Bab 8

103 7 10
                                    

Aku melunjurkan kaki di atas katil, kaki yang terasa sengal-sengal aku urut perlahan. Memori di masjid sebentar tadi berputar kembali.

Aku menuju ke bahagian kuih-muih yang disediakan oleh pihak masjid bagi para jemaah yang hadir untuk menunaikan solat sunat terawih di sini.

Kuih karipap sardin yang berjaya menarik perhatianku, aku ambil beberapa keping. Air teh panas yang baru dituang di dalam cawan plastik juga aku capai dan alangkah terkejutnya aku apabila seraut wajah yang bermain difikiranku sejak semalam kini berada betul-betul di hadapanku.

Aku ingin mengorak langkah laju meninggalkan tempat ini tetapi kakiku seperti sudah digam kuat. Dia yang perasan akan kehadiranku di sini tersenyum manis kepadaku. Senyuman yang menawan dengan dihiasi lesung pipit dikedua-dua belah pipinya membuatkan aku terpaku.

Indahnya ciptaan Allah!

Aku turun dari katil dan menuju ke dapur. Memori yang berputar sebentar tadi betul-betul membuatkan aku buntu. Air suam aku teguk beberapa kali bagi menghilangkan rasa dahaga.

"Tak tidur lagi Nira?" Satu suara menyapaku dari belakang. 

"Kejap lagi Nira tidur." Aku memberikan senyuman paling manis buat mama tersayang. Takut juga kalau mama mula berleter sebab tidur lambat.

"Okay, jangan tidur lambat sangat. Esok kamu dah nak balik kolej."

"Alright, ma'am." Aku mengucup pipi mama sebelum berlalu ke atas.

                                                                     ♡♡♡

Pagi yang indah itu tidak lagi menjadi tenang apabila seraut wajah Hanzad muncul di ruang tamu rumah aku, "Apa dia buat dekat sini?!"

"Haa, Nira turun pun. Ni Hanzad dah lama tunggu nak hantarkan Nira balik ke kolej."

"No thanks. Nira boleh balik sendiri naik bas pa." Aku membantah tidak puas hati. Aku dan Hanzad berdua-duan dalam kereta? No way!

"Bukan senang tau Hanzad nak hantar kamu. Dah pergi cepat bawak barang barang turun bawah." Mama mencelah.

Aku mula mengalah, kalau terus-terusan bertekak dengan papa dan mama makin menimbun dosa yang aku dapat. Aku sempat menjeling Hanzad geram, "Benci!"

"Kami pergi dulu uncle, aunty. InsyaAllah, saya akan jaga Ilnira baik-baik" Kata Hanzad lalu menyalami tangan orang tuaku.

"Uncle percayakan kamu Hanzad, hati-hati memandu." Balas papa seraya menepuk-nepuk bahu bakal menantu kesayangannya.. lah sangat.

"Nanti dah sampai sana jangan lupa call mama tau."

"Okay, ma." Aku memeluk mama erat sebelum berlalu ke kereta mini cooper berwarna biru cair milik Hanzad. "Assalamualaikum." Aku melambai tangan ke arah mereka.

Sepanjang perjalan ke kolej, kami berdua hanya mendiamkan diri. Bunyi lagu dicorong radio sahaja yang kedengaran.

"Esok kelas kau start pukul berapa?" Aku cuba menghilangkan perasaan janggal antara kami.

"12." Jawabnya sepatah.

Wah, tadi bukan main rancak berborak dengan papa macam 10 tahun tak jumpa. Tapi sekarang tengoklah, ada jugak yang aku humban dalam tasik Fatimah!

Kebosanan mula menerpaku, lalu iphone aku keluarkan. Aku scroll twitter dan tweet yang menghiburkan hati aku gelak perlahan. Kelakar betul lah rakyat twitter ni! #mudahterhibur.

"Main twitter ke?" Soalnya.

Tahu pulak nak bersuara, grr.

"Erm." Jawabku malas.

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now