Usai membentangkan tikar dan menghidangkan makanan, mereka pun mula berkelah. Walaupun Nanaha baru sahaja mengenali Hayoon, dia sudah melayan Hayoon bagaikan dia sudah mengenali Hayoon bertahun-tahun. Hayoon berasa sangat bersyukur dan gembira dapat mengenali keluarga Takayama. Hayoon menghulurkan sandwich kepada Iyu dan bertanya "Awak nak makan sandwich ni? Saya buat sendiri tau". Iyu hanya menggeleng dan memandang ke tempat lain. "Emmm Iyu, awak nak makan sushi ni?" pelawa Mamoru pula. Iyu mengangguk dan mengambil sushi itu daripada tangan Mamoru. "Pelik..... kenapa dia tak terima makanan daripada aku tapi dia terima makanan daripada Mamoru ? Dia tak suka aku ke? Atau dia tak suka makan sandwich?" Hayoon cuba berfikiran positif. Sementara yang lain sibuk menjamu selera, Iyu hanya 'memerhatikan' keadaan sekeliling. Hayoon terasa pelik melihat mata Iyu yang melilau ke sana ke sini melihat sekeliling sedangkan dia buta.
Iyu 'terpandang' hutan di belakangnya dan sepantas kilat dia menolehkan kepalanya ke hadapan. Dia terkejut, seakan-akan ternampak sesuatu. "Emm Iyu awak okay?" tanya Hayoon. Iyu hanya mengangguk. "Bro jom mandi sungai. Dah alang-alang kita berkelah tepi sungai ni ha" pinta Chichiro. "Aku on je. Mama Nanaha tak nak join sekali?" tanya Mamoru kepada ibu angkatnya. "Kau gila ke ajak Mama mandi sekali. Mama tak bawak baju salinlah. Takkanlah lepas mandi dia nak pakai baju tu balik" tegas Chihiro. "Betul kata Chihiro tu Mamoru. Kamu berdua pergilah mandi sungai tu. Mama nak kemas barang kejap" kata Nanaha. Chihiro dan Mamoru terus berlari ke sungai. "Nak saya tolong Mak Cik?" Hayoon menawarkan dirinya. "Takpe takpe Mak Cik boleh kemas ni sorang-sorang. Baik kamu join diorang mandi sungai sebab entah bila kita boleh datang sini lagi"
"Jangan lepaskan peluang yang ada. Ajak Iyu sekali kalau dia nak" ujar Nanaha. Hayoon hanya mengangguk dan terus mendapatkan Iyu yang duduk di bawah pokok besar. "Iyu, awak nak join kami mandi sungai? Mama awak suruh saya ajak awak sekali" soal Hayoon. Iyu hanya menggeleng. "Betul ni?" tanya Hayoon sekali lagi untuk dapatkan kepastian. Iyu mengangguk. "Takpelah kalau macamtu, saya ke sana dulu ye" Hayoon terus beredar dari situ. Sebaik sahaja Hayoon menjejakkan kaki ke dasar sungai, Chihiro dan Mamoru terus memercikkan air ke muka dan badan Hayoon. "Chihiro! Mamoru!" jerit Hayoon. Chihiro dan Mamoru ketawa terbahak-bahak. "Awak bawak baju salin tak?" tanya Chihiro. "Mestilah bawak. Kalau tidak, saya takkan datang sinilah" jawab Hayoon. "Tunggu apa lagi, jom perang!" jerit Mamoru. 'Peperangan' air sungai antara Chihiro, Mamoru, dan Hayoon pun bermula.
Iyu tersenyum mendengar gelak-tawa mereka bertiga. Kalau diikutkan hati, dia hendak sertai mereka tetapi seorang buta bermandi-manda di sungai amatlah berbahaya bagi pendapatnya. Iyu lebih suka bersendirian, mendengar bunyi-bunyi alam. Walaupun dia tidak dapat menyaksikan keindahan alam semulajadi, dia tetap rasa gembira kerana dapat mendengar bunyi-bunyi alam semulajadi seperti bunyi air sungai mengalir, bunyi angin dan bunyi burung berkicauan di sekelilingnya. Iyu 'terpandang' ke kawasan hutan sekali lagi dan kali ini dia betul-betul terkejut sehingga dia terbangun. Dia berjalan perlahan-lahan mendapatkan ibu angkatnya. "Mama, Iyu rasa baik kita balik sekarang. Iyu dapat rasakan yang hujan lebat akan turun sebentar lagi" maklum Iyu. Nanaha mendongak ke langit dan berkata "Betul lah kata Iyu. Hari dah mendung ni" "Chihiro! Mamoru! Hayoon! Mari sini cepat! Kita dah kena balik! Risau pulak hujan lebat nanti!" jerit Nanaha.

YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
Fiksi PenggemarMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...