Nanaha menolak tangan Iyu supaya bertentang dengan Chihiro. "Dia sebenarnya buta. Salam dia cepat" bisik Nanaha. Chihiro terus bersalaman dengan Iyu. Tiba-tiba sahaja dia menarik ibunya. Dia ingin berbincang sesuatu dengan ibunya tanpa pengetahuan Iyu. "Kenapa Mama ambik dia jadi anak angkat tanpa berbincang dengan Chihiro dulu? Seperkara lagi, sanggup ke Mama tanggung seorang lagi anak? Chihiro rasa Chihiro seorang pun dah cukup menyusahkan Mama. Mama....Mama tak rasa ke Mama dah tambah beban dalam keluarga kita?" tanya Chihiro dengan panjang lebar. "Chihiro, Mama mengaku ini memang salah Mama sebab tak berbincang dengan kamu dulu tapi Mama kesiankan Iyu. Papa, Mama, dan kakaknya meninggal dalam satu kemalangan dan dia tiada siapa-siapa dalam dunia ni. Sebab itulah Mama ambik dia jadi anak angkat Mama. Mama nak dia teman kamu bila Mama sibuk kerja nanti" terang Nanaha.
"Tapi Mama mampu ke tanggung makan minum kita semua? Chihiro nak kerja tapi Mama tak bagi. Chihiro boleh je berkerja lepas sekolah atau pada hari sabtu dan ahad tapi Mama tak benarkan" "Chihiro sayang, kamu baru 17 tahun. Mama nak kamu belajar dulu. Kalau kamu berkerja dan belajar pada waktu yang sama, macam mana kamu nak fokus? Kalau kamu nak bekerja, tahun depan baru mula. Tahun ni, fokus dulu pada pelajaran. Mama yakin Mama mampu tanggung Chihiro dan Iyu. Jangan risau okay?" kata Nanaha sambil mengusap-gusap bahu Chihiro. Chihiro hanya tertunduk, tidak tahu untuk berkata apa lagi. Iyu terdengar perbualan antara ibu angkatnya dengan Chihiro. Tiba-tiba sahaja dia berasa serba salah. Sebaik sahaja Chihiro naik ke biliknya di tingkat atas, Iyu terus mendapatkan ibu angkatnya. "Mama, Chihiro tak suka Iyu ke?"
Nanaha terkejut dengan soalan Iyu. "Dia bukannya tak suka Iyu. Dia cuma tak biasa dengan kehadiran orang baru. Iyu jangan risau, lama-kelamaan dia dapat terima Iyu" tegas Nanaha. Malam itu, Chihiro mengintai ibunya dan Iyu yang berada di dapur. Dia hairan melihat Iyu yang melakukan tugas di dapur dengan baik, seolah-olah dia tidak buta. Selasa: Di sekolah, Mamoru yang duduk di belakang tempat duduk Chihiro termenung sambil merenung ke luar tingkap. "Semalam aku tak datang, jadi takkanlah harini dia tak datang pulak?" bisik hati kecil Mamoru. Pada waktu yang sama, dia ternampak seorang gadis yang tidak dikenalinya melangkah masuk ke kelas dan terus duduk di tempat duduknya bersebelahan tempat duduk Chihiro. "Siapa pulak budak perempuan ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni" gumam Mamoru. "Selamat pagi Hayoon" sapa Chihiro dengan mesra.
"Selamat pagi Chihiro" balas Hayoon. "Hayoon? Chihiro mehh sini kejap" panggil Mamoru. "Mamoru my friend! Aku ingat kau tak datang harini" Chihiro nampak teruja. Mamoru terus menarik lengan Chihiro dan berbisik "Siapa Hayoon ni bro? Budak baru ke?". Chihiro tidak menjawab soalan Mamoru. Dia menarik tangan Mamoru dan membawanya menghampiri Hayoon. "Hayoon, inilah Mamoru, kawan baik saya yang saya cakap semalam tu. Mamoru, ini pulak Hayoon. Dia pelajar baru yang berasal dari Korea tapi fasih berbahasa Jepun" Mamoru dan Hayoon saling berkenalan. "Awak orang Korea? Wow saya tak sangka awak ni orang Korea sebab muka awak nampak lebih kepada orang Jepun" ujar Mamoru. Hayoon tertawa dan berkata "Ayah saya Korean, Ibu saya Japanese, so lahirlah saya" "No wonderlah Chihiro kata awak fasih berbahasa Jepun" Mamoru kelihatan teruja.
YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanfictionMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...