"Korang dengar kan Iyu kata apa? Kalau saya dah mati takkanlah jantung saya boleh berdegup lagi" ujar Hayoon. "Tapi Hayoon...penglihatan inframerah tu.....suhu badan awak yang terlampau sejuk tu......." Chihiro menjadi keliru. "Sebenarnya Iyu tak bersalah dalam hal ni. Dia ingat saya dah mati sebab dia 'nampak' warna suhu saya yang sejuk dan tak normal macam manusia biasa. Untuk pengetahuan korang semua, saya hidapi penyakit misteri ni sejak kecik lagi. Satu badan saya memang terlampau sejuk bagaikan mayat tapi disebabkan suhu badan ini jugaklah saya sentiasa berasa sejuk walaupun berdiri di bawah terik mentari. Walau bagaimanapun, suhu badan saya yang pelik ni ada jugak kelemahan. Saya tak boleh masuk ke tempat ber-aircond seperti pasar raya sebab badan saya akan bertambah sejuk kerana badan saya menyerap suhu sejuk di sekeliling" Hayoon mendedahkan misteri disebalik tapak tangannya yang sejuk melampau.
Chihiro, Mamoru, dan Iyu terkejut besar. "Tapi kenapa awak tak pernah bagitahu kami sebelum ni?" tanya Mamoru. "Sebab saya tak nak sesiapa pun tahu pasal ni! Bayangkanlah kalau saintis dapat tahu pasal ni, dah sah-sah saya akan jadi bahan ujikaji diorang" ujar Hayoon. "Maafkan saya Hayoon. Saya mengaku saya takut pada awak sebab saya ingat awak ni hantu. Rupa-rupanya saya tersilap. Maafkan saya Hayoon" lafaz Iyu. "Kami pun nak mintak maaf sebab abaikan awak selama ni. Kami pun takut pada awak bila kami dapat tahu tentang ni tapi rupa-rupanya kami berdua tersilap selama ni" kata Chihiro yang mewakili Mamoru juga. Hayoon memeluk mereka bertiga secara spontan. Air matanya menitis ke bumi tanpa sedar. "Saya maafkan korang semua but please don't leave me alone, again" kata Hayoon.
Sebulan kemudian, sejak kes salah faham itu selesai. Hubungan mereka bertiga bukan sahaja kembali pulih malah bertambah akrab berbanding dulu. Iyu pula tidak takut pada Hayoon lagi. Dia sudah mula bergaul rapat dengan Hayoon. Khamis malam jumaat: Hujan lebat membasahi bumi selebat-lebatnya. Guruh pula berdentum dengan kuat. Chihiro berasa tidak tenang berada di dalam bilik seorang diri. Dia ingin mencari Iyu. Dia yakin Iyu berada di ruang tamu. Tiba-tiba guruh berdentum dengan begitu kuat. Bekalan elektrik terputus. "Iyu! Awak dekat mana?!" jerit Chihiro. "Saya di ruang tamu!" jerit Iyu pula. "Awak jangan ke mana-mana. Duduk je situ" arah Chihiro. 3 minit kemudian, Chihiro ke ruang tamu bersama lampu suluh dan lilin. Iyu tiba-tiba terhidu bau asap. "Awak masak apa-apa ke di dapur?" tanya Iyu. "Masak apanya sekarang tengah blackout. Saya tengah nyalakan lilin ni" jawab Chihiro.
"Ohhh blackout rupanya. Saya ingatkan kipas rosak tadi" ujar Iyu. "Takkan awak tak sedar sekarang tengah blackout?" "Chihiro, saya kan buta jadi blackout ke, tak blackout ke, semua sama je bagi saya" kata Iyu. "Betul jugak tu. Awak hanya nampak suhu je. My bad" kata Chihiro lalu duduk disebelah Iyu. Iyu tiba-tiba 'perhatikan' keadaan sekeliling. "Awak tengok apa Iyu?" "Sekarang kan tengah blackout jadi saya nak pastikan tiada benda lain selain kita dalam rumah ni" jawab Iyu selamba. "Awak jangan takut-takutkan saya Iyu. Dahlah blackout lepastu Mama tak balik kerja lagi" Chihiro tiba-tiba berasa seram sejuk. "Saya sepatutnya yang takut, bukan awak. Saya dapat tengok 'diorang' dengan penglihatan inframerah ni tapi awak tak. Awak takkan nampak 'diorang' dengan mata kasar" tegas Iyu. "Memanglah saya tak boleh nampak tapi saya tetap rasa takutlah" kata Chihiro.
YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
ФанфикMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...