Sixteen

49 2 0
                                    

  Hayoon hanya tergamam di situ. Hanya tuhan sahaja yang memahami perasaan Hayoon ketika itu. "Sebenarnya, saya bercadang nak melamar Iyu jadi girlfriend saya hari ini jugak. Saya berani nak lamar dia sebab Mama pun tak kisah kalau saya ada apa-apa hubungan istimewa dengan Iyu. Kami bukan adik-beradik kandung. Kalau kami kahwin sekali pun tiada masalah" ujar Iyu. "Mama mungkin tak kisah tapi saya kisah. Maaf Chihiro tapi saya tak pernah ada apa-apa perasaan pada awak. Saya hanya anggap awak sebagai abang dan kawan karib saya, tak lebih pada tu" Iyu berterus-terang sahaja dengan Chihiro. Chihiro pula tergamam. "Tapi kenapa Iyu? Awak kan tahu yang Mama akan gembira kalau kita disatukan bersama?" "Saya tahu tapi saya tetap tak boleh terima awak. Saya tahu niat Mama baik nak satukan kita....."

  "Tapi saya tak boleh terima awak sebagai suami saya dan Mama sebagai mak mentua saya. Saya hanya boleh terima awak sebagai abang angkat saya dan Mama sebagai ibu angkat saya. Itu je" ulas Iyu dengan panjang lebar. Chihiro menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya. "Kalau awak semua nak tahu. Saya sebenarnya suka pada Mamoru tapi Mamoru tak akan terima saya sebab dia suka Hayoon. Betul tak apa yang saya cakap ni?" kenyataan Iyu memeranjatkan mereka bertiga sekali lagi. "Iyu betul. Saya sebenarnya suka awak Hayoon tapi saya tak confess pada awak sebab saya tahu awak sukakan Chihiro. Demi Chihiro saya sanggup mengalah" kata Mamoru dengan jujur. Keadaan bertambah rumit. Mamoru sukakan Hayoon, Hayoon sukakan Chihiro, Chihiro sukakan Iyu tetapi Iyu pula sukakan Mamoru. Mereka berempat terperangkap dalam cinta empat segi.

BLIND [Malay FF]Where stories live. Discover now