"Ohh Iyu pun ada di sini rupanya. Saya ingat awak keluar dengan perempuan manalah tadi" gurau Hayoon. "Kenapa? Awak cemburu ehh kalau saya keluar dengan perempuan lain?" usik Chihiro pula. Muka Hayoon terus bertukar merah. Iyu bangun dari buaian dan berkata 'Awak dan Hayoon mainlah buaian ni. Saya nak main gelongsor" "Main gelongsor? Tapi takpe ke kalau saya tak teman awak?" tanya Chihiro. "Jangan risau. 4 deria yang lain boleh bantu saya" Iyu terus berlalu pergi. Hayoon perhatikan sahaja Iyu yang berlalu pergi. "Iyu tak suka saya ke? Kenapa setiap kali saya dekat dengan dia, dia nampak tak selesa dan..... takut?" "Dia tak biasa dengan awak lagi tu. Lama-lama nanti okaylah tu" ujar Chihiro. Mereka duduk di atas buaian sambil berbual kosong. Tidak lama selepas itu, Hayoon perhatikan sahaja Iyu yang turun naik gelongsor dengan mudah.
"Hebat betul lah si Iyu tu. Walaupun dia buta, dia masih dapat main gelongsor tu macam orang lain" puji Hayoon. "Itulah kelebihan Iyu. Walaupun dia tiada deria penglihatan, dia masih boleh bermain atau lakukan kerja rumah macam orang biasa sebab dia gunakan 4 lagi deria dengan sebaiknya" ujar Chihiro. "Iyu mesti seorang gadis yang istimewa. Walaupun dia buta dan anak yatim. Dia masih dapat jalani kehidupan seharian dengan gembira. Btw, Iyu ni buta sejak lahir ke macam mana?" tanya Hayoon. "Saya tak tahu pulak. Saya tak pernah tanya pulak pasal tu. Kenapa?" tanya Chihiro semula. "Kalau dia buta sejak lahir atau sejak kecik, saya tak terkejut kalau dia pandai berdikari macam sekarang. Kalau dia baru jadi buta, mesti susah dia nak berdikari tanpa perlu harapkan bantuan sesiapa" jelas Hayoon. Chihiro yang mengangguk.
Sabtu: Chihiro duduk termenung di ruang tamu. Dia merasa bosan kerana Mamoru sudah balik kampung. Usai mengemas rumah, Iyu terus duduk di sebelah Chihiro. "Chihiro, saya nak tanya sesuatu boleh?" "Apa dia?" "Awak pernah tak alami apa-apa kejadian pelik sepanjang awak berkawan dengan Hayoon?" "Saya elok je berkawan dengan dia. Kenapa tanya soalan macamtu?" tanya Chihiro semula. Iyu hanya tersenyum. "Oh ya, saya nak tanya sesuatu boleh? Tapi awak jangan ambik hati ye" tanya Chihiro pula. "Apa dia?" "Awak buta sejak kecik ke macam mana?" "Emmmmm......." Lama juga Iyu mendiamkan diri. "Kalau awak tak nak jawab soalan saya pun takpe, Saya tak paksa" Chihiro tiba-tiba rasa bersalah. Iyu menghelakan nafas berat dan berkata "Saya nak bagitahu awak satu rahsia tapi awak jangan bagitahu siapa-siapa, termasuklah Mama" "Serius je bunyinya. Rahsia apa tu Iyu?" tanya Chihiro ringkas.
"Sebenarnya saya jadi butaakibat satu kemalangan di makmal rahsia ayah saya. Kemalangan itu jugak yangmeragut nyawa mak, ayah, dan kakak saya" "K-K-Kemalangan makmal? Saya ingatdiorang semua terlibat dalam kemalangan jalan raya" Chihiro terkejut. "Yakemalangan makmal, bukan kemalangan jalan raya. Masa tu, ayah saya tengah buatsatu eksperimen dan ayah saya termasukkan cecair berbahaya tanpa sengaja. Nakdijadikan cerita, time tu jugak, saya nak masuk ke makmal dan pada waktu yangsama muncul cahaya yang sangat-sangat terang sebelum letupan berlaku. Akibatcahaya tu, saya terjatuh ke belakang sebelum letupan berlaku. Saya jadi butasebab mata saya terdedah kepada silauan itu tapi silauan itu jugak secara taklangsung dah selamatkan nyawa saya. Malangnya, letupan tu dah ragut nyawa ayahdan mak serta kakak saya yang kebetulan berada di makmal ketika itu" cerita Iyudengan terperinci.
YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanfictionMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...