Bab 7

83 9 0
                                    

Aku melangkah masuk ke Masjid Al-Azim untuk menunaikan solat fardhu Isyak serta solat sunat terawih. Sudah sebulan berlalu sejak kali pertama aku menjejakkan kaki ke UiTM. Hujung minggu yang ada ini aku gunakan untuk solat berjemaah bersama keluargaku di masjid yang berhampiran rumah.

Selepas solat Isyak berjemaah, kami mula menunaikan solat sunat terawih. Apabila selesai mengerjakan empat rakaat, kami berhenti seketika untuk mendengar tazkirah dari ustaz jemputan.

Aku mencubit pipi Medina yang sudah terlentok elok di atas riba mama, "Medi!"

Dia memandangku dengan pandangan yang kosong sebelum sambung tidur kembali. "Medina, Medina." Aku hanya tersenyum melihat gelagat comelnya.

Setelah tazkirah itu selesai, aku mengejutkan Medina dan selepas itu kami sama-sama menyambung solat sunat terawih semula.

"Alhamdulillah, bersyukur kepadaMu ya Allah kerana telah memberiku peluang untuk menikmati lagi bulan Ramadhan pada kali ini."

Usai solat, aku berjalan menuju ke tempat rak kasut. Saat aku ingin menyarungkan selipar, mataku secara tidak sengaja bertembung dengan mata seorang lelaki berkuta coklat yang berjalan bertentangan arah denganku. Aku terpana buat seketika. Apabila tersedar dari lamunan, aku cepat-cepat mengalihkan pandangan dan terus berlalu dari situ.

Di dalam kereta aku hanya termenung ke luar tingkap. Memori itu tadi berputar-putar difikiranku.

"Nira okay tak? Kenapa dari tadi diam je?" Mama menegurku ditempat duduk hadapan.

"O.. okay ma." Aku hanya tersengih di belakang.

"Sejak balik dari masjid ni, anak papa tak banyak bercakap pun?" Papa menyoal aku sambil memandu dengan tenang.

Is it too obvious?

"Yeke? Nira rasa mungkin sebab Medina dengan Harris dah tidur kot, tu yang sunyi." Aku cuba mengelak daripada dikesan dengan perubahan sikapku.

"Oh, patutlah sunyi semacam je kereta ni." Papa ketawa kecil dan perbualan kami terhenti sampai di situ sahaja.

Aku merebahkan badan di atas katil. Iphone yang aku tinggalkan di bilik aku belek "No notification. Mm, bosannya!" Aku memejamkan mata dan seraut wajah yang tenang itu muncul kembali menghiasi pandangan kelamku.

"Astaghfirullahalazim." Aku membuka mata.

"Kenapa bayangan dia asyik muncul je? Siapa dia? Kenapa sebelum ni aku tak pernah pun nampak dia dekat masjid?" Satu keluhan berat aku lepaskan.

Aku bangun dari katil dan pergi ke tandas untuk membasuh muka dan mengambil wudhu' sebelum tidur. Selepas itu, alarm clock aku set ke 4:45 pagi untuk menunaikan qiyammulai dan sekaligus dengan bersahur.

                              ♡♡♡

"Nira, hari ni kita buka puasa dekat luar dengan keluarga aunty Maria tau. Tapi abang Firhad tak dapat ikut, ada hal katanya."

Aku memandang mama sekilas sambil tersenyum, "Okay ma." dan sambung menonton televisyen bersama Harris dan Medina semula.

Setibanya di Hotel Mandarin Oriental, kami terus menuju ke ruang makan yang disediakan. Orang ramai sudah mula memenuhi meja untuk berbuka puasa.

Di satu sudut meja yang menghadap pemandangan KLCC, aunty Maria dan keluarganya sudah menunggu kami. Pandangan redup Hanzad aku curi pandang sebelum pergi mengambil makanan bersama Harris.

"Harris nak apa? Biar kakak ambikkan."

"Harris nak ayam goreng dekat sana." Dia menarik lenganku laju agar mengikuti langkahnya.

Imperfectly PerfectWhere stories live. Discover now