Mereka berenam masih bersama walaupun sudah menjejakkan kaki ke kolej.
Aira dan Aifa mengambil course psikologi manakala si tunang sentiasa sibuk dengan course business management.
Zarul dan Hisham? Diorang ambil bidang kedoktoran. Bakal-bakal doktor tu.
Di kafe, dua orang gadis menunggu si jejaka.
"Manalah budak dua orang ni. Ei lambat. Aku lapar ni."
"Tah. Mana ni. Ada juga yang kena gigit nanti."
Hampir 15 minit menunggu, datang dua orang lelaki dengan wajah selamba.
"Helo helo."
"Lama ke tunggu."
Serentak si kembar menjawab, "Waalaikumsalam."
Zapp. Sekali kena perli, terus senyap seketika.
"Asal diam?"
"Sorry lambat. Aira and Aifa, lecturer kitorang tadi membebel kejap. Tu yang lambat. Sorry."
Aira memandang Faiz dengan wajah cemberut.
Danial pula buat muka comel tapi sayang, langsung tak dilayan Aifa.
"Lama tau kitorang tunggu. At least bagitau la."
"Tah, da la tengah lapar teruk ni. Sebagai denda, pergi beli makanan untuk kitorang. Korang belanja. Cepat." Aifa mengarah.
Nak tak nak Faiz dan Danial terus berlalu untuk beratur membeli makanan.
Si kembar berpandangan kemudian tersenyum.
"Sayang juga dorang kat kita eh." Aifa berkata sebelum tergelak.
***
Tak sangka. Berita tentang transfer students dari luar negara itu ialah Safina, sahabat mereka yang berpindah bersama sepupunya.
"Weh Ra. Betul ke tadi tu Fina? Seriesly?"
"Ya. Aku pun tak sangka Fa. Tapi dia macam tak kenal kita je."
Riak wajah masing-masing dah sedih.
Tiba-tiba, satu jeritan memanggil nama mereka membuatkan si kembar terhenti langkah.
"Aira! Aifa!"
Mereka berpaling. Safina berlari dan mendakap terus tubuh mereka.
"Aku rindu korang. Weh, lamanya tak jumpa."
"Fina. Aku pun rindukan kau."
"Aku ingat kau tak ingat kitorang tadi. Baru nak nangis." ucap Aira.
Mereka bertiga berpelukan di tepi jalan dengan menangis bagai.
"Alamak aih korang ni. Nak buat drama pun tunggulah petang sikit. Pagi lagi."
Pap!
Tak pasal kepala Zarul kena hempuk dengan buku Aira.
Safina dan Aifa ketawa. Datangla si tunang dan Hisham. Begitu juga dengan sepupu Safina.
"Okey stop. Jangan gaduh kat sini. Meh aku kenalkan. Cousin aku, Tisya Bahriah."
Tisya menghulurkan tangan ke Aira dan Aifa sahaja.
Zarul menghulur tangan.
"Saya Zarul."
"Eh Rul. Kau tak belajar agama ke? Mana boleh bersentuhan dengan perempuan ajnabi. Haraaaamm."
Zarul memegang dada.
"Peh mulut kau Fina. Lagi bisa dari mulut si kembar bff kau ni."
Yang lain ketawa.
"Saya Tisya."
"Sya, aku nak ingatkan kau. Dulu Zarul dengan Sham ni budak nakal kat sekolah. Kau Zarul, kalau nak try cousin aku, kau kena berdepan dengan aku dulu. Understand?"
Zarul angguk.
Hisham menepuk lembut bahu Zarul.
Kemudian mereka berlalu ke dewan kuliah sebelum terlewat.
Sejak dari itu, mereka berlapan mula rapat.
....................................................................................
Ingat lagi tak Safina Laila bff si kembar?? she's back now.
Hehe ✌
#pendek je
YOU ARE READING
Si Kembar vs Pengawas Hot ©
Novela JuvenilHai. Salam kenal semua ^_^ Description di dalam ye. Maaf atas kesilapan & kesalahan. This is my first story ❤️ Cover by @SuhaireenAireen