"Jangan risaulah, saya yakin dalam rumah ni takde han......." Iyu tiba-tiba sahaja berhenti bercakap. Dia nampak terkejut. "Awak....awak nampak apa Iyu? Kenapa muka awak nampak lain?" Chihiro tiba-tiba cuak. "T-T-Takde apalah Chihiro. Saya tak nampak apa-apa pun" kata Iyu. "Betul ni? Awak tak main-main?" tanya Chihiro sekali lagi. Iyu hanya mengangguk. Matanya tidak lekang dari memandang koridor di luar. "Err Chihiro, saya masuk tido dulu ye. Saya dah mengantuk ni" "Tapi masih awal lagilah. Takkanlah awak nak tinggalkan saya sorang-sorang?" Chihiro takut ditinggalkan bersendirian. Suasana di dalam masih lagi gelap walaupun guruh tidak lagi berdentum dan hujan mula renyai. "Maaf Chihiro. Saya betul-betul mengantuk ni. Jumpa esok bye!" Iyu terus beredar dari situ dan naik ke bilik. Chihiro terpaksa tinggal bersendirian. Dia tidak mahu pulang ke bilik kerana dia sudah biasa tidur lambat.
Di bilik Iyu: Iyu duduk di atas katil sambil menghadap 'seseorang'. "Ayah? Di depan Iyu ni, ayah ke?" "Ya, nak. Ini Ayah Iyu. Ayah datang nak jumpa kamu" "Ayah!" Iyu yang teruja bangun dan cuba memeluk ayahnya, Professor Hoshino tetapi badan Iyu menembusi badan Professor Hoshino kerana di depannya itu hanyalah roh semata-mata. Sebenarnya, Iyu dapat melihat roh ayahnya dengan penglihatan inframerahnya. "Ayah nak minta maaf atas kesalahan Ayah. Kalau tak disebabkan Ayah, mesti kamu takkan jadi buta" "Ini bukan salah Ayah. Ini semua kehendak takdir. Iyu tak pernah salahkan Ayah atas apa yang berlaku" "Tapi Ayah tetap rasa bersalah dengan Iyu" "Kita lupakan sahaja pasal ni Ayah. Iyu gembira dengan keluarga baru Iyu sekarang tapi Iyu masih rindukan Ayah, Mak dan Kakak" Iyu cuba menahan air matanya dari menitis ke bumi.
"Kami semua pun rindukan Iyu tapi Ayah gembira kerana Iyu dah bahagia sekarang. Ayah harap Iyu terus bahagia bersama keluarga baru Iyu. Ingat pesanan Ayah, jangan susahkan mereka dan jadilah anak yang baik walaupun Iyu bukan darah daging mereka. Selamat tinggal Iyu. Jumpa nanti" lafaz Professor Hoshino sebelum ghaib. "Ayah!" jeritan Iyu mengejutkan Chihiro. Chihiro bingkas naik ke atas. Bekalan elektrik kembali pulih. Sebaik sahaja Chihiro masuk ke bilik, dia perasan Iyu tiba-tiba sahaja menangis. Dia fikir Iyu pasti termimpikan arwah ayahnya sehingga dia boleh menangis apabila tersedar. Chihiro mendekati Iyu dan terus memeluknya tanpa berkata apa-apa. Petang Jumaat: Hayoon keluar ke bandar bersendirian untuk mencari hadiah. Esok adalah hari lahir Chihiro jadi Hayoon ingin membuat kejutan untuk Chihiro. Hayoon masuk ke sebuah kedai cenderamata dan hadiah. Akibat leka mencari hadiah, Hayoon terlanggar seorang lelaki.
"Maafkan saya Encik" "Takpe2" Hayoon dan lelaki itu bertentang mata. "Laa awak rupanya Hayoon, ingatkan siapalah tadi" Lelaki itu sebenarnya Mamoru. "Awak rupanya Mamoru. Awak pun tengah cari hadiah untuk Chihiro ke?" tanya Hayoon. "Ya. Saya selalu beli hadiah dekat sinilah" jawab Mamoru. "Baguslah kalau macam tu. Awak boleh tolong saya pilih hadiah yang sesuai untuk Chihiro memandangkan saya tak tahu apa yang dia suka" pinta Hayoon. "Emmm setahu saya dia suka sweater dan jam tangan. Apa kata awak belikan dia jam tangan? Awak beli jam tangan, saya beli sweater" cadang Mamoru. "Good Idea Mamoru. Terima kasih" Hayoon tiba-tiba sahaja keluar dari kedai cenderamata dan hadiah itu. "Hayoon, awak nak ke mana?!" "Saya nak pergi kedai di hujung tu. Saya ternampak jam tangan cantik dalam kedai tu tadi" jerit Hayoon dari jauh.
YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanficMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...