Bab 3

100 11 7
                                    

"WHAT?!"
"SERIOUSLY??"

Aku dan Hanzad menyoal serentak. Lalu dia menjeling aku tajam dan menghantar isyarat mata, 'Biar aku yang cakap dulu!'

BOLEH PULAK MACM TU? Bentak hati aku geram.

"Baba, mommy, abang Firhad pun still single but why should I get enganged first?! THIS IS TOTALLY NOT FAIR!" Luah Hanzad tidak puas hati.

"Uncle, betul ke apa yang uncle cakap tadi??" Ini semua memang tak masuk akal!

"Maafkan kami, tapi kami harap Nira dan Hanzad faham." Jelas papa bagi pihak uncle Mikael.

"Faham apa pa? Nira dengan Hanzad baru je 18 tahun kot, kitaorang tak bersedia apa apa lagi!" Balasku.

Nasib baiklah akal aku masih waras, kalau tak dah lama aku meracau sebab tak puas hati punya pasal. Suka suka mereka je buat keputusan tanpa meminta pendapat kami terlebih dahulu.

Berita yang tidak pernah aku sangkakan ini benar-benar mengejutkan aku dan Hanzad. Dia aku lihat sudah berkali-kali meraup wajahnya yang sudah kemerahan.

"Mama, Nira nak balik!"

"Tapi kita tak habis berbincang lagi sayang."

"Nira nak balik.." Air mata aku sudah mula mengalir. Aku betul-betul terkilan dengan apa yang sedang berlaku.

"Kenapa kakak nangis?" Soalan Medina yang tidak mengerti apa-apa aku biarkan sepi.

"Mikael, Maria kami balik dulu. Nanti lepas semuanya dah reda, kita bincang lagi" Kata papa.

Setelah menyalami aunty Maria dan uncle Mikael, aku terus berlari menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah aku hanya mendiamkan diri. Bukan aku ingin bersikap dingin ataupun tidak mengenang budi, tetapi hati aku sudah cukup terluka. Kenapa papa dan mama perlu mengatur hidupku?!

Sampai sahaja di rumah, aku terus mengunci diri di dalam bilik. Aku menangis semahu-mahunya. Mana tak sedih kalau tiba-tiba keluarga kau suruh bertunang tanpa kerelaan kau? Bertunang pula dengan kawan sendiri?

Usai solat Asar, aku berdoa kepada Allah. Tersendu-sendu aku mengadu kepada yang maha Esa kerana hanya Dialah yang mengetahui segalanya.

Malam itu aku tidak turun makan, seleraku telah lama hilang sejak di rumah uncle Mikael lagi. Mood excited aku ingin memasuki universiti juga sudah turut terbang di tiup angin.

                              ♡♡♡

Sudah dua hari berlalu sejak kejadian itu berlaku. Aku sudah mula kurang bercakap dengan papa dan mama kerana aku betul-betul terasa hati dengan tindakan drastik mereka. Dalam seumur hidup aku, ini adalah kali pertama aku merasakan bahawa papa dan mama bersikap begitu tidak adil sekali.

Selama ini apa sahaja kehendak mereka aku cuba turutkan, apa lagi yang tidak cukup di mata mereka sehingga mereka sanggup buat aku begini? Air mata aku yang sudah kering mengalir lagi tanpa henti. Ya Allah, tabahkan lah hati hamba-Mu ini.

Muhammad Hanzad's POV

Aku tak senang duduk dengan hasrat baba dan mommy. Biar betul mereka mahu satukan aku dengan Ilnira? Memanglah dia tu cantik dan baik tapi kalau hati dah tak suka mana boleh main paksa paksakan?

Dulu masa sekelas dengan Ilnira pun memang aku dah anggap dia cuma seorang kawan. Walaupun dia tu nampak je lemah-lembut tapi kalau sekali dia dah buka mulut, susah betul nak berhenti bercakap. Terlebih peramahlah katakan.

"Ni tak boleh jadi ni, aku kena buat something" Lalu iphone aku keluarkan dari poket dan mendail nombor seseorang.

"Assalamualaikum bro, aku nak mintak tolong sikit boleh?"

"Waalaikumusalam, kenapa tiba tiba call aku ni?" Balas Daniel dihujung talian.

"Takkanlah nak call member sendiri pun tak boleh?"

"Banyaklah, ko tu sejak pindah Seremban mana pernah nak call aku lagi. Ni tetiber je call."

Aku hanya tersengih dihujung talian.

"Aku nak nombor Nira boleh?" Mintaku teragak-agak.

"Nira?? Siapa tu?"

Banyak sangat makan semut ke dia ni? Kawan sendiri pun tak ingat.

"Ilnira Marissalah, ada nombor dia tak?"

"Oh Nira, ada ada. Tapi kau nak buat apa dengan nombor dia?"

Eh, eh dia ni banyak pulak menanya.

"Bagi jelah, nanti aku story."

"Haa, yelah. Kejap lagi aku bagi kau nombor dia" Balas Daniel yang kebingungan.

"Alright, thanks weh!"

Beberapa minit kemudian, Whatsapp masuk dengan nama Daniel SMKSB.

                              ♡♡♡

Nur Ilnira Marissa's POV

Sedang aku melipat baju untuk di bawa ke kolej, iphone aku berdering lagu High.

"Siapa pulak yang call malam malam ni?" Aku mengangkat iphoneku dan nombor yang tidak dikenali tertera di kaca skrin. Lalu, aku meletakkannya semula di atas katil.

Tak naklah angkat, entah entah stalker tak yang call malam malam cenggini? Manalah tahukan?

Selepas itu, iphoneku berdering lagi.

"Tak faham ke kalau orang tak angkat phone tu means memang dia tak nak jawab call?"

Aku melepaskan keluhan berat.

"Mm, let's think positive Nira. Maybe someone needs your help right at this hour?" Aku cuba meyakinkan diri sendiri.

Aku mencapai kembali iphone dan menjawab panggilan tersebut dengan berhati-hati.

"Assalamualaikum, hello ni Nira ke?"

Gulp, tertelan air liurku dibuatnya. 

Macam mana dia tahu nama aku ni? Memang betul betul stalker ke? Ish, tak baiklah fikir bukan-bukan.

"Waalaikumusalam. Ni siapa?"

Tanyaku penuh tanda tanya.

"Ni aku, Hanzad."

Han..hanzad??

Author's note;

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! 🌸

Sorry kalau ada kurang dekat mana mana, I'm still learning 😊 Sorry too if this story agak bosan, idk why but I guess chapter ni serious merepek & boring 😅

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now