Nur Ilnira Marissa's POV
Esok merupakan hari pertunangan aku bersama orang yang tidak aku cinta, Muhammad Hanzad Bin Adam Mikael. Aku redha dengan takdir yang telah Allah swt tentukan. Baju kurung moden berwarna krim cair yang dipenuhi dengan manik itu, aku pandang sekilas. Dengan hati yang agak berat akhirnya aku terima juga baju pertunangan tersebut.
Belum jadi menantu lagi sudah macam-macam aunty Maria beri padaku. Bajulah, kasutlah dan aksesori. Hanzad akan memandang aku tidak puas hati setiap kali mommy kesayanganya memberikan aku barang-barang seperti di atas. Apa? Aunty Maria sendiri yang bermurah hati nak bagi okay.
Apabila mendapat tahu pada pagi Khamis hari ini yang aku dan Hanzad ingin melangsungkan pertunangan kami, mama dan aunty Maria merupakan orang yang paling teruja sekali. Petang itu juga mereka mengambil barang-barang tempahan yang telah lama siap ditempah. Terkejut juga aku dengan Hanzad apabila dapat tahu mama dan aunty Maria dalam diam sudah lama merancang akan hal ini, sebab itu express bebenor semua benda sudah siap. Daripada cincin, baju pertunangan sehinggalah ke barang-barang hantaran semuanya sudah settle.
Tetapi pelik juga, macam mana mereka boleh tahu akan saiz aku dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki? Hmm, nak pelik apanya. Mestilah mama yang memberitahu.
Aku membantu apa yang patut di dapur, majlis pertunangan akan diadakan di rumahku pada hari esok selepas solat Jumaat.
"Makin berseri muka Nira?" Soal kak Lyanna jiran sebelah rumah, aku hanya tersengih seperti kerang tak berapa nak busuk.
"Mana tak berseri, esokkan nak bertunang dah. Bertuah Nira." Tambah maksuku lagi.
"Bukan macam si Yasmin ni, entah bila nak ada boyfriend pun maksu tak tahulah."
"Min ada boyfriendlah ma, cuma dia je tengah sibuk buat tour sekarang!" Balas Yasmin tidak puas hati.
"Tak habis habis dengan Justin Bieber dia tu."
Aku hanya tersenyum mendengar perbualan dua beranak di hadapan aku ini.
Tidak lama kemudian, mama datang bersama Medina di dapur, "Nira buat apa dekat sini?"
Tengah tengok K-pop. Heh, sah-sahlah tengah tolong buat kerja dekat dapur.
"Potong ayam ma." Jawab aku selamba.
"Buat apa susah susah potong ayam tu? Pergi naik atas tidur, dah pukul 9 lebih ni. Esok kang Nira tak cukup rehat mama jugak yang susah." Bebel mama.
"Nira, biar akak jelah yang potong ayam tu. Nira pergi rehat eh?" Tawar kak Lyanna.
"Eh tak apa kak, sikit je ni. Lagipun Nira tak mengantuk lagi." Tolakku lembut.
"Jangan doge, poie naik ateh copek. Kojap laie mama piat tolingo kamu baru tahu." Dah terkeluar dah bahasa nogori mama. (Correct me if I'm wrong. 😊)
"Hmm, yelah." Balasku lemah. Orang nak tolong pun tak boleh. Selalunya kalau duduk dalam bilik mama bising, bila orang dah tawarkan diri nak tolong dekat dapur kena marah pulak. Tak faham den.
"Nira naik atas dulu ye semua." Kataku meminta diri kepada tetamu dan kemudian aku memberi salam sebelum keluar dari dapur. Sempat aku lihat Medina sedang bergurau senda bersama Yasmin.
Setibanya di ruang tamu, aku lihat semuanya sudahpun siap. Barang hantaran yang tersusun cantik di atas meja aku sentuh. Lawa betul gubahan setiap satu hantaran tersebut, pandai mama dan makcik makcik aku menghias. Kemudian aku duduk sebentar di atas alas cusion empuk yang berwarna putih. Tak sangka cepat betul masa berlalu, dengan umur yang baru mencecah 18 aku akhirnya akan bertunang. Memang tidak pernah aku bayangkan seumur hidup. Tetapi aku mengambil jalan yang mudah untuk memuaskan hati semua pihak dengan bersetuju walaupun hati sendiri terluka.
YOU ARE READING
Imperfectly Perfect
Teen FictionApa perasaan korang kalau kena paksa bertunang dengan kawan sendiri? 🌼🌼🌼 "Weh, aku tak nak!" - Ilnira Marissa. "Kau ingat aku nak sangat ke bertunang dengan kau?" - Muhammad Hanzad. Cinta yang dipaksa tidak...