Tiga tahun kemudian.
Perkarangan rumah Dr Nasrul penuh dengan orang ramai untuk menyaksikan penyatuan anak kembarnya.
Dr Nasrul dan Sy Diana sibuk melayan tetamu yang hadir. Mana taknya,rakan-rakan mereka je dah ramai. Tak campur lagi dengan rakan si kembar.
Walaupun matahari memancarkan sinarnya, itu tidak menjadi masalah untuk majlis ini berjalan dengan lancar.
"Ana, mana anak kembar kita ni. Lama benar kat atas. Kejap lagi rombongan lelaki sampai."
Sy Diana melihat jam. Dah menginjak ke 2 petang.
"Yela, kejap saya naik atas. Dah siap kot."
Tangga didaki. Bilik yang menempatkan anak kembarnya dibuka. Kelihatan anak kembarnya sibuk berselfie.
Sy Diana bercekak pinggang di pintu.
"Astaghfirullahalazim budak ni. Dia boleh seronok selfie kat atas ni. Hey kejap lagi rombongan lelaki nak sampailah. Tak jadi juga majlis bersanding ni nanti."
Bila si ibu sudah membebel,si anak pula hanya tersengih.
Bersanding? Ya. Pagi tadi mereka dah diijabkabulkan dengan pasangan masing-masing.
Cepat sahaja si kembar bangun dengan baju pengantin yang labuh tu dan berjalan memeluk si ibu.
"Ala mummy. Janganlah marah gini. Aloloo."
"Tengok tu. Dah tak cantik muka tu dengan muncung mummy ni."
Sy Diana ketawa. Bila dengan anak kembarnya ni, dia tak boleh nak marah lama-lama. Ada je benda nak diusik.
"Dahla tu usik mummy. Jom turun. Nanti suami kamu dah sampai tengok kamu macam ni. Hish budak sangat."
Aira dan Aifa mengapit lengan mummynya di kiri dan kanan.
Dr Nasrul sudah menunggu di hujung tangga.
"Lah ingatkan tak nak turun tadi. Ni kenapa masih manja dengan mummy ni. Dah jadi isteri orang pun nak ngada-ngada lagi."
Aira mencebik. "Eleh daddy jeles ke. Takpe, malam nanti daddy peluklah mummy ni. Kitorang tak kacau pun."
Ketawa Aifa dan Dr Nasrul. Sy Diana pula dah merah pipi tahan malu.
"Sudah. Korang berdua pergi duduk atas pelamin tu tunggu suami. Rasanya dah sampai tu." Ujar Sy Diana.
Setelah itu rombongan lelaki tiba. Faiz dan Danial segak dengan baju melayu bersamping lagi. Bertambah hensem dengan tanjaknya.
Si kembar dah tersenyum lebar.
"Huish hensemnya suami saya ni." ucap Aira pada Faiz.
"Suami sapa yang comel sangat ni." kata Aifa sambil mencubit pipi Danial.
Tersenyum parents mereka. Tetamu yang melihat juga tertawa kecil.
Perangai still tak matang.
Di atas pelamin yang berwarna krim, dua pasangan sedang gembira.
Aira dan Faiz sedondon dengan persalinan berwarna merah hati. Manakala Danial dan Aifa nampak sesuai dengan biru laut favourite Aifa.
Setelah selesai, mereka dijemput makan. Waktu ni lah muncul dua pasangan lain di hadapan mereka.
"Asal lambat. Eish tak nak kawan."
"Merajuk ah camni."
Zarul dan Hisham ketawa. Manakala Safina dan Tisya sudah gelabah.
"Weh jangan merajuk please. Kau salahkan dua orang lelaki ni. Dorang tidur tadi." marah Safina.
"Haah betul. Dorang lupa sebenarnya hari ni big day korang."Tisya pula bersuara.
Aira dan Aifa memandang tajam lelaki dihadapan mereka.
Aira mengambil tangan Faiz, Aifa pula mencapai lengan Danial kemudian memukul kepala Zarul dan Hisham.
"Aww."
Faiz dan Danial terkelu. Tak sedar pun.
"Jangan salahkan kitorang. Dorang yang buat." kata Faiz.
"Sorry Sya. Abang tak sengaja tertidur tadi." ucap Zarul pada Tisya,isterinya.
Yes mereka sudah berkahwin tahun lepas. Waktu mereka di tahun akhir belajar.
Hisham dan Safina? On the way katanya.
"Tak payah banyak bunyi. Jomla selfie guyss." Danial terus memanggil Asyraf untuk tolong ambilkan gambar.
Farisya pun tak ketinggalan. Dipaksa menjadi photographer bidan terjun.
Macam-macam gaya mereka buat. Sampai dua photographer paksaan mereka jadi penat.
"Boleh stop kan? Penatlah Asy."
"Yelah yelah. Mengada lebih budak ni. Oh nak dating eh dengan Isya?"
Merah muka keduanya.
Si kembar dah ketawa. Yang lain hanya tergelak kecil.
"Korang, aku harap persahabatan kita kekal selamanya. Even kita dah kahwin, ada anak but still jangan putus hubungan. Okey?"
Pinta Faiz."Baik. Saya menurut perintah." Aira membuat tabik ala-ala mendengar arahan dari komander. Haha.
"Ya aku pun harap cam tu. Insya Allah." Zarul dan Hisham turut berharap.
"We will always together okay." Safina dengan senyum lebar.
"Aku pun happy dapat kawan dengan korang yang gila-gila ni. Thanks korang. Especially cousin kesayangan aku ni." Tisya pula meluahkan perasaan.
Masing-masing tersenyum gembira.
Dari jauh, mereka diperhatikan. Tersenyum bahagia melihat anak-anak gembira.
Siapa lagi kalau bukan parents dorang semua.
Alhamdulillah, kau kurniakan kebahagiaan ini untuk kami semua. Terima kasih YA ALLAH.
................................................................................
Yeay tamat 🎉🎉🎉🎊🎊
so okey tak??BOLEH MOVEON kn?hehe.
Sorry ah kalau hambar sikit dekat majlis sanding dorang ni.
Boleh baca next story k.
👉 LOVE YOU TENGKU 💙 👈
YOU ARE READING
Si Kembar vs Pengawas Hot ©
Teen FictionHai. Salam kenal semua ^_^ Description di dalam ye. Maaf atas kesilapan & kesalahan. This is my first story ❤️ Cover by @SuhaireenAireen