Eleven

33 2 0
                                    

  Ahad: sebaik sahaja Mamoru pulang dari kampung, Chihiro terus ingin bertemu dengannya. Mereka berkumpul di tempat biasa. Chihiro mendedahkan rahsia adik angkatnya dan Hayoon. Mamoru tergamam. "Kau ni biar betul Chihiro? Takkan kawan baik kita tu... dah mati?" "Aku pun susah nak percaya cakap Iyu tapi aku tahu dia tak bohong. Dia bersungguh-sungguh cerita dekat aku. Aku percaya disebabkan kemalangan tu, dia dapat penglihatan inframerah" ujar Chihiro. "Aku percaya yang Iyu ada penglihatan inframerah tapi aku tak percaya yang Hayoon tu dah mati. Kalau betul lah dia dah lama mati, orang lain takkan nampak dia. Aku memang tak percaya Hayoon tu dah mati" tegas Mamoru. "Tapi tapak tangan dia..... sejuk semacam bila first time aku salam dia. Tangan dia sejuk gila, macam tangan mayat" kata Chihiro.

  "Jangan merepeklah Chihiro. Mungkin masa tu dia tengah demam ke, baru keluar dari bilik pejabat yang ada aircond ke" Mamoru enggan berprasangka buruk pada Hayoon. "Aku pernah pegang tangan dia dua kali jadi aku tahulah. Kau tak pernah pegang tangan dia jadi kau tak tahu!" tegas Chihiro sekali lagi. "Ya aku memang tak pernah pegang tangan dia sebab aku tak gatal macam kau!" Mamoru meninggikan suaranya sedikit. Mereka hampir bertengkar. Mujurlah Hayoon datang tepat pada masanya. Mereka berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku di hadapan Hayoon. Chihiro memandang Hayoon semacam. "Awak pun ada di sini Mamoru? Awak baru sampai dari kampung ke?" tanya Hayoon. Mamoru hanya mengangguk. Hayoon perasan sesuatu yang pelik Chihiro dan Mamoru. "Korang berdua ada apa-apa masalah ke? Saya tengok korang berdua diam je dari tadi" tanya Hayoon.

  "Hmmm takde apalah. Kitorang okay je. Jom kita main buaian sama-sama" Mamoru sengaja memegang tangan Hayoon dan menariknya. Mata Mamoru terbeliak. "Chihiro, awak tak nak join kami?!" tanya Hayoon. "Takpelah. Saya ada hal sikit. Bye" Chihiro terus beredar dari situ. Hayoon hairan melihat tingkahlaku pelik Chihiro. Suasana janggal memenuhi ruang udara di taman permainan itu. Mamoru dan Hayoon hanya bermain buaian tanpa berkata apa-apa. "Mamoru, awak gaduh dengan Chihiro ke? Tak pernah-pernah saya tengok Chihiro jadi macam ni" Hayoon membuka bicara. "Mana ada. Kitorang oklah. Mungkin dia takde mood nak lepak dengan kita harini. Btw saya nak tanya satu soalan, boleh?" "Apa dia?" "First of all, maaf sebab saya main tarik tangan awak tadi. Saya cuma nak tanya, kenapa tangan awak sejuk semacam, seolah-olah awak baru keluar dari tempat ber-aircond" tanya Mamoru.

  Air muka Hayoon berubah bila Mamoru bertanya demikian. "Y-Ya saya baru keluar dari tempat ber-aircond sebelum saya datang ke sini. Saya balik dulu ye. Hari dah gelap. Bye Mamoru~" Hayoon bingkas bangun dari buaian dan terus beredar dari situ. Timbul perasaan syak wasangka buruk di dalam hati Mamoru. Isnin: Mamoru berbincang sesuatu dengan Chihiro sementara Hayoon belum masuk kelas. "Sekarang kau tahu aku tak bohong, kan? Tapak tangan Hayoon memang sejuk lain macam. Tangan kita takkan jadi sesejuk tangan Hayoon kalau kita berada di tempat sejuk sekalipun" ujar Chihiro. "Aku tahu kau jujur dengan aku tapi susahlah nak percaya yang Hayoon tu...." belum sempat Mamoru menghabiskan ayatnya, Hayoon datang menyapa mereka "Selamat pagi Chihiro! Selamat pagi Mamoru!" Chihiro dan Mamoru terkejut dengan kehadiran Hayoon. Mereka membalas ucapan selamat pagi kepada Hayoon dengan gagap.


BLIND [Malay FF]Where stories live. Discover now