Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya sudahpun tiba! Berulang-ulang kali aku membaca basmallah. Tidak lupa juga untuk menunaikan solat sunat hajat dan solat sunat tahajud untuk dipermudahkan segalanya.
"Ya Allah ya Tuhanku, aku harap Engkau perkenankanlah doa hamba-Mu ini. Amin ya rab."
Nombor kad pengenalan aku isi di ruangan kosong yang disediakan, lalu perkataan "send" aku klik, bismillah.
Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:
Program: BM111
Sepenuh MasaDIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN.
"MA, NIRA DAPAT COURSE BUSINESS DEKAT UiTM ALOR GAJAH!" Jeritku gembira.
Air mata aku kini bertakung di tubir mata, "Terima kasih ya Allah!"
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Mama bangga dengan Nira!" Mama memeluk aku erat, tangisanku akhirnya bergema jua di setiap penjuru rumah. Dia punya menangis tu macam dapat masuk University of Oxford lol.
Tak sabarnya nak bagitahu papa, Medina dengan Harris!
Buat pengetahuan semua, mama merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Sejak melahirkan adik-adik kembarku, mama mengambil keputusan untuk berhenti bekerja.
"Nira nak makan apa sayang? Mama nak masak untuk malam ni." Tanya mama.
Peluang yang ada ini aku gunakan sebaik mungkin.
"Nira nak nasi ayam penyek dengan air jus tembikai boleh? Dessert pulak nak puding karamel." Amboi, siap pesan pencuci mulut kau.
"Boleh, boleh. Nanti mama call papa suruh belikan buah tembikai ye."
Wah, indahnya dunia kalau setiap hari macam ni!
♡♡♡
"Kakak, mama kata kakak dapat masuk UiTM?" Soal Harris sambil menguyah ayam penyek yang penuh di dalam mulut.
"Alhamdulillah, betul Harris." Balasku dengan wajah yang berseri-seri.
"Bestnya, tapi UiTM tu apa?" Tanya Medina dengan muka innocentnya.
"UiTM adalah salah satu universiti sayang, tempat sambung belajar bila dah habis sekolah. Papa harap bila dah besar nanti, Medina dengan Harris pun dapat masuk sana juga." Balas papa.
"Wah, tak sabarnya!" Medina dan Harris menjawab serentak.
Usai makan, aku terus membuat list untuk di bawa ke kolej nanti.
CHECKLISTS BARANG: 🌺
💥PAKAIAN
◻ Baju kurung/jubah
◻ Kemeja long sleeve
◻ Kain dalam
◻ Inner/seluar tight
◻ Skirt labuh
◻ T-shirt
◻ Seluar track
◻ Seluar slack
◻ Tali pinggang
◻ Baju tidur/seluar tidur
◻ Sweater/cardigan
◻ Tudung/shawl
◻ Hair band
◻ Anak tudung💥KAKIKU & TANGANKU
◻ Kasut sukan
◻ Kasut biasa
◻ Selipar
◻ Stoking💥 PENJAGAAN DIRI
◻ Sabun mandi/syampu rambut
◻ Pencuci muka
◻ Minyak rambut
◻ Ubat gigi/berus gigi
◻ Sikat
◻ Deodorant
◻ Bedak
◻ Make up
◻ Pemotong kuku
◻ Pad *untuk gadis*
◻ Tuala *besar+kecil*
◻ Kain batik
YOU ARE READING
Imperfectly Perfect
Fiksi RemajaApa perasaan korang kalau kena paksa bertunang dengan kawan sendiri? 🌼🌼🌼 "Weh, aku tak nak!" - Ilnira Marissa. "Kau ingat aku nak sangat ke bertunang dengan kau?" - Muhammad Hanzad. Cinta yang dipaksa tidak...