"Terima kasih Iyu. Awak datang dengan siapa ni? Dengan Mama ke?" tanya Chihiro. Iyu hanya menggeleng dan berkata "Saya datang sendiri. Baiklah saya minta diri dulu" Iyu terus beredar dari kelas Chihiro. Belum sempat Chihiro mengejar Iyu untuk bertanyakan sesuatu, Cikgu Reika sudah masuk ke dalam kelas untuk memulakan ujian. Malam itu, seperti biasa, Nanaha yang bekerja di kedai ramen tiada di rumah. Hanya Chihiro dan Iyu sahaja berada di rumah. Chihiro keluar dari biliknya dan bergegas ke ruang tamu untuk bertanyakan sesuatu pada Iyu. Iyu pula sedang leka 'menonton' berita dengan mendengar apa yang pembaca berita sampaikan. "Iyu, boleh saya tahu macam mana awak boleh ke sekolah tanpa bantuan Mama atau sesiapa?" tanya Chihiro sambil duduk di sebelah Iyu. "Saya guna deria saya yang lainlah. Kan saya dah bagitahu awak haritu" jawab Iyu.
"Saya ingat pasal tu tapi memang tak masuk akal awak boleh ke sekolah saya, bersendirian, tanpa bantuan siapa-siapa ataupun tongkat" Chihiro hairan. "Walaupun saya ni orang buta Chihiro, saya tak nak menyusahkan orang lain. Saya nak jugak hidup berdikari tanpa perlu bergantung pada siapa-siapa" maklum Iyu. "Kalau mak ayah awak masih hidup, mesti diorang bangga dapat anak macam awak. Walaupun awak ada kekurangan, awak pandai berdikari. Saya tak macam awak. Fizikal saya sempurna tapi saya tak pandai berdikari. Saya hidup terlalu bergantung pada Papa dan Mama saya. Tapi itu dulu, sekarang saya cuma ada Mama je. Saya tak tahu apa akan terjadi pada saya kalau Mama takde" Chihiro terus tertunduk, menahan perasaan sebak. "Awak silap Chihiro. Awak bukan sahaja ada Mama tapi awak ada kawan-kawan awak, awak ada saya" kata Iyu.
"Kenapa awak baik sangat dengan saya? Awak pun tahu saya..... tak suka awak pada mulanya tapi kenapa awak masih baik dengan saya?" Chihiro curiga. "Saya tahu semua tu. Saya pun tahu yang awak pernah anggap saya ni beban tapi saya tahu awak orang yang baik. Mama kata awak memang degil dan keras kepala tapi jauh dalam sudut hati awak, awak seorang yang baik hati dan penyayang" kata Iyu sambil tersenyum. "Maafkan saya Iyu sebab saya bersikap dingin dengan awak dulu. Sejujurnya, saya tak pernah benci awak. Saya cuma risau dengan kehadiran orang baru Mama akan terbeban tapi saya tersilap selama ni. Mama nampak happy sangat bila awak ada. Awak pulak tak macam orang buta yang saya selalu bayangkan. Saya ingat awak akan menyusahkan Mama tapi tidak. Maafkan saya Iyu" lafaz Chihiro.
"Takpelah Chihiro, Saya maafkan awak. Kita tetap satu keluarga walapun takde pertalian darah. Saya dah lama anggap awak sebagai abang saya" kata Iyu sambil tersenyum. Chihiro membalas senyuman Iyu walaupun Iyu tidak dapat melihatnya. 4 hari kemudian (Jumaat): Minggu peperiksaan sudah berakhir. Tekanan di bahu Chihiro sudah pun tiada. Oleh itu, Chihiro yang dalam mood baik mengambil keputusan untuk membawa Iyu ke taman permainan berdekatan kerana sudah lama Iyu teringin bermain buaian. Nasib mereka baik kerana tiada orang di bermain buaian ketika itu. Chihiro menolak Iyu yang duduk di atas buaian perlahan-lahan. Boleh dikatakan hubungan mereka bertambah baik dan akrab. "Chihiro!" jerit seorang gadis dari jauh. Dia terus berlari ke arah Chihiro. "Laa awak rupanya Hayoon" Chihiro teruja melihat kelibat Hayoon. Iyu tiba-tiba berhentikan buaiannya dengan kaki. Dia nampak terkejut.
YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanfictionMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...