Pada hari Sabtu yang sarat dengan manusia yang mengerumi Aeon ketika waktu-waktu begini sangat menyesakkan dada aku. Troli yang penuh dengan pelbagai buah-buahan serta bahan-bahan membuat kek coklat aku pandang sekilas.
"Ada apa apa lagi tak nak beli?" Soal Hanzad di sebelah aku sambil menolak troli menuju ke arah kaunter pembayaran.
"Apa lagi ek? Jap." Aku berfikir sejenak. Oh, gula!
"Kejap, aku lupa nak ambik gula. Kau beraturlah dulu, I will be right back." Aku terus mempercepatkan langkah untuk mencari gula.
Aku sempat memberikan senyuman manis buat Hanzad apabila dia terpaksa beratur panjang semata-mata ingin membuat pembayaran. Nasiblah, siapa suruh nak sangat ikut.
Hampir 2, 3 kali jugaklah aku berpusing di tempat yang sama. Hmm, nak cari gula pun payah. Apakah semua ini?! Beberapa minit kemudian, akhirnya aku jumpa juga bahagian gula yang agak terpesorok. Aku capai satu paket gula dan berlari menuju ke arah Hanzad semula.
Fuh, nasib baik sempat.
"Kau cari gula ke atau buat gula?" Soalnya sinis.
"Taklah, kira gula!" Aku menjelingnya tajam. Dia tak tahu ke yang aku ni sanggup berlari marathon sebab nak cepat punya pasal?
Selepas selesai membuat pembayaran, kami singgah sebentar ke Watson. Dah alang alang ke sini apa salahnya beli pencuci muka aku yang dah habis kan? Hiks.
"Kau tunggu dekat luar jap, aku nak beli something." Arah aku bagaikan mak mak orang kepada anaknya.
Hanzad mencebik tanda tidak puas hati.
Apabila sudah menjumpai pencuci muka berjenama Cetaphil, aku terus capai dan membuat pembayaran. Langkah kaki aku menjadi semakin perlahan tatkala melihat Hanzad bersama seseorang yang tidak aku kenali. Aku menghampiri mereka secara senyap dan cuba menangkap perbualan antara mereka.
"Enara, you buat apa dekat sini?" Soal Hanzad terkejut.
"Wow, it is been a long time since we last met. So, how are you Han?" Senyuman mengoda Enara aku pandang jelik.
"I am pretty fine." Jawab Hanzad mendatar.
"You sorang je ke?" Enara sudah mula memaut lengan sasa milik Hanzad. Aku ternganga luas. Uish, berani betul perempuan ni!
"Enara, please.." Hanzad cuba meleraikan tautan Enara. "Malu orang tengok." Sambungnya lagi.
"Well well, sejak bila pulak you kisah dengan semua ni?" Soal Enara sinis.
"Sejak dia bertunang dengan I." Jawabku tenang. Ye, aku muncul bagaikan seorang heroin yang cuba untuk menyelamatkan heronya. Baguih dak cheq? Hehehehe.
"Sorry?" Mukanya berubah 360 darjah.
Hm, harap muka je lawa tapi ada masalah pendengaran.
"I am his fiancè." Senyuman cuba aku ukir selebar yang mungkin.
"Hanzad WHAT IS THIS? You kenal ke perempuan tak betul ni?!" Soal Enara lantang dan juga telah berjaya menarik beberapa pasang mata menonton drama sebabak kami.
Dia panggil aku perempuan tak betul a.k.a gila?? Aku cili mulut tu kang baru tahu!
"Yes, this is Ilnira Marissa my beloved fiancè. Okaylah Enara, we gotta go. Sayang, jom." Hanzad menarik lenganku yang berlapik sambil menolak troli pergi.
Wajah Enara yang memerah aku pandang puas. Ada hati nak goda tunang orang, ni Nur Ilnira Marissalah!
"Dah boleh lepas kot tangan tu." Punyalah aku dan Hanzad menghayati watak sampaikan tidak sedar yang kami sudahpun berada betul-betul di hadapan kereta.
YOU ARE READING
Imperfectly Perfect
Roman pour AdolescentsApa perasaan korang kalau kena paksa bertunang dengan kawan sendiri? 🌼🌼🌼 "Weh, aku tak nak!" - Ilnira Marissa. "Kau ingat aku nak sangat ke bertunang dengan kau?" - Muhammad Hanzad. Cinta yang dipaksa tidak...