Setelah dua hari berehat di rumah, Aira yang sudah sihat segera bersiap untuk ke sekolah. Rindu nak belajar, jumpa kawan-kawan.
Ke kau rindu nak tengok muka Faiz. Hatinya berkata. Gulp. Aku rindu dia? Hish merepek.
Jam baru menunjukkan 6.30 pagi. Awal lagi untuk gerak ke sekolah. Langkah kaki dihala ke dapur.
Kelihatan mummynya sedang menggoreng mi. "Em sedapnya bau my. Lapar pula."
Syarifah Diana mengusap dada. Anaknya dipandang. Aira tersengih.
"Cuba bagi salam dulu. Terkejut mummy. Suka tengok mummy sakit ke?"
Aira segera memeluk pinggang mummynya. "Aloo bukan sengaja pun mummy. Sorry. Aira rasa excited sangat sebab macam dah lama tak datang sekolah. Rindu."
Syarifah Diana senyum. Tangan Aira yang melilit di pinggangnya diusap.
"Mummy tau. Bukan mummy marah. Saje je."
"Eleh my. Dia bukan rindu sekolah. Dia rindu Faiz tu. Macam la tak tau." Datang pula sorang lagi. Tak larat dah nak marah.
Mi yang sudah siap digoreng segera dihidang. Kejap lagi suami dan anak bongsunya turun untul bersarapan.
"Kau pehal Fa. Cari gaduh pula. Mummy, tengok Aifa tu." adu Aira.
Syarifah Diana menggeleng. Ada je yang nak digaduhkan. Dia pun kadang tak faham.
"Wekk mummy tak layan. Padan muka. Mummy pun tau kau tu rindu nak gaduh dengan Faiz kan. Haha."
Aira tak menunggu lama. Lantas dia berlari mengejar Aifa yang sudah melarikan diri. Berkejaran mereka disekeliling meja. Naik pening Syarifah Diana melihat.
"Amboi anak daddy ni. Sukanya. Dah besar pun main kejar-kejar."
"Entah akak ni. Macam budak-budak. Patutnya Asy yang main lari-lari gini.Asy kan masih kecik."
Aira dan Aifa berpandangan. Tempat duduk diambil berhadapan mummy dan Asyraf.
"Cakap jelah Asy nak adik baru kan? Hehe."Uhuk!! Uhuk!!
Terbatuk-batuk Syarifah Diana. Dr Nasrul dan Asyraf dah ketawa tak ingat dunia. Si kembar pula tersengih.
"Korang ni memang nak kena eh. Ei rasa nak cubit je mulut tu."
"Ala janganlah marah sayang. Apa salahnya kan. Kesian Asy takde kawan kat rumah." Makin merah pipi Syarifah Diana.
Bapak dengan anak sama je. Last aku juga yang kena.
"Boleh ke mummy? Asy nak adik lelaki. Takdelah Asy bosan. Akak kembar Asy ni busy je."
Asyraf pula bersuara tanpa sedar mata mummynya dah pandang tajam. Sabo jelah.
"Kalau ada rezeki insya Allah ye Asy."jawapan selamat.
Aira dan Aifa berpandangan lagi.
"Yes! Ada peluang ni daddy." Kata mereka sambil berhi5.Dr Nasrul layankan aje. Gembira dia melihat anak-anak serta isterinya saling mengusik begini.
***
Waktu rehat, Aira dan Aifa ditugaskan untuk berjaga di kantin. Keadaan masih terkawal kerana sekarang hanya ada pelajar form1 & form2 sahaja.
Kelibat adiknya dicari. Hm manelah Asyraf ni. Aira tercari-cari adik kesayangannya.
"Fa, aku tak nampak Asy pun. Tak kan dia tak rehat kot?"
YOU ARE READING
Si Kembar vs Pengawas Hot ©
Teen FictionHai. Salam kenal semua ^_^ Description di dalam ye. Maaf atas kesilapan & kesalahan. This is my first story ❤️ Cover by @SuhaireenAireen