Isnin: Sementara menunggu guru kelas masuk, Chihiro duduk termenung memandang ke luar tingkap. Dia berasa bosan kerana rakan karibnya, Mamoru tidak ke sekolah hari ini. Beberapa minit kemudian. Cikgu Reika pun masuk bersama seorang pelajar baru. Usai memberikan ucapan selamat pagi, Cikgu Reika terus memperkenalkan pelajar baru itu. "Baiklah murid-murid sekalian, ini pelajar baru kita. Namanya Hayoon. Sila perkenalkan diri kamu" "(Hayoon memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jepun) Selamat berkenalan. Nama saya Hayoon dan saya baru sahaja pindah ke Jepun 3 hari yang lepas. Saya berasal dari Korea tapi fasih berbahasa Jepun kerana ibu saya orang Jepun" Chihiro berasa kagum dengan Hayoon yang fasih berbahasa Jepun walaupun dia bukan orang Jepun sejati. "Kamu boleh duduk di sebelah Chihiro. Chihiro sila angkat tangan kamu supaya senang Hayoon cari kamu" pinta Cikgu Reika.
Chihiro mengangkat tangan kanannya dengan pantas. Hayoon terus pergi ke tempat duduknya di sebelah Chihiro. "H-Hai... saya Chihiro" Chihiro menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Hayoon. "Saya Hayoon" Hayoon terus bersalam dengan Chihiro. "Sejuk betul tangan dia...... Saya kagumlah dengan bahasa Jepun awak. Ini first time saya jumpa orang Korea yang fasih cakap bahasa Jepun" puji Chihiro. "Terima kasih" balas Hayoon ringkas kerana Cikgu Reika sudah mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Menjelang waktu rehat, Hayoon kelihatan 'lost' kerana hari ini hari pertama dia bersekolah. Mujurlah Chihiro ada untuk membantunya. Ketika waktu pulang pula, Chihiro dan Hayoon jalan bersama kerana rumah Hayoon terletak tidak jauh dari rumah Chihiro. "Awak memang takde kawan ke di sekolah? Saya tengok waktu cikgu takde dalam kelas tadi awak tak sembang dengan yang lain pun" tanya Hayoon.
"Saya memang takde ramai kawan pun. Saya cuma ada seorang kawan baik namanya Mamoru. Dia tak datang harini sebab tak sihat" jawab Chihiro. "Kalau begitu, boleh tak saya jadi kawan baik awak jugak? Saya pun takde kawan lain selain awak dalam kelas tu. Saya rasa diorang tak suka sayalah" maklum Hayoon. "Boleh je. Takde masalah. Diorang tak suka awak? Awak silap tu. Ini kali pertama ada orang asing dalam kelas kami jadi saya rasa diorang tak biasa dengan awak" terang Chihiro. "Saya tahulah saya ni berasal dari Korea tapi saya berdarah kacukan Korea-Jepun tau hmmm" "Awak risau kalau diorang jadi racist, kan? Orang Jepun tak racist sebenarnya. Diorang cuma tak biasa dengan orang bukan Jepun. Awak jangan risau okay?" Chihiro cuba menenangkan Hayoon. Hayoon hanya mampu tersenyum. Mereka berdua berpisah di persimpangan jalan.
"Mama saya dah balik" kata Chihiro sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia terkejut melihat seorang gadis berdiri di koridor. "Siapa pulak perempuan ni?" Chihiro hairan. "Selamat pulang Chihiro. Mandilah dulu lepastu kita makan sama-sama ye" kata Nanaha, ibu Chihiro. "Err Mama, siapa budak perempuan ni?" tanya Chihiro. "Nanti mama bagitahu. Pergi mandi dulu" arah Nanaha. Usai mandi, Chihiro makan tengahari bersama ibunya dan budak perempuan misteri itu. Ibunya nampak mesra dengan budak perempuan itu. Selesai menikmati makan tengahari, mereka bertiga berkumpul di ruang tamu. "Chihiro, ini Iyu, anak angkat Mama yang sah. Tadi Mama baru sahaja selesai uruskan hal berkaitan Iyu" "A-A-Anak angkat Mama?" Chihiro terperanjat. "Ya Chihiro. Dia jugak adik angkat kamu sebab dia muda setahun dari kamu" terang Nanaha. "H-Hai Chihiro... Saya Iyu" Iyu menghulurkan tangannya tapi ke arah lain.
YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
Fiksi PenggemarMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...