Fifteen

36 2 0
                                    

   "H-Hai Mamoru" sapa seorang gadis kecil molek. "Laa awak rupanya Iyu. Awak datang sini untuk belikan hadiah untuk Chihiro jugak ke?" soal Mamoru. "Ya. Awak kawan baik dia, awak mesti tahu dia suka apa, kan?" tanya Iyu pula. "Awak ada berapa Yen?" tanya Mamoru. Iyu menunjukkan jumlah duit yang dia miliki. "Banyak betul duit awak" Mamoru terperanjat. "Ini sebahagian duit yang saya kumpul sejak kecik. Saya campur jugak dengan duit yang Mama bagi. Saya boleh beli apa dengan duit sebanyak ni?" tanya Iyu lagi. "Ok jom ikut saya. Saya tahu awak boleh beli apa" Mamoru terus membantu Iyu mencari hadiah yang sesuai untuk Chihiro. Sabtu: Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Walaupun ayahnya sudah tiada, dia tetap rasa gembira kerana hari ini dia dapat menyambut hari lahir bersama dua orang baru dalam hidupnya iaitu Iyu dan Hayoon.

  Usai makan kek, Mereka memulakan sesi memberikan hadiah. Ibunya, Nanaha, hanya memberikan pelukan dan kucupan pada Chihiro. Mamoru pula menghadiahi Chihiro sehelai sweater manakala Iyu pula menghadiahi Chihiro sebuah kamera poloraid. "Kamera poloraid? Wow mesti mahal gila ni" Chihiro terkejut. "Takdelah mahal sangat. Terima kasih pada Mamoru sebab dia yang tolong saya pilih hadiah ni" maklum Iyu. "Benda kecik je Iyu. Tanpa perlulah berterima kasih. Hayoon, mana hadiah awak? Semalam kan awak kata awak nak beli 'benda' tu untuk Chihiro?" tanya Mamoru. "Jangan risaulah Mamoru. Hadiah untuk Chihiro saya ada bawak tapi saya nak bagi hadiah tu dekat taman permainan. Boleh tak kita pergi ke taman permainan kejap lagi?" pinta Hayoon. Chihiro hanya mengangguk. Diringkaskan cerita, selesai menjamu selera, mereka berempat terus ke taman permainan tempat biasa mereka lepak.

  Chihiro dan Hayoon berdiri menghadap masing-masing sementara Mamoru dan Iyu sibuk bermain buaian. Hayoon menghulurkan kotak kecil kepada Chihiro. "Terima kasih Hayoon" "Bukalah sekarang" arah Hayoon. Tanpa membuang masa, Chihiro terus membuka hadiah tersebut. Dia terkejut melihat sebuah jam tangan yang sama seperti Hayoon pakai sekarang. Terdapat nota kecil di dalam kotak hadiah itu. Chihiro membaca nota kecil tersebut "Would you be my Boyfriend?" "Saya tahu kita baru kenal dua bulan tapi saya tak boleh tipu perasaan saya terhadap awak. Saya betul-betul sukakan awak Chihiro. Would you be my Boyfriend?" lamar Hayoon. Iyu terkejut mendengar Hayoon berkata demikian. Mamoru pula tiba-tiba sahaja bangun dari buaiannya. Air mukanya nampak kecewa. "Apa....Apa semua ni Hayoon? Awak mesti tengah bergurau sekarang ni, kan?" "Saya serius Chihiro. Saya betul-betul suka pada awak" lafaz Hayoon.

  Chihiro terdiam seribu bahasa. Dia mengambil masa yang lama sebelum memberikan sebarang jawapan. "Maafkan saya Hayoon. Saya tak boleh terima awak. Hati saya pada orang lain" Air muka Hayoon pula berubah. "Perempuan mana yang bertakhta dalam hati awak tu?" "Perempuan itu ialah Iyu" jawapan Chihiro membuatkan mereka bertiga terkejut dan tergamam. Iyu terus bangun dari buaian. "Tapi Chihiro, dia adik awak. Awak tak boleh bercinta dengan dia" tegas Hayoon. "Awak silap Hayoon. Dia cuma adik angkat saya dan saya boleh bercinta bahkan berkahwin dengan dia" ujar Chihiro. "Tapi kenapa awak pilih dia Chihiro? Kenapa awak pilih dia, bukan saya?!" Hayoon cuba menahan sebak di dada. "Saya tak tahu Hayoon saya tak tahu. Semua ini berlaku terlalu pantas. Saya tak boleh nafikan perasaan saya pada dia walaupun saya tahu dia cuma adik angkat saya" terang Chihiro.

BLIND [Malay FF]Where stories live. Discover now