Sabtu: Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Nanaha sekeluarga sedang sibuk memasukkan barang ke dalam but kereta sementara menunggu kehadiran Hayoon. Usai mengisi barang ke dalam but kereta, Nanaha masuk sebentar ke dalam rumah untuk mengemas rumah sementara waktu masih ada. Chihiro pula berada di atas. *Knock Knock* pintu rumah diketuk. Iyu yang kebetulan berdiri berhampiran pintu membuka pintu. "H-Hai... Saya Hayoon, kawan Chihiro. Awak mesti adik angkat dia, kan?" sapa Hayoon. Iyu langsung tidak memberi sebarang respon. Dia seolah-olah terkejut apabila terdengar suara Hayoon. Hayoon memandang Iyu dengan riak wajah yang bingung. "Ehh Hayoon, awak dah sampai? Iyu, kenapa awak tak jemput Hayoon masuk?" tanya Chihiro. "S-S-Saya tak kenal dia. Sebab itu saya tak jemput dia masuk" bohong Iyu. "Iyu, kan beberapa hari lepas saya pernah cerita pasal Hayoon dekat awak"
"Awak dah terlupa ke?" tanya Chihiro sekali lagi. "Emmm takpelah Chihiro. Saya tunggu di luar je" Hayoon terus keluar dan menunggu berhampiran kereta. Usai mengemas rumah dan mengunci pintu, Nanaha terus keluar dan berkenalan dengan Hayoon. Dia juga berasa kagum dengan kelancaran Hayoon berbahasa Jepun. "Cantik betul kawan anak Mama ni. Patutlah Chihiro selalu cerita pasal kamu dekat Mak Cik" muka Chihiro bertukar merah apabila ibunya berkata demikian. Hayoon hanya mampu tersenyum. "Iyu duduk belakang dengan Hayoon. Chihiro pulak duduk depan dengan Mama. Kita kena gerak ke rumah Mamoru sekarang" arah Nanaha. Mereka ternampak Mamoru berdiri terpacak di hadapan rumah sebaik sahaja tiba di rumah Mamoru. Nanaha membunyikan hon kereta dan membuka tingkap kereta. "Hai Mama Nanaha~ Hai Mamoru~ Hai Hayoon~" Mamoru mula menyapa semua orang. "Hai..... Iyu? Awak Iyu, kan?" tanya Mamoru.
Iyu hanya mengangguk. "Masuklah cepat" gesa Nanaha. Tiba-tiba sahaja, Chihiro yang duduk di hadapan keluar dari kereta dan terus berjalan ke arah Mamoru. "Mamoru, kau duduk depan dengan Mama angkat kau tu. Bahaya kalau kau duduk belakang" "Apahal pulak?" tanya Mamoru. "Kau takde apa-apa pertalian darah dengan diorang. Aku sekurang-kurangnya ada adik perempuan dekat belakang tu" terang Chihiro. "Tapi kau tetap takde pertalian darah dengan dia. Dia adik angkat kau je" Mamoru enggan mengalah. "Duduk je lah depan tu. Banyak cakap betul budak ni" Chihiro terus menolak Mamoru ke pintu hadapan dan dia pula ke pintu belakang. Dia menyuruh Iyu yang duduk di tepi tingkap pada awalnya ke tengah kerana dia ingin duduk di tepi tingkap tetapi Iyu enggan berganjak. Iyu tiba-tiba keluar dari kereta dan meminta Chihiro duduk di tengah. Chihiro terpaksa mengalah.
Hayoon pula berasa hairan melihat tingkahlaku Iyu. Hayoon berpendapat yang Iyu mungkin tak suka padanya. Sepanjang perjalanan, Nanaha rancak berbual dengan Mamoru. Iyu pula hanya pandang ke luar tingkap, walaupun dia tidak nampak apa-apa. "Chihiro, kenapa Mamoru panggil Mama awak Mama Nanaha ye? Kenapa dia tak panggil Mama awak Mak Cik?" tanya Hayoon dengan nada suara perlahan. "Sebenarnya Mama saya ni boleh dikatakan mama kedua Mamoru. Kami sekeluarga memang rapat dengan Mamoru, termasuklah keluarga Mamoru, dari dulu lagi" bisik Chihiro. "Ohhh patutlah nampak mesra semacam" ujar Hayoon. 30 minit kemudian, mereka pun tiba di tempat berkelah yang agak popular di Jepun. Walaupun orang agak ramai, mereka masih berjaya dapatkan tempat yang sesuai untuk berkelah. Disebabkan kawasan itu agak berbatu, Nanaha perlu memegang tangan Iyu untuk membimbingnya ke bawah. Chihiro pula memegang tangan Hayoon sementara Mamoru membawa bakul perkelahan.

YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanficMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...