"Tak sangka cahaya yang terlampau terang mampu butakan mata kita" Chihiro terperanjat. "Sebenarnya itu bukanlah rahsia saya. Itu cuma pembuka cerita kepada rahsia saya" kata Iyu. "Maksud awak?" Chihiro menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Rahsia saya yang sebenar adalah akibat kemalangan tu, saya dikurniakan penglihatan inframerah, sama seperti kamera yang pasukan paranormal selalu guna untuk cari hantu" "Maksud awak, Infrared Vision?!" "Betul tu Chihiro. Saya tak dapat lihat wajah orang sekeliling saya tapi saya boleh nampak suhu badan mereka. Suhu badan manusia yang normal, yang saya selalu nampak adalah berwarna merah, jingga, dan kuning" maklum Iyu. Chihiro tergamam. "Kalau awak nak bukti, awak boleh uji saya" kata Iyu selamba. Dipendekkan cerita, Chihiro menguji Iyu dan Iyu dapat menjawab soalan Chihiro dengan tepat. Sekarang barulah Chihiro yakin yang Iyu berkata benar.
"Pasal 4 deria tu, awak tipu sayalah? Awak sebenarnya boleh buat semua kerja sebab penglihatan inframerah tu, kan?" "Tidak Chihiro. Saya tak tipu awak pasal 4 deria tu. Awak kena ingat yang saya hanya boleh lihat suhu badan manusia dengan penglihatan inframerah ni sebab sesetengah objek tak serap atau keluarkan haba" terang Iyu. "Betul jugak tu. Kenapalah saya tak terfikir benda tu" ujar Chihiro. "Sebenarnya saya ada satu lagi rahsia nak kongsi dengan awak. Saya rasa saya boleh nampak makhluk halus dengan penglihatan inframerah ni" "B-B-Biar betul ni Iyu? Awak jangan main-main" Chihiro terkejut. "Saya serius Chihiro. Macam saya cakap tadi, suhu badan manusia yang normal berwarna merah, jingga, dan kuning, kan? Tapi belakangan ni saya boleh nampak suhu sesuatu yang berwarna hijau perlahan dan biru perlahan"
"Suhu manusia biasa tak macam tu dan kalau awak nak bukti, saya boleh bagitahu awak" terang Iyu dengan panjang lebar. "Bukti apa yang awak ada?" tanya Chihiro. "Bukti lisan" Iyu memaklumkan tentang apa yang dilihatnya di hutan, jalan raya, pasar raya dan sekolah pada minggu lepas. Chihiro tersentak. "Sebab itulah, masa di shopping mall tu, saya tiba-tiba tolak awak sebab saya nampak 'benda' tu nak langgar awak" maklum Iyu. "Wow, awak ni betul-betul istimewalah Iyu. Dalam rumah ni ada tak hantu?" tanya Chihiro sambil menelan air liurnya. "Jangan risau, takde hantu dalam rumah ni tapi dekat taman permainan tu ada" kata Iyu. "T-T-Taman permainan tu? Maknanya semalam awak adalah nampak hantu di taman tu?" Chihiro nampak gusar. "Sebenarnya Chihiro, hantu yang saya maksudkan itu ialah Hayoon" kenyataan Iyu betul-betul membuatkan Chihiro terperanjat.
"Awak jangan main-main Iyu. Dia tu kawan baik saya, tak mungkinlah dia tu....hantu?" "Saya seriuslah Chihiro. Apa yang saya dapat kalau saya tipu awak? First time saya jumpa dia, saya 'nampak' warna hijau perlahan dan biru perlahan pada badannya. Warna-warna itu warna 'sejuk' dan manusia biasa, kalau dia demam atau kesejukan sekalipun, warna suhu dia takkan berubah dari warna merah, jingga, dan kuning ke warna hijau perlahan dan biru perlahan. Awak fahamkan maksud saya?" terang Iyu dengan panjang lebar. "Maknanya Hayoon dah lama mati dan suhu badan dia tak normal. Patutlah bila first time saya pegang tangan dia, tangan dia sejuk semacam dan kali kedua masa kita berkelah tu pun sama" Chihiro terkejut. "Sekarang awak tahu yang saya serius, kan?" "Saya tahu awak serius Iyu tapi saya masih perlukan bukti" tegas Chihiro.

YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanfictionMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...