"Hmmm awak jangan risau. Malam ni saya tanya dia dan kalau dia kata boleh, esok saya bawak awak jumpa dia" kata Chihiro. "Kita nak pergi hari sabtu. Esok baru Khamis, kenapa kau nak bawak Hayoon jumpa Mama kau pulak?" sampuk Mamoru. "Aku nak perkenalkan Hayoon dekat Mama aku dulu andai kata dia bagi kebenaran Hayoon untuk ikut sekali" jawab Chihiro ringkas. "Tapi cara kau tu macam kau nak perkenalkan calon isteri dekat Mama kau" usik Mamoru. Muka Hayoon tiba-tiba bertukar merah. "Btw Chihiro, saya tak tahu pulak awak ada adik. Saya ingat awak anak tunggal" tanya Hayoon. "Sebenarnya Hayoon....." Chihiro menceritakan tentang Iyu kepada Hayoon. "Ohhh dia adik angkat awak yang sah rupanya. Tunggu sekejap.... Dia berusia 16 tahun, kan? Saya tak pernah nampak awak pergi atau balik sekolah dengan dia pun" Hayoon bingung.
"Mama memang tak hantar dia ke sekolah sebab dia buta. Mama boleh je hantar dia ke sekolah khas tapi Mama tak nak. Mama dia nak tinggal di rumah jadi peneman saya" ujar Chihiro. "Masa Mama kau berkerja, kau tinggal berdua dengan dialah?" tanya Mamoru. Chihiro hanya mengangguk. "Bahaya betul ni. Risau pulak aku kalau tiba-tiba kau apa-apakan dia. Dia dahlah buta" usik Mamoru. "Jangan mengarutlah Mamoru. Aku tak bernafsulah tengok dia. Lagipun, masa Mama takde, aku duduk dalam bilik aku dan dia duduk di ruang tamu. So, kami jarang berjumpa" terang Chihiro. Mamoru hanya mengangguk. Di kediaman Takayama (nama keluarga Chihiro), Chihiro berkumpul di ruang tamu bersama ibunya dan Iyu. "Mamoru jadi tak ikut kita Sabtu ni?" tanya Nanaha. "Budak tu sentiasa free. Mestilah dia ikut. Oh ya, boleh tak kawan Chihiro yang bernama Hayoon ni ikut sekali?" tanya Chihiro.
Chihiro turut menceritakan latar belakang Hayoon secara ringkas kepada ibunya. "Budak kacukan Korea-Jepun? Wahh mesti dia cantik. Boleh je, apa salahnya. Bolehlah dia berkawan dengan Iyu nanti" ujar Nanaha. "Esok Chihiro nak bawak dia berkenalan dengan Mama. Mama free kan esok?" "Esok Mama busylah Sayang. Mama jumpa dia sabtu ni teruslah" maklum Nanaha. Khamis: "Hayoon!" jerit Chihiro lalu berlari mendapatkan Hayoon. Mereka berdua dalam perjalanan ke sekolah. "Hai Chihiro. Awal awak pagi ni" "Saya excited nak jumpa awak. Mama benarkan awak ikut sekali tapi maaflah saya tak dapat bawak awak jumpa dia harini. Dia busy" maklum Chihiro. Hayoon tersenyum lebar dan berkata "It's okay kalau tak dapat jumpa hari ini. Sabtu ni tetap boleh jumpa". Jumaat: Chihiro, Mamoru, dan Hayoon berkumpul di taman permainan untuk membincangkan mengenai aktivti perkelahan esok.
"Tak sabarnya nak pergi berkelah esok. Saya dah excited nak jumpa Mama awak, adik angkat awak, saya dah excited nak luangkan masa dengan dua kawan baik saya ni" Hayoon tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya lagi. "Oh ya, sebelum saya terlupa, awak dah minta kebenaran dari ibu bapa awak untuk ikut saya? Diorang bagi tak?" tanya Chihiro. "Mestilah bagi. Walaupun diorang tak kenal awak tapi diorang tahu awak budak baik sebab saya selalu cerita pasal awak dekat diorang" maklum Hayoon. "Pasal Chihiro je? Pasal saya?" usik Mamoru. "Mestilah ada jugak. Awak pun kawan baik saya" ujar Hayoon. "Baiklah esok kita bertolak pada pukul 8 AM tapi kita kena bersiap awal. Hayoon, Mama minta awak datang ke rumah kami sebab rumah kita dekat je. Mamoru, kau tunggu je depan rumah kau. We'll be there" pesan Chihiro. Hayoon dan Mamoru hanya mengangguk.
YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanfictionMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...