Bab 4

95 9 1
                                    

Han..hanzad??

Mana dia dapat nombor aku ni?!

"Hello? Ada orang tak?"

Aku tersentak dari lamunan apabila mendengar suara Hanzad dihujung talian.

"Ah ye, aku dengar. Kenapa call?"

"Aku nak cakap sikit dengan kau."

"Apa dia?" Jawab aku acuh tak acuh.

"Kau.. dah buat keputusan ke pasal pertunangan kita tu?" Soalan yang tidak aku jangkakan membuat aku tersedak air liur sendiri.

Pertunangan kita? Siapa pulak yang nak bertunang dengan dia, pfft.

"Weh, aku tak nak!" Balasku dengan penuh geram.

"Kau ingat aku nak sangat ke bertunang dengan kau?" Habis tersembur air liur Hanzad sehingga terkena ke telingaku. Er, nampak sangat menipu si Ilnira ni.

"Okay okay chill, apa kata kau berbincang dulu dengan parents kau? Nanti aku bincang dengan parents aku jugak?" Aku memberi cadangan bernas.

"Hm, okaylah. Sorry ganggu kau. By the way, congrats sebab dapat masuk UiTM." Suara Hanzad kembali tenang.

Aik, macam mana dia boleh tahu?

"Mommy yang bagitahu aku" Sambungnya lagi tanpa perlu disoal.

Dia ni memang boleh baca fikiran orang ke apa?

"Thank you. Kau dapat mana?" Nak jugak tahu bakal tunang kita dapat manakan? hiks. Jap, bakal tunang? Sejak bila ni Nur Ilnira Marissa?

"Aku dapat dekat UM."

"Oh... tahniah. Okaylah, bye assalamualaikum."

Cepat-cepat aku menamatkan perbualan tanpa mendengar balasan daripada Hanzad, tidak sanggup nak bercakap lebih lama lagi dengan dia.

"Erm, pandai jugak dia ni." Puji aku ikhlas.

Aku beristighfar apabila tersedar yang aku sudah jauh berfikir tentang jejaka yang bernama Muhammad Hanzad.

"Stop thinking about him Ilnira!"

Lalu, aku menyambung kembali kerja melipat pakaian yang tergendala.

                              ♡♡♡

Malam Rabu itu aku cuba mengumpulkan segala kekuatan yang ada untuk berhadapan dengan papa dan mama. Perkara ini harus diselesaikan secepat yang mungkin memandangkan pada hari Ahad yang akan datang aku sudah mula mendaftar masuk ke universiti.

Aku menuruni anak tangga satu persatu dengan perasaan yang berdebar hebat. Kecut perut pun ada, habis basah tapak tanganku dengan peluh yang tidak jemu menemani aku. Memandangkan Harris dan Medina sudah lama tidur, jadi aku menggunakan peluang yang ada ini untuk berbincang dengan kedua orang tuaku.

"Habis lecun baju, padahal nak jumpa papa dengan mama je pun. Macam manalah time bertunang nanti, agaknya mandi peluh kot?" Omelku sendirian.

Apabila kaki aku sudah menjejak di ruang tamu, kelihatan papa dan mama sedang menonton televisyen sehingga tidak perasan akan kehadiran aku.

"Pa, ma Nira nak cakap sikit boleh?" Suaraku yang bergetar, sebaik mungkin aku kawal. Setelah beberapa hari tidak bercakap dengan papa dengan mama, kekok pula rasa.

Papa dan mama mengalihkan perhatian mereka sepenuhnya terhadap aku.

"Baru reti nak bersuara?" Balas mama.

Mama ni kan kalau sehari tak menyembur aku tak boleh ke? Ni yang nak lari ke Nepal ni!

"Baguslah, mari sini duduk sebelah papa." Ajak papa lembut.

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now