Diringkaskan cerita, hujan lebat betul-betul turun sebaik sahaja mereka mulakan perjalanan. Walaupun tidak puas lagi mandi sungai, Hayoon tetap berasa gembira kerana dapat luangkan masa bersama mereka semua. "Aik? Dalam hujan-hujan lebat pun masih ada roadblock?" Nanaha hairan. "Itu bukan roadbloack-lah Mama Nanaha. Ada accident depan tu" maklum Mamoru. Mereka masih duduk di posisi yang sama seperti tadi. Nanaha memperlahankan keretanya ketika sedang melepasi kawasan kemalangan. Kemalangan yang berlaku itu agak teruk. Mangsa mati di tempat kejadian dan masih belum dibawa ke hospital kerana ambulans belum sampai. Chihiro dan Hayoon pula langsung tidak menoleh ke kiri kerana mereka takut melihat mayat itu. Iyu yang duduk di tepi tingkap menoleh ke kiri tanpa sengaja dan matanya terbeliak. Ahad: Hayoon bermain buaian bersendirian di taman permainan. Dia kini sudah dapat membiasakan diri dengan persekitaran di Jepun.
Dia masih terkenangkan detik-detik indah semalam. Dia berasa sangat gembira kerana dapat luangkan masa bersama mereka semua. Namun, ada satu perkara yang menganggu fikiran Hayoon. "Hai Hayoon" sapa Mamoru. "Awak rupanya Mamoru. Awak buat apa di sini? Bukan awak nak lepak dengan Chihiro ke?" tanya Hayoon. "Saya memang nak lepak dengan dia tapi dia, Mama Nanaha dan Iyu keluar pergi shopping pulak. Sebab itulah saya datang sini" maklum Mamoru. Hayoon hanya mengangguk. "Awak pulak buat apa di sini? Tak pernah-pernah saya tengok awak datang sini sorang-sorang" tanya Mamoru pula. "Saya bosan duduk rumah. Sebab itulah saya datang sini. Best jugak bila lepak sini sorang-sorang" jawab Hayoon ringkas. "Memang best lepak sini tapi awak kena balik sebelum senjalah. Hantu-hantu kat Jepun ni lain macam sikit" sakat Mamoru lalu duduk di atas buaian sebelah Hayoon.
"Hantu Jepun ke, Hantu Korea ke, Hantu Malaysia ke, semua sama je. Btw, talking about ghost, awak perasan tak perangai Iyu macam mana bila berada dekat dengan saya? I mean, dia nampak takut bila berada dekat saya, seolah-olah saya ni hantu" tanya Hayoon. "Dia baru kenal awak jadi dia mungkin tak biasa dengan awak. Sebab itulah dia nampak takut" teka Mamoru. "Mamoru, dia pun baru kenal awak semalam tapi dia okay je dengan awak. Dengan saya, dia nampak takut dan tak selesa" maklum Hayoon. Mamoru hanya berdiam diri sahaja, tidak tahu untuk berkata apa. "Seperkara lagi, saya tahu dan saya percaya dia buta tapi saya perasan dia nampak takut bila dia 'terpandang' hutan dekat kawasan perkelahan semalam. Awak tak rasa tu pelik ke?" soal Hayoon. "Maksud awak?" Mamoru bingung.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi ada sesuatu yang tak kenalah dengan Iyu. Dia memang buta dan tak boleh nampak manusia tapi mungkin, dia boleh nampak makhluk halus? Sebab itulah dia nampak terkejut semalam" "Hayoon, Iyu tu buta, dia langsung tak boleh lihat manusia mahupun makhluk halus. Kalau dia tak buta dan dia boleh nampak makhluk halus, saya percaya sebab memang sesetengah manusia dianugerahkan dengan sixth sense" terang Mamoru. Isnin: akibat kelam-kabut, Chihiro tertinggal pencil case-nya di rumah. Kebetulan pula pada hari itu juga dia ada ujian. Dia sudah kesuntukan masa untuk patah balik. Pintu kelas diketuk, seorang gadis yang tidak dikenali masuk ke dalam kelas. "Iyu? Apa yang awak buat di sini?" Chihiro terkejut dengan kehadiran adik angkatnya yang buta. Iyu menghulurkan pencil case Chihiro kepada Chihiro.

YOU ARE READING
BLIND [Malay FF]
FanfictionMy first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu t...