saja nak uji aku ke. Kehadiran guru membantutkan perbualan mereka.
Danial juga sudah berdiri sebelah Faiz. Sempat lagi dia membalas senyuman Aifa.
"Okey. Sekarang cikgu nak beritahu, perkhemahan tahun ni akan diadakan di Salak Selatan (hentam je) selama 3 hari 2 malam. Bermula Khamis hingga Sabtu. Semua pelajar tingkatan 5 adalah diwajibkan." terang Cikgu Hafizah selaku penyelaras tingkatan 5.
Ada yang bertepuk tampar, ada yang mengeluh, ada juga yang hanya senyum sahaja.
Semua diarahkan untuk masuk kedalam kelas setelah surat kebenaran diberi.
***
Mereka rehat bersama-sama. Sementara Aira dan Faiz membeli makanan, Aifa dan Danial menjaga tempat.
Aifa melihat keadaan kantin. Dia tak faham kenapa semua orang kena bercakap kuat dan terjerit-jerit macam sekarang. Mungkin nak release tension belajar kot. Dia tersenyum.
"Uits kenapa ni? Fikir pakwe ke?" Cadang nak usik je tapi jeles pula bila Aifa mengangguk.
"Haah. Tiba-tiba teringat kat dia. Rindu sangat." Aifa nak ketawa tapi ditahan. Kelakar tengok muka Danial tahan marah. Jeles?
Danial senyap. Aku yang depan mata tak nak hirau, pakwe yang entah siapa tu nak pula rindu.
Aifa ketawa kecil. Jari Danial dicuit.
"La merajuk ke? Helo Danial. Sampai hati tak nak layan saya kan."
Aifa dan Danial juga dah tukar nama panggilan. Lebih mesra katanya.
Danial cuak. Aik ni sapa yang patutnya merajuk ni. Aifa yang muncung dipandang. Nasib badan.
"Aifa, patutnya saya tau yang merajuk sebab awak fikir lelaki lain depan saya. Rindu pula tu."
"Rindu daddy sendiri pun tak boleh ke?" Aifa dah sengih.
Danial terkelu. Dia dah terkena.
"Awak main-mainkan saya eh?"
"Awak jeles ke Danny? Saya mana ada pakwe, saya cuma ada tunang je. Saya rindu daddy sebab daddy outstation ke Penang. Lusa baru balik." Jelas Aifa.
Danial menarik nafas lega. Fuh.
"Cakapla betul-betul. Takdelah saya nak merajuk bagai. Mestilah jeles. Apapun awak tunang saya. Jangan ada niat nak scandal dengan orang lain eh."
"Promise dear. Hehe."
Laila yang melihat sakit hati. Grr macam mana diorang boleh baik ni? Danial kelihatan bahagia bersama Aifa. Aku kena minta tolong Nina ni. Jaga kau Aifa.
YOU ARE READING
Si Kembar vs Pengawas Hot ©
Novela JuvenilHai. Salam kenal semua ^_^ Description di dalam ye. Maaf atas kesilapan & kesalahan. This is my first story ❤️ Cover by @SuhaireenAireen