"Waalaikumusalam, Nira."
"Hanzad kau okay tak??" Tanyaku cemas.
"Aku okay, kenapa?"
"Kau serius tak apa-apa?"
"I'm really fine, what is wrong?" Soalannya aku biarkan sepi.
"Nira, petang tadi aku call kau tapi kau tak angkat. Kali kedua aku call, aunty kata kau tengah tidur. Ni dah nak Maghrib, aku call lagi sebab takut kau still tidur."
Air mata aku akhirnya gugur juga, hilang sudah maluku terhadapnya. Esakkan halus yang aku cuba sembunyikan semakin kuat kedengaran.
"Are you crying?? Kenapa ni??" Suaranya mula cemas.
Aku lega, lega sangat sebab Hanzad tak apa-apa. Mimpi tadi seperti benar-benar terjadi, aku takut jika mimpi itu akan menjadi realiti. Darahnya yang tidak henti mengalir masih segar di ingatanku. Jasadnya yang kaku merentap kasar jantungku.
"I thought you gonna leave me forever. I'm so scared Hanzad..."
"Shh.. I will never leave you Nira, don't worry okay?" Dia cuba untuk memujukku.
Air mataku semakin lebat mengalir.
"Don't cry, everything will be just fine." Bisiknya perlahan.
Hatiku menjadi tenang setelah mendengar kata-katanya. Selepas itu, aku menceritakan tentang mimpiku tadi kepada Hanzad apabila aku kembali reda. Dia hanya diam mendengar.
"Itu semua mainan syaitan Ilnira, pernah dengar tak orang kata tak elok tidur selepas Asar?"
"Tahu, tadi aku ingatkan nak tidur kejap je..."
"Now you feel better?"
"Yup, thank you sebab concern pasal aku. Kalau kau tak call tadi entah apa lagi yang aku mimpi."
"Hey, janganlah cakap macam tu. Sekarang ni dah nak masuk waktu Maghrib, so get ready untuk solat okay? Jangan sambung tidur balik pulak." Usiknya.
"Alright. Hmm, anyway Hanzad thanks again sebab belanja aku makan. Next time it will be my turn."
"My pleasure. You sure? Alright, I will be waiting."
"Okay, Zad. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
♡♡♡
"Hari ni kita nak pergi mana?" Soalku teruja.
"KLCC!" Jawab Medina dan Harris serentak.
Sarah Jasmin di sebelahku hanya ketawa kecil melihat gelagat kami. Sudah lama aku dan dia tidak bertemu, kali terakhir kami berjumpa adalah semasa raya. Itupun hanya sekejap sahaja.
"Kau sure kau okay nak jaga dorang? Dorang ni nakal tau."
"Yeke nakal?" Soal Sarah Jasmin "Harris dengan Medina budak baikkan?"
"Adik baik tapi Harris jahat. Harris suka kacau adik!" Adu Medina kepada Sarah Jasmin.
"Mana ada kacau, Harris gurau je. Medi ni macam perempuanlah." Balas Harris.
"Adik memang perempuanlah!" Muka Medina sudah masam mencuka. Aku yang sedang memandu terhibur melihat telatah mereka.
"Dah, dah janganlah gaduh. Kalau gaduh nanti kakak tinggalkan kamu berdua dekat tepi jalan." Ugutku.
"Mmm, kakak lama lagi ke nak sampai?"
"Dah nak sampai dah." Sarah Jasmin menjawab pertanyaan Medina.
ANDA SEDANG MEMBACA
Imperfectly Perfect
Teen FictionApa perasaan korang kalau kena paksa bertunang dengan kawan sendiri? 🌼🌼🌼 "Weh, aku tak nak!" - Ilnira Marissa. "Kau ingat aku nak sangat ke bertunang dengan kau?" - Muhammad Hanzad. Cinta yang dipaksa tidak...
