Ketika waktu rehat, Chihiro tidak keluar dari kelas kerana dia tiada selera makan. Dia meminta Mamoru untuk menemani Hayoon hari ini. Usai makan, Mamoru terus masuk ke dalam kelas 5 minit awal. "Hayoon mana?" tanya Chihiro sebaik sahaja ternampak kelibat Mamoru. "Dia ke tandas. Takkanlah kau nak aku teman dia ke tandas jugak" maklum Mamoru. Mamoru perasan riak wajah Chihiro tampak lain. "Kenapa ni bro? Kau ada masalah dengan Mama kau ke?" tanya Mamoru. "Aku sendiri tak pastilah aku ada masalah dengan Mama ke tidak tapi aku tak sukalah bila dia ambik anak angkat tanpa pengetahuan aku" Mamoru terkejut dengan pernyataan Chihiro. "Anak angkat?! Lelaki ke perempuan?" "Perempuan. Dia muda setahun dari kita" Chihiro terus menceritakan serba-sedikit tentang Iyu kepada Mamoru. "So kau fikir si Iyu tu akan jadi beban untuk Mama kau?" soal Mamoru.
"Aku tak tahulah nak kata macam mana. Aku bukannya tak suka si Iyu tu tapi aku kesiankan Mama aku. Selepas Papa meninggal, dia yang kena tanggung aku tapi sekarang dia kena tanggung aku dan Iyu pulak. Aku nak kerja pun dia tak bagi" bebel Chihiro. "Aku rasa Mama kau ambik si Iyu tu sebagai anak angkat bersebab. First. Aku tahu kau sunyi selepas kematian Papa kau. Maklumlah kau kan rapat dengan arwah Papa kau. So dia nak Iyu jadi teman kau memandangkan dia pun selalu sibuk. Second, kalau tak silap aku, Mama kau teringin sangat nak anak perempuan. That's why dia jadikan Iyu sebagai anak angkat" kata Mamoru. "Aku tahu tapi..." belum sempat Chihiro menghabiskan ayatnya, Mamoru mencelah. "Takde benda yang kau perlu risaukanlah Chihiro. Aku yakin Mama kau mampu tanggung kau dan Iyu"
"Mama saya dah balik" kata Chihiro sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. "Selamat pulang Chihiro. Mama takde. Dia keluar kejap" maklum Iyu yang sibuk menyapu lantai. "Mama kata awak buta tapi macam mana awak boleh tolong Mama masak dan buat kerja rumah macam biasa, macam orang yang tak buta?" tanya Chihiro. Iyu ketawa mendengar soalan Chihiro. "Saya memang buta tapi saya tak bergantung pada deria penglihatan untuk buat kerja. Saya masih ada empat deria yang berfungsi dengan baik. Sebab itulah saya mampu lakukan kerja macam biasa" terang Iyu. Chihiro tidak berkata apa lagi dan terus naik ke bilik. Dia turun semula ke bawah untuk mandi. Chihiro sengaja membuka pakaian dihadapan Iyu. Iyu terus memandang ke tempat lain. "Pelik... kalau dia buta, kenapa dia perlu toleh ke belakang? Kalau aku bogel depan dia sekalipun, dia bukannya nampak" Chihiro bingung.
"Chihiro, Mama ajak kita pergi berkelah sabtu ni. Dia suruh ajak Mamoru sekali" maklum Iyu. Dia tahu Chihiro baru sahaja keluar dari bilik mandi. "Boleh jugak. Esok saya tanya dia sama ada dia free atau tidak sabtu ni" ujar Chihiro. Rabu: sementara menunggu Cikgu Reika masuk kelas, Chihiro berbual kosong dengan Mamoru dan Hayoon. "Sebelum aku terlupa, Mama ajak kau ikut sekali pergi berkelah sabtu ni. Kau free tak?" tanya Chihiro. "Sabtu ni? Aku sentiasa free. Adik kau ikut sekali?" tanya Mamoru. "Mestilah dia ikut. Bahaya tinggal dia sorang-sorang" jawab Chihiro. "Wahh bestlah korang berdua dapat pergi berkelah" sampuk Hayoon. "Awak nak join ke? Saya rasa takde masalah nak pergi sana sebab Mama saya boleh bawak kereta" pelawa Chihiro. "Ikutkan hati memang nak ikut tapi Mama awak benarkan ke? Mama awak pun tak kenal saya" ujar Hayoon.
YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanfictionMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...