Bab 9

98 9 6
                                    

"Ilnira cepat, solat sunat dah nak mula!" Laung mama dari bawah.

Telekung yang aku sangkut di penyidai Subuh tadi telah hilang entah ke mana. Dengan tergesa-gesa aku mencari di seluruh bilikku.

"Time time macam ni lah nak hilang!" Aku merungut geram. Aku selongkar di dalam wardrobe dan aku masih hampa kerana tidak jumpa.

"Kakak, mama dah panggil suruh cepat tu. Kakak tengah cari apa lagi?" Soal Medina yang tiba-tiba terjengul di muka pintu.

"Medi nampak tak telekung kakak? Kakak cari tak jumpalah."

"Kan tadi adik dah masukkan telekung kakak dalam beg?"

"Allah, macam mana boleh terlupa ni??" Aku menepuk dahiku kuat. Haa, tulah. Berangan je lagi, padan muka.

Kemudian, tergocoh-gocoh aku dan Medina menyusuri anak tangga ke bawah. Wajah mama yang berkerut aku pandang.

Habislah aQ genk #prayforilnira

"Kenapa lambat sangat ni Nira? Orang dah nak start solat tahu tak?!" Fuh, free free je kena berleter dengan mama.

Kau ni Nira, pagi pagi dah buat hal. Time pagi raya pulak tu, tsk tsk.

Sampai sahaja di masjid, ruangan solat sudahpun dipenuhi dengan para jemaah. Aku, mama dan Medina bergegas ke bahagian muslimin untuk mencari tempat yang masih kosong.

Sesudah menunaikan solat sunat Aidilfitri, kami terus ke kubur. Dalam perjalanan ke sana, aku tidak henti-henti menyalahkan diri sendiri. Disebabkan aku, kami tidak sempat mendengar takbir raya di masjid sebentar tadi.

Kawasan perkuburan ketika ini agak lengang. Kubur pertama yang kami lawati adalah kubur nenek, ibu kepada papa. Daun daun kering yang telah gugur di atas kubur nenek aku buang. "Assalamualaikum nek, selamat hari raya." Aku menyeka air mata, "Nira rindu nenek.."

Aku pernah mendengar tazkirah daripada seorang ustaz yang mengatakan bahawa waktu yang paling sesuai untuk melawat kubur adalah pada bulan Ramadhan dan paling afdhal adalah pada waktu tengah malam.

Lama aku memegang batu nisan nenek sambil menyiram air ke kuburnya. Setelah selesai membaca doa, kami beralih pula ke kubur datuk. "Nira pergi dulu, assalamualaikum." Tiba sahaja di kubur datuk, bunga mawar yang berwarna-warni aku taburkan di atas pusaranya. Doa untuk nenek dan datuk tidak putus-putus aku intipkan. Semoga mereka tenang di sana, al-Fatihah.

                             ♡♡♡

"Kakak bangun, kita dah sampai."

Aku merasakan tubuh aku seperti digoncang oleh seseorang. Apabila aku celikkan mata, figura Harris semakin jelas kelihatan.

"Kita dah sampai rumah siapa ni?" Mata yang masih tidak sepenuhnya buka, aku cuba besarkan.

"Dah bangun Nira? Cuba teka ni rumah siapa?" Soal mama penuh teruja.

Aku keluar dari perut kereta dan mulutku mula ternganga luas, ommo ni bukan ke rumah..

"Rumah abang Hanzadlah." Medina menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mama bukan ke sepatutnya kita pergi rumah nek Su dulu?" Tanyaku kehairanan.

Pada setiap tahun, kami akan bergilir-gilir beraya di Kuala Lumpur dan juga di Negeri Sembilan. Tetapi pada kali ini, kami beraya terlebih dahulu di Kuala Lumpur dan rumah nenek Su akan menjadi rumah pertama yang wajib dikunjungi sebelum pergi beraya ke rumah saudara-mara yang lain.

"Nek Su kan sekarang ni beraya dekat Mekah, lupa ke?" Soal mama pelik.

"Oohh." Aduh, tak lengkaplah tahun ni tanpa nenek Su. Sedihnyaaa!

"Nira, apa lagi yang duk tercegat tu?" Soal papa. Langkah kakiku semakin longlai, hilang sudah separuh mood aku untuk beraya pada kali ini.

Dari jauh rumah Hanzad kelihatan begitu meriah sekali, dua buah khemah yang terpasang megah di luar rumahnya menceriakan lagi suasana Adilifitri. Pipi aunty Maria aku kucup lembut apabila dia memelukku erat.

"Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin ye sayang." Ucapnya gembira.

"Selamat hari raya aidilfitri juga aunty. Maaf zahir dan batin." Balasku.

"Mari, jemput masuk semua." Aunty Maria dan uncle Mikael mempelawa kami masuk ke dalam khemah setelah habis sesi bersalaman dan bermaafan. Tetamu yang hadir juga sudah semakin ramai tetapi kelibat Hanzad aku masih lagi tidak nampak.

Seperti biasa rendang ayam, lemang serta lontong akan menjadi pilihanku. Sambal udang petai juga tidak ketinggalan sama. Meja kosong yang telah diduduki oleh papa aku tuju.

Usai menjamu selera, aku menuju ke ruang tamu untuk memakan kuih raya. Aku sempat bertembung dengan abang Firhad dan rakan-rakannya di pintu masuk rumah. Sofa berwarna hijau cair yang empuk itu aku duduki. Biskut biskut raya di dalam balang aku perhatikan satu persatu. Tak sah kalau time raya tak makan cornflakes madu, favorite ni! Mata aku mula bersinar apabila sudah menjumpai apa yang dicari. Aku cuba untuk mencapai balang cornflakes madu itu, pada masa yang sama juga tangan seseorang ingin mengambil balang tersebut.

Aku mengalihkan pandanganku dan mula mencari tuan empunya tangan itu tadi dan alangkah terkejutnya aku apabila mr. Joe a.k.a Syarif Ashraff yang aku jumpa di masjid rumah serta di masjid UiTM tempoh hari kini dia betul-betul berada di depan mataku.

Aku tersengih lalu menggelengkan kepala, "Susah betul kalau dah angau ni."

"Dekat sini rupanya!" Hanzad menghampiri aku. Aih, dia ni cari aku dah kenapa? Nak bagi duit raya ke tuw.

"Penat cari tahu?" Sambungnya lagi. Lah, bukannya susah sangat pun nak cari aku. Baju kurung kedah berwarna purple yang aku pakai sekarang ni bukan main terang lagi warna dia. Jap jap, what?? Dia pun pakai warna purple jugak?!

"Dah makan?" Soalnya tanpa memandang aku.

"Dah." Jawabku mendatar.

"Eh eh, siapa pulak yang tanya kau?" Hanzad sudah ketawa terbahak-bahak. Apa entah yang geli hati sangat, smh.

"Aku tanya Syariflah, perasan je. Aku tak nak ambik tahu pun kau dah makan ke belum." Uish, deep sungguh ayat lelaki ni tapi lagi deep bila nama Syarif disebut.

Cikgu Syarif sekolah lama kitaorang ke? atau Syarif Ashraff?

Deg! Aku baru tersedar sesuatu. Aku cepat-cepat pusingkan kepala kebelakang apabila merasakan kehadiran seseorang. Mataku bertembung dengan pandangan redup seorang lelaki yang amat aku rindui, "Mr. Joe, is that really you?"

Lelaki itu tersenyum manis ke arahku. Those dimples though.

"Mr. Joe mana pulak ni?" Soal Hanzad kehairanan.

"It is actually mr. Jo..doh." Gumamku perlahan tetapi masih dapat di dengari oleh Syarif. Mukanya mula memerah.

"Sorry? I cannot hear you. By the way Nira, this is my cousin Syarif Ashraff and Syarif this is Ilnira Marissa tunang aku." Hanzad mula memperkenalkan kami berdua.

"Ilnira Marissa?"

Hampir gugur jantung aku apabila mendengar Syarif menyebut namaku.

Kejap, ni memang betul betul mr. Joe yang aku selalu jumpa tu kan?! Maknanya tadi tu bukan mimpilah?? Wadehek!

"It is actually mr. Jo..doh."

Ayat ini terngiang-ngiang semula difikiranku.

"Nira, kau dengar tak??" Suara Hanzad menyentakkan aku dari lamunan.

Dammit!

Aku terus berlari pecut meninggalkan Syarif dan Hanzad yang masih terpinga-pinga.

Mama, Nira nak balik!!!

Author's note;

Assalamualaikum, hi semua 😊 Actually cerita ni panjang lagi tapi tetiba je boleh hilang, serious malas nak edit balik sebab sebenarnya dah excited kot nak post 😭 Okaylah see ya in the next chapter 💖 Btw thank you for the vote & comment. Muahhciked 💋

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now