Selasa-Jumaat: Hubungan Chihiro dan Mamoru dengan Hayoon semakin renggang. Chihiro dan Mamoru berbual dengan Hayoon secara ala kadar dan tidak mesra seperti dahulu. Mereka juga tidak keluar melepak di taman permainan seperti dahulu lagi. Chihiro dan Mamoru masing-masing cuba menjauhkan diri dari Hayoon. Hayoon berasa sedih melihat perubahan sikap pada Chihiro dan Mamoru. Dia tidak tahu apa salahnya sehingga mereka berdua enggan berkawan dengannya. Sabtu: Hayoon ke rumah Chihiro untuk bertemu dengan Chihiro. Dia ingin berbincang sesuatu dengan Chihiro dan juga Mamoru. "Ohh Hayoon rupanya. Masuklah, Chihiro ada di dalam" "Emm Mak Cik, boleh tak panggil Chihiro keluar? Saya nak bincang sesuatu dengan dia" pinta Hayoon. Nanaha memanggil Chihiro tetapi Iyu pula yang keluar. "Kenapa Iyu yang datang? Mana Chihiro?" tanya ibu angkatnya. "D-D-Dia kata dia sakit perut jadi dia tak boleh jumpa Hayoon" bohong Iyu.
"Sakit perut? Tadi elok je Mama tengok. Ada-ada sahaja alasan budak ni" bebel Nanaha. "Hayoon tunggu sini sekejap ye. Biar Mak Cik bawak dia ke sini" sambungnya. Hayoon perhatikan sahaja Iyu yang berada di hadapannya. Dia tahu Chihiro mempedulikannya mesti kerana Iyu. Dipendekkan cerita, Nanaha terpaksa mengheret Chihiro ke hadapan. Dia tahu Chihiro tidak sakit perut. Itu hanyalah alasan semata-mata. Apabila Nanaha kembali semula ke ruang tamu, Hayoon tiba-tiba menarik Chihiro dan membawanya ke luar rumah. Dia juga menarik tangan Iyu. "Apa yang awak buat ni? Kenapa awak tarik Iyu sekali?" tanya Chihiro. "Saya nak awak dan Iyu ikut saya ke taman. Sebelum tu, saya nak awak telefon Mamoru dan minta dia ke taman permainan SEKARANG" arah Hayoon. "Tapi kenapa? Apa yang awak nak sebenarnya?" Chihiro hairan dengan tindakan drastik Hayoon.
"Saya mahukan jawapan. Lebih baik awak masuk dalam dan telefon Mamoru sekarang. Saya takkan lepaskan Iyu kalau awak langgar arahan saya atau larikan diri" ugut Hayoon. Dia menggengam tangan Iyu dengan lebih kuat sehingga Iyu mengerang kesakitan. Chihiro tiada pilihan selain mengikut sahaja arahan Hayoon. Dipendekkan cerita, mereka berempat berkumpul di taman permainan itu. Wajah Chihiro dan Mamoru nampak gelisah. "Maaf sebab bertindak agresif macam ni tapi saya betul-betul nak tahu kenapa dua-tiga hari ni awak berdua tak pedulikan saya?! Apa salah saya?!" tanya Hayoon. Chihiro dan Mamoru diam seribu bahasa. Mereka nampak takut. "Dulu Iyu takut pada saya, sekarang awak berdua pulak takut pada saya? Kenapa? Saya ni bukan hantu!" jerit Hayoon. "Kalau betul awak bukan hantu, kenapa tapak tangan awak terlampau sejuk macam tangan orang yang dah mati?" Mamoru berterus-terang sahaja dengan Hayoon.
"Tangan saya sejuk melampau macam tangan orang yang dah mati? Apa yang awak merepek ni Mamoru?" Hayoon hairan. "Sebenarnya kisahnya macam ni......." Chihiro terpaksa mendedahkan rahsia Iyu kepada Hayoon dihadapan Iyu sendiri. Hayoon terkejut mendengar cerita Chihiro mengenai Iyu. "Okay, saya rasa saya boleh percaya pasal Iyu tapi saya tak sangka yang awak bertiga percaya yang saya dah mati. Baiklah sekarang juga saya akan buktikan yang saya masih hidup dan bukannya dah mati macam korang semua sangkakan" Hayoon berjalan ke arah Iyu dan mencapai tangan Iyu. Dia meletakkan tangan Iyu pada dadanya. Matanya Iyu membesar kerana terkejut. "Sekarang Iyu, awak bagitahu diorang semua, saya ni masih hidup atau sudah mati" arah Hayoon. "Hayoon.... Hayoon masih hidup. Jantungnya masih berdegup" maklum Iyu sambil menurunkan tangannya perlahan-lahan dari dada Hayoon. Chihiro dan Mamoru terperanjat.
YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanfictionMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...